Tuesday, April 8, 2014

Anakku..! (#2)


Anakku..!
Jangan mudah percaya dengan kata2 
para politikus bahawa mereka
 menyelami detik nadi para marhaen seperti kita.

Jangan sekali-kali engkau terpedaya 
dengan janji2 muluk mereka,
Biarpun dari mana jua partinya,
Biar indah nian idealisme dicanangnya.
Jangan mudah percaya!
Jangan mudah tergoda!

Anakku..!
Jangan mudah tergula-gula 
pabila politikus membelanja rakyat jelata 
di meja2 gerai kaki lima.
Lalu engkau berkata: "Aduh, dermawannya dia!"
Kalaulah engkau tahu elaun keraian yang diterimanya, 
takjubmu pasti hilang entah ke mana.

Anakku..!
Para politikus itu semuanya sama.
Maka jangan sesekali engkau 
menggolongkan diri bersama penyokong dan pemuji,
yang menjahilkan diri dibuai fantasi, 
diheret ke kanan dan ke kiri,
mengikut rentak dinyanyikan sang oppurtunis,
yang menyembunyikan tawa di hati,
melihat kebodohan pengikut sendiri.

Anakku..!
Pandang dengan mata hati,
guna akalmu, nilaikan sendiri,
jangan cepat kagum dengan siapa pun,
hatta dengan dirimu sendiri!

Anakku..!
Sekali lagi ku ingatkan dirimu,
Berilmu! Semoga Allah menyelamatkanmu.

~alfindani~
08/04/2014

p/s:

~ Mengapa ramai tergoda menjadi wakil rakyat? Mungkin sebahagian jawapannya ada pada keistimewaan2 yang diperuntukkan seperti di link berikut :-
http://www.parlimen.gov.my/kemudahan-ahli.html?uweb=p&view=57


1 comment:

School Of Tots said...

Bukankah manusia sering tertipu dengan dunia yg sementara? Sehingga lupa akhirat yang kekal abadi. Sibuk mengejar takhta, wanita & harta. Semuanya wajib di tinggalkan, tidak dapat masuk bersama ke lubang kubur. Jika faham agama. Peka soal dosa dan pahala, maka di sana akan memacu hidup di landasan menuju redha Allah. Islam itu cara hidup lengkap, menyeluruh, sempurna dan di redhai Allah. Apa tunggu lagi?