Thursday, December 3, 2015

WAHAI PARA POLITIKUS! WAHAI GENERASI PENERUS!




Jika aku masih punya kesempatan, 
maka aku hanya ingin mengatakan;

Wahai para politikus!
Cukup-cukuplah!
Kamu semua telah merosakkan masyarakat dan Negara ini!
Kamu semua hanya mengejar kepentingan peribadi!
Bersembunyi di balik retorik-retorik berapi!

Wahai para politikus!
Kamu sebenarnya tidak peduli nasib umat dan agama ini!
Kerana motifmu hanya mengenyangkan nafsu sendiri!
Nafsu gila kuasa,
Nafsu tamak haloba, 
Nafsu dendam membara.

Sepatutnya,
jika kamu inginkan rakyat menjadi baik, 
kamu semualah yang patut menunjukkan contohnya. 

Namun,
apa yang kamu contohkan hanyalah kerakusan, 
pemborosan, 
pelanggaran hak-hak Tuhan, 
penzaliman kepada manusia dan alam.

Cakap-cakap kamu dusta!
Ucapan-ucapan kamu kotor!
Zikir-zikir kamu carut!
Kamu saling mengumpat dan menghina. 
Inikah contohnya untuk anak muda?!

Wahai generasi penerus!
Kita kini tidak boleh lagi mengharapkan para politikus. 
Baik dari mana2 parti jua.
Mereka kini semuanya sama. 
Meski mereka zahir dalam rupa berbeda.

Rakyat semua telah lama diperbodohkan,
Di depan rakyat mereka saling mengutuk,
Di lobi palimen mereka saling berpeluk. 
Rakyat yang termakan hasutan,
Saling terus bemusuh-musuhan.
Mereka mendapat elaun bermacam-macam, 
rakyat sengsara dihimpit kesusahan.

Tugas kita kini adalah memperbaiki diri. 
Melengkapi diri dengan ilmu dan kemantapan peribadi. 
Suatu hari nanti kita ambil-alih kendali Negara ini. 
Kesilapan mereka jangan lagi kita ulangi.




HARI INI HUJAN LAGI...


Seringkali hujan, biar gerimis atau mencurah tidak pernah gagal menumbuhkan ingatan-ingatan terhadap episod-episod kehidupan lampau yang telah dilalui.