Sunday, February 10, 2013

SEJARAH ITU PENTING. AKAL LAGI PENTING



Seringkali aku menekankan di dalam banyak entry di sini tentang pentingnya mengambil tahu, mempelajari, menyelidiki, memahami, mengkorelasi (menghubung kait) peristiwa2 sejarah.
Kerana "sesungguhnya pada peristiwa2 itu terdapat 'ibrah (pengajaran) bagi orang2 yang memiliki bashirah (mata hati, akal yang cerdas)".

Mungkin majoriti anak muda penyokong PAS yang ramai hari ini tidak tahu pun yang asalnya PAS itu adalah pecahan daripada UMNO juga. Itu belum lagi ditanya bagaimana boleh terjadi hal tersebut, faktor2nya.. Yang mungkin mereka tahu adalah PAS ditendang (istilah mereka) daripada Barisan Nasional di akhir 70-an. Andai ditanyakan sebab musabbab peristiwa itu mungkin jawapan yang diterima hanyalah kepala2 yang tunduk tanpa suara.

Rasanya tak juga ramai antara mereka itu yang tahu bahawa di awal2 penubuhan PAS dahulu ahlinya boleh dalam masa yang sama memiliki keahlian UMNO. Hal ini tentulah memberi gambaran yang jelas bahawa UMNO itu bukanlah parti yang patut untuk dikafirkan. Atau menyokongnya boleh dianggap tidak syar'ie. Atau PAS sahaja satu2nya jamaah Islamiyyah yang sesiapa yang mati di luar jamaah itu akan dikira sebagai mati jahiliyyah.

(Aku bukan ahli UMNO atau PAS, tetapi aku adalah pengundi berdaftar)

Apabila gelombang reformasi 98 tercetus, ramai sekali penyokong dan pendokong yang membuta tuli mengekori DSAI. Ucapannya memang akan menyihir para pendengar. Namun jika seseorang mengambil sedikit masa untuk berfikir, menganalisa dan mengamati, tentunya ia tidak akan mudah terpengaruh dan terpedaya.

Pada hari ini pun, dengan segala maklumat boleh didapati dengan mudahnya masih ada yang tidak mahu membuka akal mereka untuk memikirkan dan menganalisa dengan cermat bagi mengelakkan diri menerima bulat2 apa yang dicakapkan dan di"goreng" oleh politikus2 itu.

Dalam hal ini kita sebagai orang yang diberi Allah akal patut menganalisa kedua-dua belah pihak. Kemudian menimbangkan dengan saksama. Itulah gunanya akal.

Demikian juga kita lihat mereka yang terlibat dengan ajaran2 sesat. Mencampakkan akal untuk digantikan dengan taksub adalah satu kebodohan yang memang patut dikasihani.