"Carilah tempatmu di sisi Allah,
engkau akan dapati tempatmu di hati-hati manusia"
***
Keterangan:
Riak dan mencari kemasyhuran tidak akan menjadikan seseorang disukai atau dicintai manusia. Sebaliknya jika seseorang hamba itu mengikhlaskan hati dan amal hanya kerana Allah, maka Allah akan menjadikan hati-hati manusia condong kepadanya sekalipun ia tidak mempedulikan hal itu.