Sunday, February 13, 2011

AL ISTI'DAAD LI YAUMIL MA'AAD - UNEDITED

Edited version ada di SINI

******

Al isti’dad li yaumil ma’aad- al hafizh ibn hajar al asqalani

Bismillah

Bab 2

  • Diriwayatkan daripada nabi saw: “ dua sifat yang tiada satu pun dapat menandingi kelebihannya, iaitu beriman kepada Allah dan melimpahkan manfaat kepada sesame muslim. Manakala dua sifat yang tiada sesuatu yang lebih buruk daripadanya ialah syirik kepada Allah dan mendatangkan kemudaratan kepada orang islam”.

  • Sabdanya lagi saw: “hendaklah kamu melazimkan duduk-duduk bersama para ulama dan mendengarkan perkataan para hukama (cendekiawan). Sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (cahaya daripada kata-kata para hukamak) sepertimana Dia menghidupkan tanah yang gersang dengan siraman hujan”.

  • Daripada abi bakr as-siddiq r.anh: “sesiapa yang memasuki kubur tanpa bekalan (amal soleh beserta keimanan) adalah seumpama ingin belayar di lautan tanpa kapal”.

  • Daripada umar al-khattab r.anh: “kemuliaan (hidup) di dunia adalah dengan harta, sedangkan kemuliaan di negeri akhirat adalah dengan amal soleh yang dibawa”.

  • Daripada uthman bin affan r.anh: “kerisauan terhadap dunia menggelapkan hati; sementara kerisauan kepada akhirat memberi sinar pada hati”.

  • Daripada ali kwj: “sesiapa yang mencari ilmu maka syurga akan mencarinya; barangsiapa yang mencari maksiat maka neraka akan mencarinya”.

  • Daripada al-a’masy rh: “barangsiapa yang modalnya adalah taqwa, maka lidah-lidah (manusia) akan menyebut keberuntungan agamanya. Barangsiapa yang modalnya adalah dunia, maka lidah-lidah (manusia) akan menyebut-nyebut betapa rugi agamanya”
  • *[sebutan di sini mungkin bermaksud selepas kematian seseorang]

  • Daripada sufyan ats-tsauri rh: “setiapa maksiat yang berpunca daripada syahwat adalah diharapkan untuk beroleh keampunan. Manakala setiap maksiat yang berakar daripada kesombongan sukarlah diharapkan keampunannya. Ini kerana maksiat yang dilakukan iblis berpunca daripada rasa sombongnya, sementara kehinaan Adam a.s kerana menuruti hawa nafsunya”.

  • Daripada sebahagian zahid: “sesiapa yang melakukan dosa dengan tertawa, Allah akanmenghumbankannya ke dalam neraka dalam keadaan menangis. Barangsiapa yang melakukan ketaatan sedangkan ia menangis, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dalam keadaannya tertawa”.

  • Daripada sebahagian hukamak: “jangan sesekali meremehkan kecilnya dosa kerana daripadanyalah bertunas dosa-dosa besar”.

  • Daripada Nabi saw: “tidak dnamakan dosa kecil jika ia berterusan dilakukan, dan tidak dinamakan dosa besar jika disertai penyesalan”.

  • Dikatakan: “kesibukan para ’arifin itu adalah memuji Allah, sementara kesibukan para zahidin adalah berdoa kepada Allah. Ini kerana kesibukan orang ‘arif itu adalah Tuhannya sedangkan kesibukan orang zahid itu adalah dirinya”.

  • Daripada sebahagian hukamak: “sesiapa yang menyangka ada pembela selain Allah, itu petanda kurangnya ma’rifah tentang Allah. Barnagsiapa yang menyangka ada musuh yang patut dimusuhi melebihi hawa nafsunya, maka itu petanda kejahilannya akan nafsunya sendiri”.

  • Daripada abi bakr as-siddiq r.anh berkenaan firman Allah swt; “telah timbul kerosakan di laut dan di darat disebabkan perbuatan manusia…: “daratan ialah lidah dan lautan adalah hati. Apabila rosak lidah maka rosaklah hati, dan apbila rosaknya hati menangislah para malaikat”.

  • Dikatakan: “sesungguhnya syahwat akan menjjatuhkan raja ke taraf hamba, sedangkan kesabaran (mengawal nafsu) akan menabalkan seorang hamba sebagai raja. Apakah tidak engkau perhatikan kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha?’.

  • Dikatakan lagi: “ Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin dan hawa nafsunya sebagai tawanan. Sementara celakalah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin dan akalnya sebagai tawanan”.

  • “ Sesiapa yang meninggalkan dosa lembutlah hatinya. Sesiapa yang meninggalkan perkara yang haram dan memakan yang halal jernihlah fikirannya. Allah telah mewahyukan kepada sebahagian NabiNya: “Taatlah kepadaKu pada apa yang telah Aku perintahkan dan janganlah bermaksiat kepadaKu pada apa yang telah Aku nasihatkan”.

  • “Kesempurnaan akal adalah menuruti redho Allah dan menjauhi kemurkaanNya”.

  • “Tiada keterasingan bagi orang yang memiliki keutamaan dan tiada negeri / tempat tinggal bagi pemilik kejahilan”.

  • “Pergerakan untuk melakukan ketaatan adalah simbol (makrifah kepada Allah) sepertimana gerakan badan menandakan hidupnya pemilik badan tersebut”.

  • Sabda Nabi SAW: “Pangkal seluruh kejahatan adalah cinta dunia dan pangkal segala fitnah adalah menahan pemberian (al-‘usyr) dan zakat”.

  • Dikatakan: “Orang yang mengakui kekurangan selamanya terpuji. Pengakuan akan kekurangan (diri / amalan) adalah petanda diterima (amalan)”. Dikatakan lagi: “Mengingkari ni’mat itu tercela, bersahabat dengan orang bodoh pula membawa celaka”.

  • Berkata seorang penyair:

“ Wahai orang yang disibukkan dengan dunianya,

Sungguh! Panjang angan-angan telah menipunya,

Sentiasalah ia di dalam kelalaian,

Sehingga ajal hampir menjelang,

Maut pun datang tanpa amaran,

Kubur menjadi peti amalan,

Bersabarlah menempuh cubaan dunia,

Tidakkan mati sebelum ajalnya”….

Tamat terjemahan bab dua

11.38 mlm

Isnin 2 mac 2009

MTK

Bab ke 3

Bismillah

Diriwaatkan daripada Nabi SAW sabdanya: barangsiapa berpagi-pagi mengeluh tentang kesempitan hidupnya (dunianya),maka ia seolah-olah mengeluhkan Tuhannya (mengkritik Tuhannya). Barangsiapa yang berpagi-pagi merasa dukacita tentang urusan dunianya, maka seolah-olah memarahi Allah. Barangsiapa yang merendahkan diri kepada seorang kaya untuk memenuhi hajatnya, maka telah hilang dua pertiga agamanya”.

Daripada Abi Bakr as-siddiq r.anh: “tiga perkara yang tidak akan diperolehi dengan tiga perkara; kekayaan dengan angan-angan, kemudaaan dengan mewarnakan uban dan kesihatan dengan pengubatan”.

Daripada umar r.anh: “bagusnya pergaulan dengan manusia separuh daripada aqal (kecerdikan), bagusnya soalan separuh daripada ilmu, bagusnya pengurusan (tadbir) separuh daripada kehidupan”.

Daripada utsman r.anh: “barangsiapa meninggalkan dunia dicintai Allah; barangsiapa meningggalkan dosa, para malaikat mencintainya; barangsiaa meninggalkan ketamakan kepada milik kaum muslimin akan beroleh cinta mereka”.

Daripada ali kwj: “seandainya engkau menginginkan nikmat dunia, maka cukuplah islam sebagai nikmat bagimu; jika engkau mencari kesibukan maka cukuplah ketaatan sebagai kesibukanmu; jika engkau mengharapkan nasihat, maka cukuplah maut sebagai penasihat bagimu”.

Daripada ibn Mas’ud r.anh: “betapa ramai orang yang beroleh ni’mat namun berupa istidraj. Berapa ramai pula yang beroleh pujian, namun sebagai ujian. Betapa ramai lagi yang ditutup dosa-dosa mereka sehingga tertipu dengannya (sehingga menjadikan berterusan melakukan dosa)”.

Daripada nabi dawud a.s: “diwahyukan di dalam zabur: “menjadi hak ke atas seorang yang beraqal untuk tidak menyibukkan dirinya selain pada tiga perkara: “berbekal untuk hari kemudian (akhirat), mencari keperluan untuk kehidupan dan mencari kenikmatan pada yang dihalalkan”.

Daripada abi hurairah r.anh katanya bahwa Nabi SAW bersabda: “tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan; tiga perkara yang menaikkan darjat dan tiga perkara yang menghapuskan dosa-dosa:

Adapun tiga yang menyelamatkan adalah:

  1. takut kepada Allah ketika berseorangan atau di tengah keramaian
  2. bersikap benar (al-qashdu) di waktu faqir atau kaya
  3. berlaku adil ketika redho atau murka

adapun tiga yang membinasakan adalah:

  1. bakhil yang terlampau
  2. hawa nafsu yang dituruti
  3. bangga dengan pendapat sendiri

adapun tiga perkara yang mengangkat darjat adalah:

  1. menyebarkan salam
  2. memebri makan (oang yang kelaparan)
  3. bersolat malam di waktu manusia ketiduran

adapun tiga yang menghapus dosa-dosa adalah:

  1. menyempurnakan wudhuk pada malam yang sangat sejuk
  2. melangkahkan kaki untuk bersolat jamaah
  3. menanti solat setelah solat

daripada jibril a.s: “wahai Muhammad! Hiduplah semahumu kerana engkau akan mati juga akhirnya. Cintailah sesiapa saja, kelak engkau akan berpisah dengannya. Buatlah apa saja, engkau akan dibalas akhirnya”.

Bersabda Nabi SAW: “tga golongan yang akan dinaungi ‘ArasyNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya; mereka yang berwudhuk pada waktu-waktu yang sulit, mereka yang berjalan ke masjid di tengah kegelapan malam dan mereka yang memberi makan orang yang kelaparan”.

Ditanyakan kepada Nab Ibrahim a.s: “kerana apakah Allah mengambilmu sebagai KhalilNya? “Dengan 3 perkara”; jawabnya. Aku mengutamakan perintah Allah daripada perintah selainNya. Aku tidak merasa terbeban dengan apa yang diperintahkanNya kepadaku. Dan aku tidak pernah makan malam dan bersarapan selain bersama tetamu”.

Daripada sebahadian hukamak: “3 perkara kan menghilangkan kedukaan; zikrullah, bertemu dengan wali-waliNya dan berbicara dengan para hukamak”.

Daripada hasan al-basri: “tiada ilmu bag orang yang tidak beradab, tiada agama bagi sesiapa yang tidak bersabar, dan tiada kedekatan (kepada Allah0 bagi orang tidak menjaga diri (wara’)”.

Diceritakan bahawa seorang lelaki dari kalangan bani israil berhasrat untuk keluar menuntut ilmu. Lalu halnya sampai kepada pengetahuan salah seorang Nabi mereka, lantas Baginda segera menemui pemuda tersebut seraya berujar; “hai pemuda! Aku akan mengkhabarkan kepadamu 3 perkar ayang terangkum di dalamnya ilmu orang terdahulu dan orang kemudian:

  1. takutilah Allah di kala keseorangan dan di tengah keramaian
  2. tahanlah lidahmu daripada membicarakan makhluq selain kebaikan-kebaikan mereka
  3. amatilah rotimu (makananmu) sehingga engkau tidak makan selain yang halal

akhirnya si pemuda membatalkan hasratnya untuk keluar.

Diriwayatkan bahawa seorang daripada bani israil mengumpul 80 peti ilmu namun tidak dimanfaatkanya. Lalu Allah mewahyukan kepada sebahagian nabi mereka untuk mengatakan kepada lelaki tersebut: “kalaupun engkau menghimpun ilmu yang banyak, ia bukanlah bernilai apa-apa bagimu jika engkau tidak mengamalkan 3 perkara:

  1. janganlah mencintai dunia kerana ia bukanlah negeri bagi orang yang beriman
  2. janganlah bersahabat dengan syaitan kerana ia bukanlah temannya orang mukmin
  3. janganlah menyakiti seorang pun kerana ia bukanlah daripada sifat seorang mukmin

daripada Abi sulaiman ad-darani r.h: ia bermunajat: “tuhanku, jika engkau mendakwaku disebabkan dosa-dosaku, maka aku akan membela diri dengan pengampunanMu, seandainya engkau menuntutku disebabkan kebakhilanku, akan ku sebutkan kepemurahanmu, sekiranya engkau mencampakkanku ke dalam nerakamu, akan ku beritahukan penghuninya kecintaanku kepadamu…”

dikatakan: “manusia yang paling bahagia adalah yang memiliki hati yang berilmu, badan yang sabar dan merasa cukup dengan apa yang ia dapat (qana’ah)”.

Daripada ibrahim an-nakhaie: “sesungguhnya orang-orang sebelum kamubinasa dikeranakan 3 perkara; banyak bercakap, banyak makan dan banyak tidur”.

Daripada yahya bin muadz ar-razi: “sungguh beruntung orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, membina kuburnya sebelum menempatinya serta membuat Tuhannya redho sebelum menemuiNya”.

Daripada ali kwj: “sesiapa yang tidak meiliki sunnatullah, sunnah rasulnya dan sunnah para waliNya maka ia seolah-olah tidak memiliki suatu apapun”. Lalu seorang bertanya: “apakah sunnatullah?” “menyimpan rahsia”; ujarnya.. apa pula sunnah rasulnya? Bergaul di tengah manusia. Apa pula sunnah para walinya? Menanggung cubaan/ penghinaan daripada manusia.”

Orang sebelum kita sentiasa berpesan-pesan dan saling menulis tentang 3 perkara:

  1. sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, Alah akan mencukupkan baginya urusan agama dan dunianya
  2. sesiapa yang memperindahkan batinnya, Allah akan menghiaskan zahirnya
  3. sesiapa yang menjaga hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menjaga hubungannya dengan sesama manusia.

Daripada Ali kwj: “jadilah engkau manusia terbaik di sisi Allah; jadilah engkau manusia terjahat di sisi dirimu sendiri (dalam pandanganmu). Serta jadilah engkau di kalangan manusia seperti salah seorang daripada mereka”.

Dikisahkan bahawa telah diwahyukan kepada nabi Uzair: “wahai uzair! Jika engkau melakukan dosa kecil maka janganlah engkau melihat kecilnya dosa itu, namun lihatlah kepada siapa engkau berdosa. Jika engkau mendapat nikmat yang sedikit, jangan dilihat akan sedikitnya, tetapi pandanglah siapa yang merezekikannya. Jika engkau ditimpa musibah, maka janganlah engkau mengadukanKu (dengan musibah itu) kepada makhluq sepertimana aku juga tidak pernah mengadukanmu kepada para malaikatKu ketika kejahatanmu (dosa-dosamu) naik kepadaKu”

Daripada hatim al-ashom r.h: setiap pagi syaitan akan membisikkan kepadaku (cuba menghasutku). “apa yang akan engkau makan? Apa yang akan engkau pakai? Di mana engkau akan tinggal?. Maka aku menjawab; maut makananku, kafan pakaianku dan kubur adalah tempat tinggalku”.

Daripada Nabi SAW: “barangsiapa yang keluar daripada naungan (kehinaan) maksiat menuju kemulian taat, maka Allah akan menjadikannya kaya tanpa harta, kuat tanpa tentera, dan mulia tanpa saudara”.

Diriwayatkan bahawa Nabi saw keluar menemui para Sahabatnya pada satu hari lalu menyapa: “bagaimana keadaan kalian pagi ini? Jawab mereka: “kami berpagi-pagi dalam keimanan kepada Allah. Bagida bertanya lagi: “kalau begitu apakah tanda-tandanya? Jawab para sahabat: “kami bersabar di atas bala, bersyukur di atas kurnia dan merasa redho dengan qadha”. Lantas baginda berujar: “jika demikian, kamu semua benar-benar beriman demi Tuhan ka’abah”.

Allah telah mewahyukan kepada sebahagian nabiNya: “barangsiapa menemuiKu sedang ia cinta kepadaKu, maka akan Ku masukkannya ke dalam syurgaKu. Barangsiapa yang menemuiku sedangkan ia takut kepadaKu, maka akan Ku jauhkannya dari nerakaKu. Barangsiapa yang menemuiku sedang ia malu kepadaku, maka akan Ku jadikan malaikat hafazah lupa akan dosa-dosanya”.

Daripada abdillah ibn mas’ud r.anh: “tunaikan apa yang difardhukan Allah, maka engkau akan menjadi manusia yang paling ‘abid. Jauhi apa yang diharamkan Allah, maka engkau akan menjadi manusia yang paling zuhud. Redholah dengan pemberian Allah kepadamu, maka engkau akan menjadi manusia yang paling kaya”.

Daripada soleh al marqidi, bahawasanya ia berjalan pada sebahagian rumah-rumah sambil berkata: “manakah perginya para penghuninya dahulu?, manakah perginya mereka yang dahulunya menghidupkan suasana di rumah-rumah ini?, manakah orang yang dahulunya menempatinya?..terdengar satu suara yang berseru: “telah menghilang jejak-jejak mereka, telah binasa ditelan bumi jasad-jasad mereka, dan telah kekallah amal-amal mereka tergantung pada leher-leher mereka” (menunggu pembalasan).

Daripada ali kwj: “jadilah orang yang memiliki kelebihan daripada sesiapa yang engkau kehendaki, maka engkau akan menjadi pemimpinnya. Mintalah dari sesiapa saja yang engkau kehendaki, engkau akan menjadi tawanannya. Merasa cukuplah daripada sesiapa saja yang engkau kehendaki, mka engkau akan menjadi temannya”.

Daripada yahya bin muadz rh: “meninggalkan dunia keseluruhannya bererti mendapatkan seluruhanya. Maka sesiapa yang meninggalkan dunia seluruhnya akan mendapatkan dunia seisinya; dan sesiapa yang mengambil keseluruhannya tidak akan mendapat suatu apapun darinya. Maka ambillah dunia seadanya.”

Daripada ibrahim bin adham rh: bahawa dikatakan kepadanya: “dengan apa engkau memperolehi sifat zuhud?. Jawabnya; “dengan 3 perkara. Aku melihat kubur itu tempat yang buas, dan tiada bagiku peneman, aku melihat jalan itu panjang, dan tiada bagiku bekalan, dan aku melihat Allah yang Maha perkasa akan menghukum, dan tiada bagiku sebarang hujjah”.

Daripada asy-syibli rh: “tuhanku, ………..katanya lagi: “jika engkau menginginkan kejinakan hati bersama Allah, maka musuhilah nafsumu. Katanya lagi: “seandainya engkau pernah merasai manisnya berhubung dengan Allah, engkau akan tahu betapa peritnya berpisah.”

sufyan ats-tsauri rh pernah ditanya tentang kejinakan hati bersama Allah, lalu jawabnya: “iaitu engkau tidak merasa tertarik dengan setiap wajah yang berseri, suara yang merdu mahupun ucapan yang fasih”.

Kata ibn abbas r.anh tentang zuhud: “kata zuhud terdiri daripada tiga huruf, zai, ha dan dal. Zai adalah zaadul lil ma’aad (berbekal untuk tempat kembali, iaitu akhirat), ha adalah hadyu liddiin (berjalan di atas petunjuk), dan daal adalah dawaamun ‘ala tho’ah (istiqamah melakukan keta’atan).

Katanya lagi: “zai adalah tarkuz ziinah (meninggalkan perhiasan), ha adalah tarkul hawa (meninggalkan ajakan nafsu) dan daal adalah tarkud dunya (meninggalkan dunia).

Hamid al laffaf didatangi seorang lelaki yan meminta nasihat darinya, lalu ia berujar; “jadikanlah untuk agamamu penutup (kulit) seperti penutup (kulit) mushaf.” Lantas ia ditanya; “apakah penutup agama itu?”. Jawabnya: “meninggalkan berkata-kata selain yang perlu, meninggalkan dunia selain keperluan, dan meninggalkan pergaulan dengan manusia melainkan sekadarnya. Setelah itu ketahuilah bahawa pangkal kezuhudan itu adalah menjauhi yang haram besar atau kecilnya; menunaikan segala kefardhuan, mudah atau sukarnya dan meninggalkan dunia kepada pencintanya, sedikit atau banyaknya.”

Luqman al-hakim berkata kepada anaknya: “wahai anakku! Diri manusia itu boleh dibahagikan kepada tiga bahgian. satu untuk Allah,satu bahagian untuk dirinya dan satu bahgian lagi untuk ulat. Adapun untuk Allah adalah ruhnya, untuk dirinya adalah amalnya, manakala jasadnya pula untuk ulat-ulat”.

Ali kwj berkata: “tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan kahak; bersugi, berpuasa dan membaca al quran”.

Ka’abul ahbar berkata: “benteng orang beriman itu ada tiga; masjid, zikrullah dan membaca al quran”.

Sebahagian hukamak berkata: “tiga perkara daripada perbendaharaan Allah yang tidak diberikan selain kepada mereka yang dicintaiNya; kefakiran, kesakitan (penyakit) dan sifat sabar”.

Ibn abbas r.anhuma ditanya tentang apakah hari , bulan dan amal yang terbaik, lalu jawabnya: “hari yang terbaik adalah hari Jumaat, bulan terbaik adalah Ramadhan, dan amal yang terbaik adalah solat lima waktu pada waktunya”. Tiga hari selepas itu jawapan ibn abbas itu diberitahu kepada sayyidina Ali kwj lalu beliau mengulas: “seandainya ditanyakan ulamak, hukamak dan fuqahak timur dan barat pastilah mereka akan menjawab dengan jawapan ibn abbas itu, Cuma aku ingin menambahkan; amal yang terbaik adalah yang diterima Allah, bulan terbaik adalah bulan di mana engkau bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha, dan hari yang paling baik adalah hari yang mana engkau keluar dari dunia ini ke hadhrat Allah dalam keadaan beriman kepadaNya”.

Seorang penyair berkata:

“apakah engkau tidak melihat bagimana siang dan malam memamah usia kita,

Sedang kita masih bermain-main setiap masa,

Maka janganlah tertawan dengan dunia dan kenikmatannya,

Kerana ia bukanlah tempat menetap yang sesungguhnya,

Beramallah sebelum kematian menjelma,

Dan janganlah engkau tertipu dengan ramainya teman dan saudara.”

Dikatakan: “jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi seorang hamba maka akan dijadikannya faham urusan agamanya, dan dijadikannya zuhud kepada dunia serta dinampakkan kepadanya kekurangan-kekurangan dirinya”.

Sabda Rasulullah SAW: “aku menyukai 3 perkara daripada dunia ; wangi-wangian, perempuan dan dijadikan penyejuk mataku di dalam solat. Abu bakr as-siddiq yang berada bersama para sahabat lain berkata: benarlah engkau wahai rasulullah. Aku pula menyukai 3 perkara daripada dunia ini; iaitu melihat kepada wajah rasulullah, mendermakan hartaku kepada rasulullah dan memperisterikan anakku (Aisyah) dengan rasulullah. Umar yang turut berada di situ berujar; benarlah abu baker. Aku juga menyukai 3 perkara daripada dunia ini; menyuruh kepada kebaikan (amar ma’ruf), menegah kemungkaran (nahi mungkar) dan berkumpul bersama para sahabat. Utsman pula berkata; benarlah umar; aku juga menyukai daripada dunia ini 3 perkara: mengenyangkan (memberi makan) orang yang kelaparan, memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian dan membaca al quran. Sampuk ali r.anh: benarlah utsman. Aku pula menyukai 3 perkara; berkhidmat kepada tetamu, berpuasa pada musim panas dan berjihad di jalan Allah.

Dalam keadaan demikian tiba-tiba jibril turun lalu berkata: Allah mengutusku apabila mendengar pembicaraan kamu tadi dan menyuruhmu untuk bertanya kepadaku apa yang aku sukai daripada dunia ini jika aku daripada kalangan manusia. Rasulullah lantas bertanya jibril; ‘ apakah yang engkau akan sukai jika engkau menjadi penghuni dunia? Jawab jibril “menunjuki orang yang tersesat, menemani orang yang tidak berteman dan menolong orang yang susah yang memiliki tanggungan (ahli keluarga) yang ramai. Sambung jibril lagi; tuhan yang maha mulia menyukai daripada hambaNya 3 perkara; bersungguh dalam usaha, tangisan penyesalan (tatkala melakukan dosa) dan kesabaran dalam menempuh kekurangan (kemiskinan).

Sebahagian hukamak berkata: “sesiapa yang bergantung kepada akalnya akan sesat, sesiapa yang merasa kaya dengan hartanya akan kekurangan, dan sesiapa yang mencari kemuliaan dengan makhluk akan terhina”.

Kata sebahagian hukamak: “buah makrifah (mengenali Allah dengan sebenar-benarnya) itu ada 3. malu kepada Allah, mencintai sesuatu/seseorang pada jalan Allah dan jinak hati dengan Allah (mencintai Allah).

Sabda Nabi SAW: “mahabbah (cinta) adalah pangkal makrifah,menjaga diri (’iffah) petanda yaqin, puncak keyakinan itu adalah taqwa dan redho dengan taqdir Allah”.

Sufyan ibn ‘uyainah berkata: “sesiapa yang mencintai Allah akan mencintai kekasih Allah, sesiapa yang mencintai kekasih Allah akan mencintai pula segala yang dicintai kerana Allah, sesiapa yang mencitai apa yang dcintai kerana Allah pula tidak suka dikenal dikalangan manusia”.

Nabi SAW bersabda: benarnya mahabbah ditandai dengan 3 perkara; iaitu ia akan memilih perkataan kekashinya berbanding perkataan selainnya, memilih bersama kekasihnya berbanding duduk-duduk dengan selainnya dan memilih redho kekasihnya daripada redho lainnya”.

Wahb bin munabbih al yamani berkata: tercatat di dalam taurat bahawa; “orang yang tamak itu fakir sebenarnya, sekalipun ia memiliki dunia seluruhnya; orang yang taat akan ditaati walaupun ia seorang hamba; dan orang yang qona’ah (merasa cukup dengan pemberian Allah) itu kaya sekalipun ia kelaparan”.

Ujar sebahagian huka,ak: “sesiapa yang mengenali Allah tidak akan merasa lazat bersama makhluq. Sesiapa yang mengenal (hakikat) dunia tidak akan cinta padanya; dan barangsiapa yang mengetahui keadilan Allahtidak akan berani membantahNya (bermaksiat kepadaNya)”.

Zunnun al misri berkata: ‘setiap yang takut akan melarikan diri, setiap yang menggemari akan mencari. Setiap yang mencintai Allah akan memusuhi nafsunya.

Katanya lagi: “orang yang ‘arif itu banduan, hatinya terang-benderang dan amalannya tidak terhitungkan.

Katanya lagi: “orang yang ‘arif billah itu menepati janji, hatinya suci (cerdik) dan amalnya kepada Allah murni (ikhlas)”.

Ibn sulaiman ad darani berkata: “pangkal kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Anak kunci dunia adalah kenyang, sebaliknya anak kunci akhirat adalah lapar (menyedikitkan makan/ berpuasa).

Dikatakan: ‘ibadah itu seumpama pertukangan, bengkelnya adalah bersendirian (khalwah, iaitu beribadah di tempat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain); modalnya adalah taqwa dan keuntungannya adalah syurga”.

Malik bin dinar berkata: “perbaikilah 3 perkara dengan 3 sehingga dengan itu engkau tergolong daripada kelompok orang mukmin. Sombong dengan tawadhu’; tamak dengan merasa cukup dan kedengkian dengan menjauhinya”.

Selesai terjemah bab 3 pada:

Rabu 4 mac 2009

12.48 tgh malam

MTK

Bab 4

Diriwayatkan Nabi saw bersabda kepada abi zarr al ghifari r.anh: “wahai abu zarr, perbaikilah kapalmu kerana lautan itu sangat dalam, berbekallah secukupnya kerana perjalanan itu sangat panjang, rinankanlah bebanan kerana pendakian itu sangat melelahkan, dan ikhlaskanlah amal kerana pengawas sedang memerhatikan”.

Berkata penyair:

“Bertaubat itu suatu yang wajib

Namun meninggalkan dosa lebihlah wajibnya,

Bersabar kerana musibah itu sukar,

Sedangkan terlepasnya pahala itu lebih lagi sukarnya,

Silih bergantinya masa dipenuhi keajaiban,

Namun kelalaian manusia lebih menghairankan,

Setiap yang akan datang amatlah dekat,

Sedang maut lebih dekat dari segala yang dekat.”

Sebahagian hukamak berkata: “empat perkara yang elok, namun ada empat perkara lagi yang lebih elok.. malu bagi seorang lelaki itu elok, namun bagi seorang perempuan itu lebih elok lagi. Keadilan pada seseorang itu elok, namun pada seorang pemerintah lebih elok lagi.taubat daripada seorang tua itu bagus, namun daripada seorang pemuda lebih bagus lagi. Sifat dermawan daripada si kaya itu bagus, namun daripada si faqir itu lebih bagus lagi.

Hukamak berkata lagi: “empat perkara yang buruk, namun empat yang lebih buruk.

Pemuda yang berdosa itu buruk, namun dosa daripada seorang tua itu lebih jelek lagi. Si jahil yang sibuk dengan dunia itu jelek, namun lebih jelek lagi jika si alim melakukannya. Malas melakukan ibadah itu jelek jika datangnya daripada orang awam, namun lebih jelek jika yang malas itu para ulamak dan penuntut ilmu. Kesombongan si kaya itu jelek, namun lebih jelek jika si faqir menyombongkan dirinya”.

Sabda Nabi SAW: “bintang-bintang itu simbol keamanan kepada penghuni langit (malaikat). Jika ia telah berjatuhan, maka ia adalah kecelakaan ke atas mereka (kiamat). ahli baytku adalah simbol keamanan umatku. Jika mereka terpesong, kehancuran akan menimpa umatku. Aku adalah keamanan bagi para sahabatku, jika aku telah wafat, kecelakaan akan mendatangi mereka. Gunung-ganang adalah simbol keamanan bumi ini, jika ia diratakan, bumi akan ditimpa kecelakaan”.

Kata ibn mubarak rh: sesiapa yang bersolat 12 rakaat (nawafil) setiap hari, bererti ia telah menunaikan hak solat. Sesiapa yang berpuasa 3 hari setiap bulan, bererti ia telah menunaikan hak puasa. Sesiapa yang membaca seratus ayat al quran setiap hari, bererti aia telah menunaikan hak pembacaan al quran. Sesiap yang bersedekah seminggu sekali, bererti ia telah menunaikan hak sedekah”.

Kata umar r.anh: “empat lautan. keinginan itu lautan dosa, nafsu itu lautan syahwat, maut itu lautan usia, dan kubur itu lautan penyesalan”.

Utsman bin ‘affan r.anh berkata: “aku menemui kelazatan ibadah pada empat hal. Pertamanya pada menunaikan apa yang difardhukan Allah. Keduanya pada menjauhi apa yang diharamkan Allah. Ketiganya pada menyuruh kebaikan kerana mengharapkan pahala daripada Allah. Dan keempatnya pada menegah kemungkaran keran takutkan murka Allah.

Seterusnya ia berujar lagi: “empat perkara zahirnya berupa keutamaan, namun batinnya berupa kefardhuan. Bergaul dengan para ulamak itu keutamaan, namun mencontohi mereka itu kefardhuan. Membaca al quran itu keutamaan, namun beramal dengannya itu kefardhuan. Menziarahi kuburan itu keutamaan, namun bersiap menempatinya itu kefardhuan. Melawat orang sakit itu keutamaan, namun mengambil pengajaran darinya itu kefardhuan”.

Ali r.anh berkata: “siapa yang rindukan syurga akan bersegera melakukan kebaikan. Siapa yang takutkan neraka akan menahan syahwat keinginan. Siapa yang meyakini kematian, hilanglah darinya lazat kehidupan. Siapa yang mengenal hakikat dunia akan ringanlah baginya sebarang penderitaan.

Daripada Nabi SAW sabdanya: “solat itu tiang agama, dan diam itu lebih utama. Sedekah itu memadam kemurkaan Tuhan, dan diam itu lebih utama. Puasa itu perisai dari neraka, dan diam itu lebih utama. Jihad itu puncak tertinggi agama, dan diam itu lebih utama.”

Dikatakan bahawa Allah telah mewahyukan kepada seorang nabi bani israil: “diammu dari memperkatakan kebatilan itu seperti puasa di sisiKu. Memelihara anggota dari yang diharamkan seumpama solat di sisiKu. Putus harapan daripada makhluq itu seumpama sedekah di sisiKu. Tidak menyakiti kaum muslimin itu seolah-olah jihad di sisiKu’.

Ibn mas’ud r.anh berkata: “ empat perkara menggelapkan hati. Mengenyangkan perut sesukanya, bersahabat dengan orang zalim, melupai dosa-dosa silam dan panjangnya angan-angan. Sementara empat yang mencerahkan hati adalah: perut yang lapar kerana takutkan yang haram, bersahabat dengan orang soleh, mengingati dosa-dosa lalu, dan pendek angan-angan.”

Hatim al ashom berkata: “sesiapa yang mendakwakan empat perkara tanpa empat bukti maka dakwaannya palsu. Sesiapa yang mendakwa cintakan Allah namun tidak menahan diri dari apa yang diharamkan Nya maka dakwaannya dusta.

Sesiapa yang mengaku mencintai nabi SAW tetapi,membenci faqir miskin, maka pengakuannya palsu. Sesiapa yang mendakwa mencintai syurga namun bakhil untuk bersedekah, maka dakwaannya batil. Sesiapa yang mengaku takutkan neraka namun tidak menghentikan dosa maka ia sebenarnya berdusta.”

Daripada nabi saw sabdanya: “tanda kecelakaan itu empat. Melupai dosa-dosa silam sedangkan Allah tidak melupakannya. Menyebut-nyebut kebaikan yang pernah dilakukan sedang ia sendiri tidak mengetahui apakah amalnya diterima atau sebaliknya. Melihat kepada orang yang melebihinya dalam perkara dunia dan melihat orang yang di bawahnya dalam urusan agama. Allah berfirman: “Aku menginginkannya namun ia tidak menginginkan Daku, maka aku melupakannya.”

Petanda kebaikan itu ada empat: “ mengingati dosa-dosa lalu, melakukan kebaikan yang dilakukan, melihat kepada mereka yang melebihinya dalam urusan agama dan melihat mereka yang kurang darinya dalam urusan dunia”.

Sebahagian hukamak berkata: “symbol keimanan itu empat; taqwa, malu, syukur dan sabar”.

Daripada nabi saw sabdanya: “ibu kepada segala ubat adalah sedikit makan, ibu kepada adab adalah sedikitnya percakapan, ibu kepada ibadat adalah sedikitnya dosa, sementara kesabaran adalah ibu kepada cita-cita.:

Katanya lagi SAW: empat permata dalam diri manusia yang akan dilenyapkan oleh empat perkara. Empat permata tersebut adalah aqal, agama, rasa malu dan amal soleh. Marah akan melenyapkan aqal, hasad akan melenyapkan agama, tamak pula akan melenyapkan rasa malu, serta mengumpat akan menghapuskan amal soleh.”

Daripada nabi SAW sabdanya: “empat perkara di dalam syurga lebih baik daripada syurga. Kekal dalam syurga lebih baik daripada syurga itu sendiri, khidmatnya malaikat kepada ahli syurga lebih baik daripada syurga, bertetangga dengan Nabi-nabi di dalam syurga lebih baik daripada syurga, dan keredhaan Allah di dalam syurga lebih baik daripada syurga itu sendiri.”

Empat perkara di dalam neraka pula yang lebih teruk daripada neraka itu. Kekal di dalamnya lebih buruk daripada neraka, celaan malaikat kepada penghuninya lebih buruk daripada neraka, bertetangga dengan syaitan di dalam neraka lebih buruk daripada neraka, dan murka Allah kepada penghuninya lebih buruk daripada neraka itu sendiri”.

Sebahagian hukamak apabila ditanya, bagaimana keadaanmu, ia menjawab: aku mendampingi Tuhan dan memusuhi nafsu, menasihati makhluq dan mengambil dunia sekadarnya”.

Hukamak telah memilih empat ungkapan daripada empat kitab. Daripada taurat berbunyi; “siapa yang redha dengan pemberian Allah akan tenang dunia akhrat. Daripada injil pula berbunyi; “sesiapa yang menghancurkan syahwat akan mulia di dunia dan akhirat”. Daripada zabur pula berbunyi; “siapa yang menjauhi pergaulan dengan manusia akan selamat dunia akhirat. Dan daripada Al furqan (al quran) pula berbunyi; “siapa yang memelihara lisannya akan selamat di dunia dan akhirat”.

Umar r.anh berkata: “tiadalah Allah mengujiku dengan satu bala melainkan dikurniakan dengannya empat macam nikmat; pertamanya ia bukannya kerana dosaku, keduanya aku tidak ditimpa musibah yang lebih teruk daripadanya, ketiganya aku tidak diharamkan redhoNya, dan keempatnya aku mengharapkan pahala daripadanya”.

Abdullah ibnul mubarak berkata: “seorang lelaki yang bijaksana mengumpulkan hadis lalu memilih empat puluh ribu daripadanya. Kemudian ia meilih lagi empat ribu daripadanya, setelah itu ia menyaring pula sehingga menjadi empat ratus. Kemudiannya ia memilih empat puluh daripadanya. Akhirnya ia hanya memilih empat sahaj daripadanya. Pertamanya adalah; “janganlah engkau percayakan urusanmu kepada seorang wanita dalam segala keadaan. Keduanya; “janganlah engkau terpedaya dengan harta dalam segala keadaan. Ketiganya; “janganlah membebankan perutmu di luar kesanggupannya. Keempatnya adalah; “jangan mengumpulkan ilmu yang tidak memberi manfaat padamu”.

Muhammad bin Ahmad berkata tentang firman Allah “ dan (Yahya ) itu adalah seorang tuan (sayyid) dan yang menjaga diri serta seorang nabi yang soleh”. Katanya; Allah menyebut Yahya a.s sebagai seorang tuan sedangkan ia adalah hambaNya disebabkan ia dapat mengawal empat perkara iaitu hawa nafsunya, iblis, lidahnya dan rasa marahnya”.

Ali r.anh berkata: agama dan dunia ini akan selamanya tegak disebabkan empat hal. Selagimana si kaya tidak bakhil dengan kekayaannya, ulama beramal dengan ilmunya., si jahil tidak menyombong dalam kejahilannya dan fakir miskin tidak menjual akhiratnya untuk mendapatkan dunia”.

Daripada Nabi saw sabdanya: “Allah akan berhujjah pada hari akhirat nanti kepada empat orang dengan empat jenis manusia. Orang kaya dengan Nabi Sulaiman bin Dawud, seorang hamba dengan Nabi Yusuf ( kerana Baginda pernah dijadikan hamba ), orang yang sakit dengan Nabi Ayyub dan orang yang fakir dengan nabi Isa”.

Bilal bin Saad r.h berkata: “meskipun seorang hamba melakukan dosa namun Allah tetap memberinya empat perkara: “tidak ditahan rezekinya, tetap disihatkan badannya, tidak didedahkan dosanya serta ditangguhkan hukumannya”.

Hatim al ashom r.anh berkata: “sesiapa yang mengalihkan fikirannya kepada empat perkara akan memperolehi syurga. Iaitu tidur kepada kubur, kesombongan kepada mizan (timbangan amal), kerehatan kepada titian (siratal mustaqim) dan syahwat keinginan kepada syurga Tuhan”.

Hamid al laffaf berkata: kami mencari empat perkara pada empat perkara, namun kami memperolehinya pada empat yang lain pula. Kami mencari kekayaan dengan harta namun kami menemuinya pada sikap berpada dengan apa yang ada. Kami mencari kerehatan pada banyaknya harta namun kami mendapatinya pada sedikitnya harta. Kami mencari kelazatan pada ni’mat, namun kami mendapatinya pada badan yang sihat, kami mencari rezeki di bumi lalu kami mendapatinya di langit yang tinggi”.

Ali kwj berkata: empat perkara yang sedikitnya pun dikira cukup banyak. Kesakitan, kepapaan, neraka dan permusuhan.

Hatim al ashom berkata: empat perkara yangtidak diketahui nilainya melainkan oleh empat jenis manusia. Kemudaan oleh seorang tua, kelapangan oleh orang yang ditimpa bala, kesihatan oleh orang yang sakit dan kehidupan oleh orang yang telah meninggal.

Abu nuwas bersyair:

Dosa-dosaku jika aku fikirkan amatlah banyaknya,

Sedangkan rahmat Tuhanku berbanding dosa-dosaku amatlah luasnya.

Tiadalah harapanku kepada amal solehku jika ada,

Namun rahmat Allah jualah harapan yang aku cita,

Dialah Allah, Tuhan yang mencipta diri ini,

Sedang aku hanyalah hambanya mengakui dosa

Bla, bla,bla

Sabda Nabi SAW: “apabila tibanya hari kiamat akan diletakkan timbangan amal lalu didatangkan ahli solat dan ditimbang pahala mereka, kemudian didatangkan pula ahli puasa ldan ditimbang pahala mereka. Setelah itu didatangkan pula ahli hajji dan ditimbang pahal amalan mereka. Kemudian didatangkan pula mereka yang selalu ditimpa bala (ujian) di dunia dahulu, namun tidak dikeluarkan catatan amalan mereka. Lantas mereka dibalasi dengan pahala tanpa hisab sehingga pada hari itu orang yang sihat-sihat di dunia dahulu berangan-angan sekiranya mereka juga menerima apa yang telah diterima oleh golongan tersebut dikeranakan banyaknya pahala yang disediakan Allah buat mereka”.

Sebahagian hukamak berkata: seorang anak adam pada dirinya terdapat empat bahagian yang akan dikuasai oleh empat pula; malaikat maut akan menguasai ruhnya, ahli waris akan menguasai hartanya, ulat-ulat akan menguasai jasadnya manakala orang yang dizaliminya di dunia dahulu akan menuntut amal baiknya di akhirat.

Mereka berujar lagi: siapa yang sibuk dengan syahwat tidak akan lepas daripada wanita, siapa yang sibuk mengumpul harta tidak akan dapat lari daripada yang haram, siapa yang sibuk dengan mencurahkan manfaat kepada kaum muslimin tidak dapat tidak mesti bergaul dan sesiapa yang sibuk dengan ibadah maka tidak dapat tidak mesti dengan ilmu.

Daripada ali bin abi talib katanya: empat amalan yang paling sukar hendak dilaksanakan; memberi maaf ketika sedang marah, dermawan ketika kesempitan (kekurangan harta), menjaga diri ketika bersendirian dan berkata benar ketika takutkan atau berharap kepada seseorang.

Di dalam zabur disebutkan: Allah ta’ala telah mewahyukan kepada nabi Dawud a.s bahawa seorang yang berakal dan bijaksana itu mestilah mempunyai empat waktu di dalam kehidupannya. Waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya, waktu untuk menghitung dirinya, waktu yang mana dia berjumpa saudara-saudaranya yang akan memberitahukan kecacatan dirinya dan waktu di mana dia bersenang-senang dengan kelazatan yang dibenarkan (bersama isterinya).

Sebahagian hukamak berkata: ibadat itu terhimpun pada empat perkara; menepati janji, memelihara batasan, bersabar atas kekurangan dan redha dengan apa yang dimiliki.

Bab 5

Diriwayatkan daripada nabi saw sabdanya: sesiapa yang meremehkan lima perkara akan kerugian lima perkara: sesiapa yang meremehkan ulama akan kerugian agamanya, sesiapa yang meremehkan pemerintah akan kerugian dunianya, sesiap yang meremehkan jirannya akan kerugian manfaat-manfaat, sesipa yang meremehkan orang kuat (aqwiyaa) kerugian kasih saying dan sesiapa yang meremehkan ahli kelaurganya (isterinya) akan kerugian kehidupan yang baik.

Bersabda nabi saw: akan dating suatu zaman ke atas umatku di mana mereka akan mencintai lima perkara dan melupakan lima perkara. Mereka encintai dunia dan melupakan akhirat, mereka mencintai rumah dan melupakan kubur, mereka mencintai harta dan melupakan hisab, mereka mencintai kaum keluarga namun melupakan hak-haknya, mereka mencintai nafsu dan melupakan Allah. Mereka itu bukan daripada golonganku dan aku berlepas diri daripada mereka.

Nabi saw bersabda lagi: tidak dianugerahkan seseorang lima perkara melainkan akan disediakan untuknya lima perkara pula; tidak dikurniakan kepadanya syukur melainkan disediakan baginya tambahan nikmat, tidak dikurniakan kepadanya doa melainkan disediakan buatnya istijabah, tidak diberikan kepadanya istighfar melainkan disediakan baginya keampunan, tidak dikurniakan kepadanya taubat melainkan disediakan buatnya penerimaan dan tidak dikurniakan baginya sedekah melainkan disediakan baginya (taqabbul)

Abu bakr r.anh berujar: lima kegelapan dan lima penerangnya. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa, dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat, kubur itu gelap dan penerangnya adalah kalimah syahadah, akhirat adalah kegelapan dan penerangnya adalah amal soleh, manakala siratal mustaqim itu gelap dan penerangnya adalah yakin (iman).

Umar berkata, jikalau aku tidak mahu dikatakan mengetahui perkara ghaib, pasti aku kan bersaksi ke atas lima golongan ini bahwa mereka adalah para penghuni syurga. Iaitu seorang fakir yang meiliki keluarga yang besar, seorang isteri yang diredhai suaminya, seorang isteri yang menyedekahkan maharnya kepada suaminya, anak yang diredhai kedua orang tuanya serta seorang yang bertaubat daripada dosanya.

Utsman r.anh berkata: lima tanda orang bertaqwa. Tidak duduk melainkan bersama orang yang akan menambah kebaikan kepada agamanya, dapat menguasai kemaluan dan lidahnya, apabila ia didatangi sesuatu ang banyak/besar daripada dunia, dia memandangnya remeh sahaja, apabila ia didatangi sesuatu yang kecil daripada urusan agama ia cepat-cepat merebutnya, ia tidak memenuhkan perutnya dengan yang halal kerana takutkan bercampurnya dengan yang haram serta ia melihat manusia seluruhnya selamat dan dirinya binasa.

Ali berkata: kalaulah tidak kerana lima perkara ini, manusia semuanya akan tergolong daripada orang baik-baik. Pertamanya ialah merasa cukup dengan kejahilannya (bodoh sombong), kemudian tamak dengan dunia, seterusnya bakhil dengan kekayaan, riya’ dengan amalan, dan kagum dengan pendapat sendiri.

Kebanyakan ulamak berkata: bahawa Allah telah memuliakan NabiNya saw dengan lima kemuliaan. Pertamanya Allah tidak memanggil nabi dengan namanya seperti nabi-nabi yang lain (adam, nuh, ibrahim dsb)tetapi dengan pangkatnya iaitu nabi dan rasul. Keduanya, nabi saw tidak berdoa kepada Allah melainkan Allah menjawabnya dengan dirinya ? yang mana Allah tidak melakukan demikian kepada nabi-nabi yang lain, Allah juga memberikan kurniaNya kepada nabi tanpa permintaan, selain itu Allah juga menyebutkan keampunanNya sebelum kesalahan Baginda ketika Allah berfirman “’afaLLahu ‘anka”, adapun ridha iaitu tidak ditolaknya tebusannya, sedekahnya dan nafkahnya seperti ditolak daripada nabi-nabi yang lain.

Abdullah bin ‘amru ibn ‘ash r.anh berkata; sesiapa yang memiliki lima perkara ini akan berbahagia dunia akhirat. Sesiapa yang mengingati bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah pada setiap ketika; apabila ia ditimpa musibah ia mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun wala hawla wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim; apabila mendapat ni’mat ia mengucapkan alhamdulillahi rabbil ‘alamin syukran lin ni’mah, apabila memulakan sesuatu urusan ia mengucapkan bismillahir rahmaanir rahim, apabila terlanjur melakukan dosa ia mengucapkan astaghfirullahal ‘azhim wa atuubu ilaih.

Hassan al Basri berkata: tercatat lima perkara di dalam taurat; bahawa kekayaan itu pada sifat qana’ah, keselamatan itu pada ‘uzlah, kehormatan diri itu pada menolak keinginan syahwat, kesenangan itu pada hari-hari yang panjang (akhirat) dan bersabar itu pada hari-hari yang pendek (dunia).

Daripada Nabi saw; rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Waktu mudamu sebelum tibanya waktu tuamu, waktu sihatmu sebelum waktu sakitmu, waktu kayamu sebelum waktu faqirmu, waktu hidupmu sebelum waktu kematianmu dan waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu.

Yahya bin muadz ar razi berkata: sesiapa yang banyak kenyang (makan) banyaklah dagingnya, seiapa yang banyak dagingnya banyaklah syahwatnya, sesiapa yang banyak syahwatnya banyaklah dosanya, sesiapa yang banyak dosanya keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya akan tenggelam di dalam dunia dan perhiasannya.

Sufyan ats tsauri berujar: orang fakir memilih 5 perkara dan orang kaya memilih 5 perkara pula. Orang faqir memilih kerehatan jiwa, kelapangan hati, menghambakan diri kepada Tuhan,ringannya hisab dan darjat yang tinggi. Sementara orang kaya pula memilih kepenatan jiwa, kesibukan hati, perhambaan kepada dunia, kesukaran hisab serta kerendahan darjat.

Abdullah al anthaki berkata: lima ubat hati adalah; bergaul dengan para solehin, membaca al Quran, mengosongkan perut, qiyamullail dan merendahkan diri kepada Allah pada waktu subuh.

Para ulamak berkata; tafakkur pada ayat-ayat Allah akan menghasilkan tauhid dan keyakinan, tafakkur pada ni’mat Allah akan membuahkan cinta kepadaNya, berfikir akan janji-janji Allah akan menghasilkan rasa gemar, memikirkan ancaman Allah akan membenihkan rasa gerun, dan memikirkan kekurangan dirinya dalam melakukan keaatan beserta kebaikan Allah kepadanya akan membangkitkan rasa malu.

Sebahagian ulama berkata. Sebelum menemui taqwa seseorang perlu melepasi lima bukit. Pertamanya, memilih kesusahan berbanding kenikmatan, memilih kesukaran berbanding kerehatan, memilih kehinaan berbanding kemuliaan, memilih diam daripada ucapan yang tidak perlu serta memilih kematian berbanding kehidupan.

Daripada Nabi saw: bisikan itu memelihara rahsia, sedekah itu memelihara harta, ikhlas itu menjaga amalan, berkata benar itu memelihara perkataan, dan bermesyuarat itu memelihara pendapat.

Sabda Nabi saw: pada mengumpul kekayaan itu ada lima perkara; Kepayahan / kehinaan dalam mengumpulnya, disibukkan daripada mengingati Allah disebabkan menguruskannya; ketakutan daripada dirampas dan kecurian, membawa nama bakhil pada dirinya, terpisah daripada orang soleh disebabkannya.

Adapun pada menjauhinya pula terdapat lima perkara: kerehatan jiwa daripada mencarinya, lapangnya waktu untuk mengingati Allah, aman daripada rasa takut kehilangan atau kecuriaannya, membawa nama yang mulia pad dirinya dan berpeluang bersahabat dengan orang soleh dengan menjauhinya.

Sufyan ats tsauri berkata: tidak terkumpul pada seseorang harta pada zaman ini melainkan terkumpul juga padanya lima perkar; panjang angan-angan, dikuasai rasa tamak haloba, kebakhilan yang melampau, kurang wara’nya serta melupakan akhirat.

Seorang bersyair:

Wahai orang yang meminang dunia untuk dirinya,

Sesungguhnya dunia itu bertukar kekasih setiap harinya,

bla,bla,bla

hatim al ashom berujar; tergesa-gesa itu daripada syaitan kecuali pada lima keadaan kerana ianya daripada sunnah rasulillah saw. Menjamu tetamu apabila datangnya, menyempurnakan jenazah apabila meninggalnya, menikahkan anak dara apabila cukup umurnya, melunaskan hutang apbila tiba tempohnya, dan bertaubat daripada dosa apabila terlanjur melakukannya.

Muhammad ad duuri berkata; iblis celaka disebabkan lima perkara; ia tidak mengakui dosa, tidak menyesalinya, tidakmencerca dirinya sendiri akibat dosa itu, tidak berazam untuk bertaubat, serta putus asa dari rahmat Allah.

Bahagianya adam disebabkan lima perkara; ia mengakui dosanya, ia bertaubat darinya, ia menyesalinya, mencerca dirinya, cepat0cepat bertaubat dan tidak putus asa dari rahmat Allah.

Syaqiq al balkhi berkata: sembahlah Allah sekadar hajat kamu kepadaNya, ambillah daripada dunia ini sekadar umur kamu padanya, berdosalah kepada Allah sekadar kemampuan kamu menanggung azabNya, berbekallah daripada dunia ini sekadar lamanya kamu menetap di dalam kubur nanti, beramallah untuk syurga sekadar kedudukan yang kamu impikan untuk duduk di dalamnya.

Umar r.anh berkata: aku melihat para kekasih maka aku tidak melihat kekasih yang lebih baik daripada memelihara lidah, aku melihat pakaian dan aku tidak mendapati pakaian yang lebih utama daripada wara’, aku melihat harta dan aku tidak mendapati harta yang lebih utama daripada qana’ah, akumelihat kebaikan dan aku tidak mendapai yang lebih baik daripada nasihat, serta aku melihat makanan dan aku tidak mendapati makanan yang lebih lazat daripada kesabaran.

Sebahagian hukamak berujar: zuhud itu lima komponen, menaruh keyakinan kepada Allah, berlepas diri daripada makhluk, ikhlas dalam beramal, menanggung kezaliman serta qana’ah dengan apa yang dimiliki.

Sebahagian ahli ibadah berkata di dalammunajatnya: tuhanku, panjangnya angan-angan telah menipuku,cinta dunia telah membinasakanku, syaitan pula telah menyesatkanku, nafsu ammarah menghalangiku dari jalanMu, teman-teman yang jahat sering mengajakku ke arah kemaksiatan kepadaMu, maka tolonglah daku wahai Zat yang menolong orang yang memerlukan pertolongan. Jika Engkau tidak mengasihaniku, siapakah lagi yang akan mengasihiku…

Sabda nabi saw: Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana mereka mencintai lima perkara dan melupai lima perkara. Mereka mencintai dunia dan melupakan akhirat, mereka mencintai kehidupan dan melupakan kematian, mereka mencintai istana-istana (rumah) dan melupakan kuburan, mereka mencintai harta benda dan melupakan hisab, serta mereka mencintai makhluk dan melupakan Khalik (Pencipta).

Yahya bin muadz ar razi bermunajat: tuhanku, tiada indahnya malam melainkan dengan munajat kepadaMu, tiada serinya siang melainkan dengan mentaatimu. Tiada harumnya dunia tanpa ingatan kepadaMu, tiada wanginya akhirat tanpa keampunanMu dan tiadalah indahnya syurga melainkan dengan melihat kepada WajahMu.

Bab 6

Bersabda Nabi saw: enam perkara akan menjadi janggal dan aneh pada enam tempat. Masjid akan menjadi asing pada suatu kaum yang tidak bersolat padanya, mushaf (Al Quran) akan menjadi asing pada sebuah rumah yang tidak dibacakan Al Quran padanya, al Quran (yang dihafal) akan menjadi asing did lam dada orang yang fasik, perempuan muslimah yang solehah akan menjadi janggal di bawah jagaan suaminya yang zalim lagi buruk akhlaknya, lelaki muslim yang soleh akan menjadi asing emiliki isteri yang jelek dan buruk akhlaknya, seorang alim akan menjadi aneh di kalangan kaum yang tidak mahu mendengar kata-kata nasihatnya. Kemudian Nabi saw bersabda: sesungguhnya Allah tidak akan memandang kepada mereka itu dengan pandangan RahmatNya pada hari kiamat kelak!

Sabda nabi saw: enam golongan yang aku melaknat mereka serta turut dilaknat oleh Allah; dan setiap Nabi itu diterima doa mereka. Orang yang menambah-nambah di dalam Kitab Allah, tali barut penguasa yang zalim yang memuliakan sesiapa yang dihina Allah serta menghinakan sesiapa yang dimuliakan Allah, orang yang menghalalkan dari keluargaku apa yang diharamkan Allah dan orang yang meninggalkan Sunnahku. Sesungguhnya mereka itu tidak akan dipandang oleh Allah dengan pandangan RahmatNya pada hari kiamat.

Berkata abu bakr ss siddiq r.anh: sesungguhnya iblis berdiri di hadapanmu, nafsu di kananmu, keinginan di kirimu, dunia di belakangmu, anggota badan di sekelilingmu dan Allah yang Maha Perkasa di atasmu dengan kekuasaanNya.

Iblis la’natullah akan mengajakmu meninggalkan agama, nafsu mendorongmu melakukan maksiat, keinginan menyuruhmu kepada syahwat,dunia menggodamu agar memilihnya berbanding akhirat, anggota badan menghasutmu melakukan dosa, sementara Allah yang maha perkasa sentiasa menyerumu kepada syurga dan keampunanNya.

Sesiapa yang mengikut ajakan iblis hilanglah agamanya, sesiapa yang terdorong mengikuti nafsu hilanglah ruhnya, seiapa yang menerima arahan keinginannya hilanglah akalnya, sesiapa yang tergoda dengan dunia hilanglah akhiratnya, sesiapa yang termakan hasutan anggota badannya akn hilanglah darinya syurga dan barangsiapa yang menyahut seruan Allah akan hilanglah darinya segala kejahatan dan akan beroleh segala kebaikan yang tidak terhingga.

Umar r.anh berkata; Allah menyembunyikan enam perkara pada enam perkara; Dia menyembunyikan redhoNya dalam amal ketaatan, ia menyembunyikan murkaNya dalam kemaksiatan, ia merahsiakan NamaNya yang teragung di dalam alquran, ia merahsiakan lailatul qadar pada bulan ramadhan, ia menyembunyikan solatul wustho dalam solat lima waktu dan ia merahsiakan kiamat dalam hari-hari yang bertamu.

Kata utsman r.anh: sesungguhnya seorang mukmin itu sentiasa berada di dalam enam ketakutan; takut-taku seandainya Allah mencabut iman daripadanya; takut-takut malaikat hafazah (pencatat amal) akan mencatat amal yang boleh memalukannya di hari kiamat kelak; takut-takut syaitan akan menghapuskan amlanya, takutkan malaikat maut yang mungkin akan mencabut nyawanya dalam keadaan ia sedang lengah (kelalaian); takut akan dunia yang menipunya dan menyibukkannya daripada akhirat; dan takut-takut ahli keluarganya menjadikannya sibuk sehingga menyibukkannya daripada mengingati Allah.

Ali r.anh berkata:sesiapa yang menghimpunkan enam perkara pada dirinya pasti akan menjadikan syurga harapannya dan neraka ketakutannya. Sesiapa yang mengenali Allah lalu mentaatinya; ia mengenali syaitan lalu membantahnya, ia mengenal akhirat lalu ia berusaha meraihnya, ia mengenali dunia (tipuannya) maka ia menolaknya; ia mengenali kebenaran lalu mengikutinya, ia mengenali kebatilan lantas menjauhinya.

Kata ali r.anh lagi: ni’mat itu ada enam: Islam, al quran, Nabi muhammada saq, ke’afiatan (kesihatan dan kesejahteraan), tutupan (Allah menutup aibnya) dan merasa cukup daripada manusia (tidak berharap kepada mereka).

Yahya bin muadz ar razi r.h berkata: ilmu itu petunjuk bagi amal, kefahaman itu memelihara ilmu, akal itu pemandu kea rah kebaikan, keinginan hawa nafsu itu tunggangan dosa, harta itu selendang orang yang sombong, dan dunia itu pasar akhirat.

Abu dzarr jimhar berkata: enam hal yang menyamai seluruh kenikmatan dunia. Makanan yang lazat, anak yang soleh, isteri yang tidak membantah, percakapan yang berhikmah, akal yang sempurna dan badan yang sihat.

Kata hassan al basri r.h: kalaulah tidak kerana para abdal (wali-wali Allah) pastilah akan ditenggelamkan bumi dan seisinya. Kalulah tidak kerana para solehin, binasalah mereka yang menderhaka. Kalaulah tidak kerana para ulama, jadilah manusia itu seumpama binatang ternak. Kalaulah tidak kerana kekuasaan ( yang diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya) pastilah manusia akan berbunuhan sesame mereka. Kalaulah tidak kerana mereka yang kurang akal (yang mengutamakan yang fana’ daripada yang kekal) maka runtuhlah dunia dan kalaulah tidak kerana anginakan membusuklah segala sesuatu.

Sebahagian hukamak berujar: sesiapa yang tidak takutkan Allah tidak akan terselamat daripada ketergelinciran lidah. Barangsiapa yang tidak takutkan hari berdirinya di hadapan Allah nanti, tidak akan terselamat hatinya daripada yang haram dan syubhat. Barangsiapa yang tidak berputus asa daripada makhluk tidak akan terselamat daripada tamak haloba. Barnagsiapa yang tidak memelihara amalnya tidak akan terselamat daripada riya’. Barangsiapa yang tidak merasa cukup dengan Allah dalam mengawal hatinya tidak akan terselamt ia daripada hasad dengki. Akhirnya barangsiapa yang tidak melihat kepada orang yang melebihinya dalam ilmu dan amal tidak akan terselamat daripada ‘ujub (bangga diri).

Hassan al basri r.h berkata: rosaknya hati disebabkan enam perkara;melakukan dosa sambil mengharapkan taubat, menuntut ilmu tidak diamalkan, jika diamalkan tidak ikhlas pula, memakan rezeki Allah namun tidak mensyukurinya, tidak redho dengan pembahagian Allah, menguburkan jenazah namun tidak mengambil iktibar.

Beliau berkata lagi: sesiapa yang menginginkan dunia dan memilihnya berbanding akhirat akan ditimpa enam balasan: tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat;

Adapun tiga di dunia adalah; angan-angan yang tak berkesudahan, dikuasai rasa tamak yang tidak dapat dipuaskan, serta ditarik daripadanya kelazatan beribadah.

Adapun tiga di akhirat adalah; ketakutan yang teramat pada hari kiamat, hisab yang berat dan kerugian yang berpanjangan.

Ahnaf bin qais r.anh berkata: tiada kerehatan bagi pendengki, tiada muru’ah (kehormatan diri) bagi pendusta, tiada jalan keluar bagi seorang yang bakhil, tiada pemenuhan janji bagi raja-raja, tiada ketinggian (kemuliaan) bagi orang yang buruk akhlak, dan tiada rintangan bagi qadha Allah.

Ditanyakan kepada sebahagian hukamak: apbila seorang hamba bertaubat, apakah ia tahu taubatnya diterima atau sebaliknya? Jawabnya: aku tidak tahu tetang hal itu, tapi di sana ada tanda-tandanya. Satunya, ia melihat dirinya bukanlah terpelihara daripada maksiat, dan ia melihat kegembiraan telahlenyap daripada hatinya digantikan dengan kesedihan, ia berdampingan dengan ahli kebaikan dan menjauhi ahli maksiat, ia melihat sedikitnya dunia yang dimiliki itu banyak dan melihat amal akhiratnya yang banyak itu masih sedikit, dan ia melihat apa yang hatinya sibuk dengan apa yang ia janjikan Allah, bukan apa yang Allah janjikan kepadanya ?, dan ia memelihara lisan, tenggelam dalam fakir, sentiasa berduka dan menyesal.

Berkata yahya bin muadz ar razi rh: aku melihat tipuan yang terbesar itu adalah berterusan melakukan dosa sambil mengharapkan keampunan Allah tanpa adanya penyesalan; menginginkan kedekatan kepada Allah tanpa melakukan ketaatan; mengharapkan tanaman syurga dengan benih neraka; menuntut negeri orang yang taat (syurga) dengan amal maksiat; menanti habuan tanpa beramal; berangan-angan kepada Allah (agar Allah mengampuninya dan memasukkannya ke syurga) dengan tidak menghiraukan batasanNya.

Engkau mengharapkan kejayaan tanpa menjejaki jalannya,

Sesungguhnya kapal itu tidak akan dapat belayar di atas daratan.

Ahnaf bin qais ditanya, apakah yang terbaik diberikan kepada seorang hamba? Jawabnya; aqal yang berguna (mampu berfikir dengan baik). Jika tidak? Jawabnya: adab yang baik. Jika tidak? Sahabat yang sependapat. Jika tidak? Hati yang sentiasa berhubung dengan Allah. Jika tiada juga? Diam yang berterusan. Jika tidak? Mati yang segera.

Bab 7

Daripada abi hurairah r.anh, sabda Nabi SAW: tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari kiamat di bawah lindungan arasyNya di hari di mana tiada naungan selain naunganNya. Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadah kepada Allah, seorang lelaki yang mengingati Allah bersendirian lantas bergenang air matanya kerana takutkan Allah, seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid sehingga ia kembali padanya, seorang lelaki yang bersedekah dengan satu sedekah yang mana tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tnagan kanannya (bersedekah secara rahsia), dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, dan seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang cantik agar berzina dengannya, lalu ia enggan sambil berkata “aku takutkan Allah”!.

Abu bakr as siddiq r.anh berkata: si bakhil tidak akan terlepas daripada tujuh keadaan. Samada ia akan mati, lalu warisnya kan menghabiskan harta itu pada jalan yang tidak diperintahkan Allah (maksiat); atau penguasa yang zalim kaan merampas hartanya setelah menghinakannya; atau syahwatnya akan mengajaknya menghabiskan harta itu; atau ia akan terfikir untuk membina bangunan atau binaan yang akan runtuh sehingga menghancurkan hartanya (yang dilaburkan untuk membinanya); ataupun ia akan ditimpa sesuatu daripada musibah di dunia seumpama karam, terbakar, kecurian dan yang semisalnya; atau ia tertimpa sesuatu sebab (seperti penyakit contohnya) yang berterusan yang mengakibatkan ia terpaksa membelanjakan hartanya bagi mengubati penyakit itu; atau ia menyimpannya pada satu tempat lalu ia lupa sehingga ia tidak mendapatinya lagi.

Berkata umar r.anh: sesiapa yang banyak ketawa kuranglah wibawanya; sesiapa yang meremehkan manusia dia akan diremehkan; sesiapa yang menekuni sesuatu ia akan dikenali dengannya; sesiapa yang banyak cakapnya banyaklah salahnya; sesiap yang banyak salahnya kuranglah malunya; sesiapa yang kurang malunya kuranglah pula wara’nya; dan barangsiapa yang kurang wara’nya matilah hatinya.

Utsman r.anh berkata tentang firman Allah: “dan di bawah dinding itu ada harta terpendam untuk kedua anak yatim tersebut, yang mana ibu bapa keduanya adalah orang baiik-baik” –surah al kahf-. Katanya: harta terpendam itu adalah satu papan tulis daripada emas yang tertulis padanya tuju baris ungkapan. Petamanya; aku merasa hairan kepada seorang yang mengetahui mati (itu akan mendatanginya) sedangkan ia masih tertawa.

Aku merasa hairan kepada seorang yang mengetahui bahawa dunia itu fana’ namun ia masih gemarkannya. Aku kehairanan denga seorang yang mengetahui bahawa segala urusan itu telah ditentukan, namun ia masih lagi memperbanyakkan barang yang akn hilang (binasa), aku sangat hairan dengan seorang yang mengetauhi adanya hisab namun ia masih mengumpulkan harta, aku merasa ta’ajub dengan seorang yang mengetahui neraka, namun ia masih melakukan dosa, aku merasa pelik dengan seorang yang mengetahui dan meyakini Allah namun ia masih mengingati yang lain (selain Allah); aku juga merasa aneh dengan seorang yang meyakini syurga namun ia masih bersenang-senang dengan dunia; dan aku juga merasa hairan dengan seorang yang mengetahui bahawa syaitan itu musuhnya namun ia masih lagi mentaatinya.

Ali r.anh ditanya: apakah yang lebih berat daripada langit, lebih luas daripada bumi, lebih kaya daripada laut, lebih keras daripada batu, lebih panas daripada api, lebih sejuk daripada kaca dan lebih pahit daripada racun? Jawab beliau: membuat fitnah / tuduhan dusta (buhtan) ke atas orang yang tidak melakukannya itu lebih berat daripada langit; kebenaran itu lebih luas daripada bumi; hati orang yang qana’ah (merasa cukup) itu lebih kaya daripada lautan; hati orang munafik itu lebih keras daripada batu; penguasa yang zalim lebih panas daripada api; berhajat kepada orang yang hina itu lebih sejuk daripada kaca, dan kesabaran itu lebih pahit daripada racun. [dikatakan juga mengadu domba (namimah) lebih pahit daripada racun].

Sabda nabi saw: dunia adalah rumah bagi orang yang tiada rumah, harta bagi orang yang tidak punya harta, kerana ialah orang yang tidak berakal mengumpulkannya serta bergelumang dengan kesenangannya orang yang tidak memahami,… mukasurat kosong sehelai tidak bercetak

Daripada jabir bin abdillah al anshori r.anh, daripada nabi saw sabdanya: sentiasalah jibril mengingatkanku perihal jiran sehingga aku menyangka jiran itu boleh mewarisi harta, sentiasalah juga jibril memperingatkan aku perihal wanita sehingga aku menyangka akan diharamkan menceraikan mereka; amatlah seringnya Jibril berpesan kepadaku perihal hamba sahaya sehinggakan kau menyangka akan ditentukan batas waktu untuk membebaskan mereka; dan sentiasalah jibril memperingatkan daku tentang bersiwak sehinga aku menyangka bahawa ia akan difardhukan; sentiasalah Jibrl memperingatkanku tentang solat berjemaah sehingga aku menyangka bahawa Allah tidak akan menerima solat selain yang dilakukan secara berjemaah; sentiasalah jibril memperingatkan daku tentang qiyamullail sehingga aku menyangka tidak boleh tidur pada waktu malam dan sentiasalah jibril memperingatkan daku tentang zikrullah sehingga aku menyangka tidak akan berguna perkataan melainkan dengannya.

Sabda Nabi SAW: tujuh golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah pada hari kiamat, dan tidak akan disucikan mereka serta akan dimasukkan ke dalam neraka:

Orang yang melakukan dan dilakukan?, orang yang menikahi tangannya, orang yang menyetubuhi binatang, orang yang mendatangi isterinya melalui duburnya, orang yang menikahi seorang perempuan dan anak perempuan tersebut, orang yang berzina dengan jirannya dan orang yang menyakiti jirannya sehingga jirannya melaknatnya.

kemudian terdapat satu page yg kosong pada kutaib ini. kemudiannya kutaib ini pula hilang tak ketemu lagi.. ada 1 atau 2 bab saja lagi..

Monday, February 7, 2011

KEMATANGAN..

Kematangan bukanlah pada usia!
Kematangan adalah refleksi jiwa,
dan terjemahan minda,
terzahir pada sikap dan kata-kata.

Pilihlah untuk menjadi matang,
atau engkau berterusan seperti anak kecil,
yang memandang kehidupan sebagai permainan,
sedangkan hakikatnya adalah perjuangan!

Friday, February 4, 2011

"Dan irama cinta berkumandang lagi..."

Malam ini, mari kita bicara lagi..

Nah! mahu bicara apa?
Apa?! Engkau mahu bicara perihal cinta?
Ah! Jemulah! Asyik cinta, cinta dan cinta!

Kawan..
Dunia ini berputar dengan cinta,
Kehidupan ini bermula dengan cinta,
Malah dirimu juga adalah buahnya pohon cinta.

Andai engkau tak ingin bicara maka dengarkan saja.
Biarkan saja harpa jiwaku memainkan lagu cintanya.
Jika hatimu tidak tergetar dek alunannya, jangan tanya aku mengapa!
Mungkin saja rentaknya sumbang, atau mungkin saja talinya ada yang putus!

Dan malam ini mari kita berlagu lagi...

Thursday, February 3, 2011

"Anakku..."


Anakku..
Jika kau memilih untuk dicintai,
janganlah cepat menaruh hati,
kerana zaman silih berganti,
kini berkasih, esok mungkin membenci.

Anakku..
Jika engkau ingin mencintai,
cintailah sekadar separuh hati,
agar engkau kan sedar nanti,
betapa mudahnya insan berubah hati.

Anakku..
Jika engkau ingin berkahwin nanti,
kahwinilah perempuan yang engkau cintai,
sehingga hatimu tenteram dan tidak gusar lagi,
dan engkau tidak pula termimpi-mimpi,
kekasih lamamu yang telah pergi..

Anakku..
Jika engkau benar-benar mengerti,
tahulah engkau akan cinta sejati,
hanyalah cinta kepada Ilahi,
kerna Dialah yang sangat mencintai.

Tuesday, February 1, 2011

KITA SAMA...

tidak kira siapa engkau katakan tentang dirimu, oh kawan!
sufi atau salafi, sunni atau syi'ie, wahabi atau mazhabi, tablighi atau hizbi,
ataukah bermacam-macam label lagi,
engkau hanyalah dirimu sendiri, tanpa syak lagi!

engkau bukan siapa siapa dengan sekadar dakwaan semata,
tetapi amalmu, kerja buatmu, perbuatanmu, cara fikirmu, tindak tandukmu,
semua itu adalah penentu siapa dirimu,
dan ke mana tempat kembalimu..

di sana hanya dua tanpa tiganya,
syurga atau neraka, bahagia atau sengsara,
di dunia engkau membanggakan diri,
aku orang A! aku orang B!
aku lebih Islami! engkau hilang identiti!

kawan! jangan begitu.. kelak engkau tahu,
kita berdua hanya satu,
identiti kita t'lah diberiNya lama dahulu,
itulah kita;
"Huwa sammakumul muslimina min qablu wa fi haza,
li yakuuna ar rasuulu 'alaikum syahiida.."