Friday, November 2, 2012

MACAM-MACAM DOK ADA..


Ada orang komen tentang Jamaah Tabligh. Lalu antara komennya adalah:

"Penetapan keluar 3 dan 40 hari, 4 bulan, setahun adakah dilakukan oleh Nabi dan Para Sahabat?"

(dengan maksud hal ini dikira bid'ah dan ditolak)

Aduh!.. Maka saya tanyakan,

"Anda pergi belajar agama selama 4 tahun untuk B.A, 2 tahun untuk M.A dan seterusnya, adakah ada penetapan daripada Nabi dan Para Sahabat?"


***

Ada sebahagian kalangan yang bersemangat berkempen untuk menumbangkan kerajaan sedia ada pada pilihanraya akan datang. Lalu saya pun tanyakan kepada mereka:

"Baiklah, kita setuju untuk tumbangkan kerajaan ini, lantas selepas itu apa dan bagaimana?"

Jawab mereka:-

"Itu tidak penting! Yang penting sekarang,kita tumbangkan dulu kerajaan BN! Lepas itu baru kita fikirkan apa dan bagaimana kerajaan yang baru!"

Aduh, ini satu lagi yang memeningkan kepala!

Orang Melayu! Pikir biar panjang banyak!

***

Ada anak muda yang sibuk sekali dengan hal2 politik tanah air, namun membaca malas sekali. Pengetahuan tentang sejarah negara tahap zero. Maklumat hanya daripada ceramah2, akhbar dan media parti, atau juga blog2 politik.

Sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang, sama saja. Tapi daripada pihak pembangkang lebih nyata. Akhirnya jadi seperti kerbau dicucuk hidung diseret ke sana ke mari oleh pemimpin2 parti yang pandai menyembur liur.

***

Ada parti bernuansa islami mengaku sudah mendapat sokongan professional disamping berteraskan kepimpinan ulama.

Menghairankan apabila individu yang dilantik ke kerusi no. 2 nya nak kata ulama bukan, nak kata professional pun bukan juga. Hanyasaja bakatnya yang terbukti berkemampuan menarik massa dengan ceramah lawak jenaka.

***

Aku tidak setuju juga dengan banyak perkara pada kerajaan sedia ada. Tapi, pembangkang juga tidak menampilkan diri sebagai pengganti yang berwibawa. Melainkan Ustaz Azizan yang mentadbir Kedah dengan agak berjaya. Itupun masih ada pergolakan dalaman.

Untuk menobatkan DSAI sebagai PM? Aku memang tak sanggup!

***

Semalam aku ke TESCO Stargate dekat Tol Alor Setar Selatan tu. Ada kelab malam atau entah apa dengan signboard Carlsberg yang besar baru dibuka di rumah kedai baru di situ. Harap kerajaan negeri tengok2kan hal2 macam ni.

Signboard2 dan bilboard2 iklan di Kedah yang memaparkan gambar perempuan semuanya kini didapati bertudung. Ini sangat bagus. Tapi bilboard2 ucapan tahniah kepada Agong yang baru dilantik tidak dikenakan peraturan yang sama nampaknya.


***

Membangkang dan mencadang itu tidak sukar mana ( menaip di blog ini tentunya lebih senang lagi! ). Berkerajaan dan melaksana itu satu tugas yang hanya orang yang memikul tahu betapa sukarnya ia.