Tuesday, February 14, 2012

ENGKAU BUKANNYA YA'QUB DAN ANAKMU BUKANLAH YUSUF - 'alaihimassalaam-

Jika engkau punya anak2 yang masih di umur kanak2, berikanlah ruang masa untuk mereka bermain-main.

Jangan terlalu membebankan mereka dengan jadual belajar yang rasmi sehingga merampas waktu bermain mereka.

Kelas dari pagi membawa ke petang. Disambung pula dengan tuisyen di waktu malam. Sampai2 hujung minggu pun padat dengan bermacam-macam kelas itu dan ini.

Kanak2 sebegini mahu bermain, tetapi bila?

Ia akan mencuri waktu kelasnya, waktu tuisyennya untuk bermain-main.
Apabila besar ia akan mencuri pula masa kerjanya di pejabat bermain permainan2 di komputer kerana sudah terbiasa mencuri waktu belajarnya dahulu.

Mungkin anda pernah membaca ruangan hobi di dalam akhbar2 atau majalah yang mana terdapat bapak2 budak yang hobinya mengumpul koleksi patung2 watak2 komik, model2 kereta hotwheel, dan lain2 yang bersifat keanak-anakan.

Salah satu puncanya adalah kerana ingin meng'Qadha' semula suatu waktu yang telah terlepas darinya.

Justeru jika engkau selama ini terlalu menginginkan anakmu cemerlang di dalam pelajaran sehingga merampas waktu bermain mereka, maka mulai saat ini kembalikan semula rampasan itu kepadanya.

Kerana kanak2 lebih banyak belajar melalui permainan dan cenderung bermain-main sewaktu pembelajaran yang membosankan.

Juga kerana engkau bukanlah sehebat Nabi Ya'qub dan anakmu pula tidaklah seistimewa Yusuf -'alaihimassalaam-.*

Wallahu a'lam.

* Rujuk tafsir/terjemahan ayat 12 dan 13 Surah Yusuf.

SAINS BUKAN ILMU YANG PASTI MUTLAK


* Tajuk artikel ini mungkin agak kurang tepat. Saya hanya bermaksud ingin mengatakan bahawa "Teori Sains Bukannya Suatu Kebenaran yang Mutlak" untuk menyedarkan sebahagian kita yang mungkin terlalu obses dengan sesuatu yang namanya "saintifik".

***

Berbeza dengan Matematik, Sains bukanlah merupakan satu ilmu yang seratus peratus pasti benar.

Maksud ilmu yang pasti di sini adalah bahawa segala yang dinyatakan oleh Sains dianggap suatu fakta yang mutlak benar dan tidak boleh disanggah. Dengan makna jika ada kenyataan lain yang dianggap menyalahi "fakta" Sains sedia ada, maka kenyataan itu yang akan ditolak mentah2.

Jika kita kembali kepada asasnya, dapatan2 Sains sebenarnya adalah kesimpulan2 yang dirumuskan daripada pemerhatian2 pada kajian2 atau ujian2 yang dijalankan oleh manusia.

Tentu kita masih ingat bagaimana kita di waktu jadual pelajaran Sains Amali semasa sekolah dahulu melakukan ujian2 hanya untuk membenarkan kesimpulan2 yang telah dibuat oleh ahli2 sains yang terdahulu.

Sebenarnya -sefaham saya pada masa ini-, kesimpulan atau rumusan daripada pemerhatian pada ujikaji serta kajian tidak semestinya benar. Justeru ia sebenar-benarnya tidaklah dapat disebut sebagai fakta, sebaliknya hanya "Teori".

Tetapi oleh kerana ini adalah perkataan yang sedia digunakan, maka -tidak apa-, kita turut menggunakannya. Namun haruslah kita sedar bahawa dapatan2 Sains itu bukannya satu kebenaran mutlak.

Betapa banyak teori2 Sains terdahulu yang telah mansukh dan ditolak oleh ahli2 Sains terkemudian yang melakukan kajian yang berterusan dan tidak merasa takut untuk menyatakan pendapat dan kesimpulan yang berlawanan dengan teori2 sedia ada.

Sikap sebegini adalah satu sikap yang bagus.

Malangnya kebanyakan kita, umat Islam terutamanya tidak mempunyai sikap sebegitu, bahkan cepat sekali membakul sampahkan segala teori dan fakta cadangan yang dianggap bercanggah dengan 'fakta' Sains sedia ada.

Ini adalah satu sikap yang turut merebak di dalam bidang sejarah.

Fenomena ketaksuban seperti ini adalah sesuatu yang sangat berbahaya yang akan menular sehingga boleh memusnahkan akidah jika tidak diinsafi.

Orang yang taksub kepada sesuatu yang dianggap saintifik dan menolak segala yang bercanggah dengannya akan terbawa-bawa kepada akhirnya akan turut menolak fakta (ini adalah "fakta" yang sebenar) daripada Al-Quran dan Sunnah.

Ini disebabkan oleh  sifat Sains itu sendiri yang menjadikan logik atau masuk akal sebagai teras sandaran akidahnya.

Mari kita contohkan dengan contoh yang mudah.

Sesiapa pun yang mempelajari Sains yang asas akan mengetahui bahwa bumi dibahagikan kepada tiga lapisan iaitu kerak bumi, mantel dan teras. Sejak dahulu itulah teori yang disebarluaskan dan diajar di dalam buku2 teks Sains.

Jika seorang pentaksub fakta Sains yang sangat hardcore disuakan nas berupa ayat Al-Quran dan hadith menyatakan bumi juga terdiri daripada tujuh lapis seperti langit, sekalipun ia tidak menolaknya terang2an, pasti hatinya akan tidak mudah menerimanya.

Namun penemuan terkini telah menunjukkan bumi sebenarnya mempunyai tujuh lapisan.

Lalu ada pula kalangan umat Islam yang di satu pihak lagi sangat cepat pula melatah dengan menyatakan; "Lihat, inilah bukti kebenaran Al-Quran!".

Nanti dulu!

Pertama yang harus kita sematkan di dalam diri adalah Al-Quran tidak memerlukan kepada teori2 Sains atau apa2 ilmu yang lain untuk membenarkan Kebenarannya.

Bahkan, ilmu2 itulah yang memerlukan kepada Al-Quran untuk memunculkan teori2nya. Inilah satu asas keyakinan yang mesti ada pada umat Islam.

Keduanya, berkenaan lapisan bumi yang dikatakan tujuh lapisan itu, tahukah kita bahawa ia bukannya tujuh lapisan seperti yang dinyatakan teori terkini ilmu Sains itu?

Seperti juga tujuh lapisan langit bukannya seperti tujuh lapisan yang dipelajari di dalam Sains dengan nama2 seperti Toposfera, Stratosfera, Ozonosfera dan seterusnya sehingga yang ketujuh.

Sebaliknya tujuh lapis langit itu tebal setiap lapisnya adalah berjarak 500 tahun perjalanan dan jarak antara setiap satu lapis ke satu lapis yang seterusnya pula adalah 500 tahun perjalanan pula!

Bagaimana pula dengan bumi?

Bumi juga adalah seperti langit itu, bahkan jarak diantara satu lapis ke satu lapis adalah sejauh 700 tahun perjalanan!

Apakah akal anda sudah mula untuk berkata Tidak! bagi fakta ini?

Sedangkan ia adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Tabrani dan lain2.

Kemudian adakah di antara satu lapis bumi dengan satu lapis yang lain itu ada ruang kosong seperti langit di atas kita ini?

Yang benar adalah memang ada, berdasarkan ayat Al-Quran iaitu Allah menciptakan lagit sebanyak tujuh lapis dan bumi juga sepertinya (seperti langit itu).

Hadith di atas dan kesimpulan itu dinyatakan oleh Imam Ibn Katsir di dalam jilid pertama kitab Al-Bidayah beliau.

Saya ingin berhenti di sini dahulu berkenaan hal ini, namun point penting yang ingin ditegaskan di sini adalah teori2 Sains -seperti itu juga kebanyakan "fakta" Sejarah- bukanlah satu kebenaran yang mutlak benar.

Janganlah segala sesuatu kenyataan yang kita sangkakan tidak masuk dek akal (kita yang cetek itu) dan bertentangan dengan teori2 ilmu sedia ada dengan mudahnya kita tolak, lebih2 lagi yang datang daripada wahyu.

Ilmu sentiasa berkembang. Bahkan biar saya katakan dengan tegas bahawa ilmu umat manusia hari ini yang disangkakan sangat moden tidak pun sampai satu persepuluh daripada kemajuan ilmu dan kemodenan umat2 dahulu.

Namun teori2 Sains dan Sejarah telah menipu sebahagian besar kita sehingga menyangka sebaliknya iaitu masyarakat dahulu hanyalah primitif yang -contohnya- hanya tahu menggunakan batu sahaja sebagai peralatan.

Hanya saja -yang sebenarnya- Allah telah memusnahkan mereka semusnah-musnahnya akibat kederhakaan dan kesombongan mereka sehingga sedikit orang yang beriman yang terselamat terpaksa memulakan semula kehidupan bermula daripada kosong.


Ditambah pula golongan yang beriman dengan para Rasul di setiap zaman itu terdiri daripada orang2 yang miskin dan dhaif, maka tentunya kehidupan kembali dimulakan daripada asasnya.


Sehingga apabila keturunan mereka lahir dan berkembang, lalu ilmu dan kemodenan turut berkembang, lantas anak cucu golongan beriman tadi bertukar menjadi sombong dan lupa diri membawa kepada lupa Tuhan sehingga mereka berkata: "Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami?"

Dan apakah mereka itu tidak memperhatikan bahwa Allah Yang menciptakan mereka adalah lebih besar kekuatan-Nya daripada mereka? Dan adalah mereka mengingkari tanda-tanda (kekuatan) Kami. (Fusshilat, Ayat 15)

Lalu Allah mendatangkan Rasul kepada kaum yang ingkar itu, sehingga mereka mendustakan Rasul tersebut, maka Allah mendatangkan azab memusnahkan mereka dan segala kemodenan mereka yang dibangga-banggakan sepertimana telah dimusnahkan nenek moyang mereka yang ingkar.

Melainkan beberapa orang daripada para pengikut Rasul yang terdiri daripada orang2 yang lemah dan miskin daripada kaum itu yang selepas itu terpaksa memulakan kehidupan baru bermula dari kosong semula. 

Dan demikianlah putaran itu berlaku sehingga datangnya Rasul terakhir, Muhammad SAW, dan kita adalah umat terakhir.

Jika sudah sampai satu tahap di mana umat manusia kini berada di puncak kemodenan seperti umat terdahulu dan berbuat seperti umat2 terdahulu yang ingkar itu, maka akan berlakulah kiamat setelah orang2 yang beriman diselamatkan oleh Allah daripada azab kiamat itu dengan dimatikan mereka terlebih dahulu dengan hembusan angin dingin yang memasuki bawah lengan mereka lantas mematikan mereka.

Apakah ada yang sinis dengan kenyataan2 di atas?

Bahawa umat manusia kini tidak pun sampai sepersepuluh tahap kemajuan dan kemodenan umat2 dahulu?

"Dan orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan, sedang mereka (kafir Quraisy dan sesiapa saja yang mendustakan Nabi Muhammad SAW) belum sampai menerima sepersepuluh# dari apa* yang telah Kami berikan kepada orang-orang dahulu itu lalu mereka mendustakan rasul-rasul-Ku. Maka alangkah hebatnya akibat kemurkaan-Ku. (Sabaa', ayat 45)

# Di sini disebut perkataan Mi'syaar yang selain bermaksud satu persepuluh turut dikatakan bermaksud satu per seratus.

*Maksud dari "sepersepuluh dari apa yang telah Kami berikan kepada mereka" ialah pemberian Tuhan tentang kepandaian ilmu pengetahuan, umur panjang, kekuatan jasmani, kekayaan harta benda dan sebagainya.

Wallahu a'lam.