Monday, May 23, 2011

KEBENARAN..


mentari memancar,
seorang menarik gebar.
mahu tidur lagi.

mentari terang bersinar,
seorang mengomel dari bawah gebar,
ah, hari masih gelap!

kebenaran terbentang,
seorang cuba menafikan,
bagai seorang menutup mata dengan telapak tangan,
menafikan sinaran mentari nan benderang.