Wednesday, December 7, 2011

ANDA GOLONGAN 'ATAS PAGAR'? BERBAHAGIALAH..

Pemahaman politik di negara kita masih tidak dapat melangkaui kefahaman yang satu ini, iaitu:-

"Anda mesti menyokong pihak kerajaan atau pihak pembangkang.
Kalau anda golongan 'atas pagar' anda akan dicop tidak berpendirian".

Ini biasanya pemahaman politik ramai bangsa Melayu. Anda mesti pilih UMNO atau PAS.
Atau PKR juga...hmm, bolehlah!

Benarkah pemahaman sebegitu?

Bukankah berpendirian untuk tidak berpihak juga adalah satu pendirian?

Orang di atas pagar bukankah lebih tinggi daripada orang di bawah pagar, lalu dia dapat melihat suasana dan kondisi di kedua-dua belah pihak dengan lebih jelas?

Kerana di atas pagar lebih sedikit penghuninya.

Kerana di bawah pagar sana ramainya manusia yang bersesak-sesak telah menghalang seseorang memandang lebih jauh pula.

***

Sabda Nabi SAW :

لا تكونوا إمَّعَة تقولون: إن أحسن الناس أحسنّا، وإن ظلموا ظلمنا، ولكن وطِّنوا أنفسكم: إن أحسن الناس أن تحسنوا، وإن أساؤوا فلا تظلموا)) رواه الترمذي وحسنه

(maksudnya):

"Janganlah kamu menjadi manusia lalang. Iaitu yang berkata: "Kalau manusia baik, aku pun ikut baik. Kalau manusia zalim, aku pun ikut zalim". Tapi, teguhkanlah dirimu! Jika manusia bagus, kamu turut bagus. Namun sekiranya mereka berlaku zalim, maka janganlah kamu turut zalim. -Tirmizi, hasan.

KREDIT HADITH

Manusia di bawah pagar sana majoritinya adalah lalang.

Jika parti mereka baik, maka mereka turut baik. Jika parti mereka melencong, taksub telah membutakan mereka dari sinar kebenaran. Wallahu'alam.