Friday, December 9, 2011

UNTUK YANG GEMAR MEMBACA

Kawan,

Engkau memerlukan ribuan tahun jika ingin mempelajari tentang kehidupan daripada pengalamanmu sendiri.

Di sana ada jalan yang lebih pantas daripada itu, iaitu MEMBACA!

Engkau kan dapat menjimatkan ribuan tahun hidupmu untuk mempelajari ribuan tahun kehidupan dengan membaca.

Bacalah kisah kehidupan manusia.

Bacalah kisah hidup manusia.

Dan bacalah juga kisah keunggulan dan kebinasaan mereka.

Lalu engkau akan dapati hidup ini hanyalah ulangan sejarah silam.

Takjub?!

Al Quran telah menyatakannya sejak lama..

 لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusuf: 111)

Maka bacalah Kitab bagi segala kitab; Al Quran. Pelajari tafsirannya.

Dan engkau akan dapati ufuk pengetahuanmu melebar sehingga tak terjangkau.

Maha Suci Tuhan Kita yang telah memuliakan Umat Muhammad SAW dengan kitabNya.

لَقَدْ أَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ كِتَابًا فِيهِ ذِكْرُكُمْ ۖ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tidak memikirkannya? (Al Anbiyaa: Ayat 10)

***

Seorang sahabat Imam Asy-Syafi'e telah masuk menemui beliau sebelum waktu Subuh dan mendapati beliau sedang duduk sambil Mushaf Al Quran terbuka di hadapannya.

Lelaki tersebut terpegun dan bertanya: "Di waktu sebegini wahai Abu Abdillah?"

Kehairanan melihatkan Sang Imam sedang menelaah Kitabullah di waktu seawal itu.

Tahukah engkau apakah jawapan Sang Imam?
Dengarkannya:

"Beginilah keadaanku semenjak Isyak tadi.." !!! #1



Wahai Imam!,
Pena telah patah! 
Jemariku telah lelah! 
Dakwat sudah habis berkolah-kolah!
Namun keagunganmu belum habis untuk ku madah!

***
#1 terjemahan bebas daripada Manaqib Imam Asy-Syafie karangan Imam Al Baihaqi radhiyallahu 'anhuma.
Engkau memerlukan ribuan tahun jika ingin mempelajari tentang kehidupan daripada pengalamanmu sendiri.

Di sana ada jalan yang lebih pantas daripada itu, iaitu MEMBACA!

Bacalah kisah kehidupan manusia.

Bacalah kisah hidup manusia.

Dan bacalah juga kisah keunggulan dan kebinasaan mereka.

Lalu engkau akan dapati hidup ini hanyalah ulangan sejarah silam.

Takjub?! Al Quran telah menyatakannya sejak lama..

 لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusuf: 111)

PILIHAN HIDUP

Dalam hidup kita diberi pilihan untuk memilih.

Kalau yang baik berlambak-lambak,  
mengapa kau memilih yang buruk?

Kalau ada yang jernih,
mengapa tetap kau pilih yang keruh?

Takdir tak pernah silap.
Kau yang silap pilih takdirmu sendiri!

MEMBEDAH JIWA

Sekali-sekala elok kita bedah jiwa kita sendiri. Lihat apa ada di dalam.
Kalau bedah tentu sebab nak cari punca penyakit.

Nak cari punca penyakit mesti setelah kenalpasti jenis penyakit.
Kalau bedah sebelum tahu penyakit, itu memang cari penyakit!

Mungkin ada penyakit makan puji. Mungkin ada hasad dengki.
Mungkin ada lagi parah; syirik yang tersembunyi!

Kalau ada sombong dan bangga diri; itu sifat iblis.
Dan kalau kau nak tau, itu syirik.

Syirik kecil yang BERsembunyi.
Bertuhankan hawa nafsu sendiri.