Monday, December 17, 2012

BERMUAMALAH DENGAN TAQDIR


.....................................


Hujan takdir berguyuran,
Aku yang kebasahan lalu ketawa,
Lantas menari dalam gembira.

***

Takdir Allah adalah sesuatu yang tidak terelakkan.

Ketika takdir yang tidak enak pada kita menimpa (namun semua takdir adalah baik pada hakNya), setiap kita punya pilihan untuk samaada memprotes Empunya takdir, atau menerima dengan penuh sabar, syukur, redha serta gembira.

Sabar; kerana bersabar itu perintahNya.

Syukur; kerana yang menimpa adalah yang mampu tertanggung oleh kita.

Redha; kerana Dia lebih mengetahui yang terbaik buat kita.

Gembira; kerana dari Kekasih semuanya indah belaka.

p/s: Usaha dan ikhtiar juga takdir.

................................