Tuesday, May 24, 2011

TANPA TAJUK - #8

Manusia seringkali mengharapkan untuk orang lain cuba memahami dirinya sepertimana ia sendiri memahami dirinya. Namun, harapan itu adalah sesuatu yang hampir mustahil kerana manusia hanya akan cuba memahami orang lain berdasarkan apa yang difahaminya.

Memberi kefahaman yang jelas kepada manusia memerlukan suatu seni penyampaian yang lebih efektif sekadar bercakap dan menulis.

Mungkin telepati?

Atau hubungan hati?

Hati yang saling memahami mampu memahami meskipun masing-masing tidak meluahkan kata, cukup sekadar renungan mata.

Kerana manusia itu makhluk yang paling baik sifat kejadiannya, maka seharusnyalah ia menggali potensi diri untuk memahami dirinya sendiri dahulu dengan merenungi dan mencari makna diri dan hakikatnya, dari mana ia datang dan ke mana pula ia akan pergi serta apa peranan dan tugasnya di sini.

Kemudian ia seharusnya dapat mengenal kedudukan dirinya sendiri, agar ia kenal pula Penciptanya Yang Maha Tinggi. Setelah itu baharulah ia bergerak untuk memahami dan mengilhami.