Friday, March 1, 2013

NOTA-NOTA...


Nota-nota adalah label dan tajuk bagi macam-macam perkara yang ditulis secara rawak.

 ~~~

Raja' bin Haywah masuk berjumpa Khalifah Umar bin Abd Aziz di waktu malam hari.
Sedang mereka berbincang-bincang tiba-tiba lampu padam akibat kehabisan minyak. Jadi ia perlu diisi minyak dan dinyalakan semula.

Kebetulan khadam Umar sedang tidur.

"Apakah aku kejutkan dia?", tanya Raja'.
"Tak perlu!", jawab Umar.

"Kalau begitu biar aku sahaja bangun mengisi minyak itu?", kata Raja' lagi.
"Bukan termasuk perbuatan yang bermaruah seseorang membiarkan tamunya berkhidmat kepadanya", tingkah Umar.

Lalu Umar sendiri bangun, mengambil minyak, mengisinya ke dalam pelita dan menyalakannya. Setelah itu ia datang duduk di tempatnya semula sambil berkata:

"Tadi aku bangun, dan aku adalah Umar bin Abd Aziz..."
"Kini aku kembali dan aku tetap Umar bin Abd Aziz.."

 (Tarikh al-Khulafa - As Suyuti)

*** Tamat**


Nilai diri seseorang adalah pada dirinya sendiri, bukan pada puji dan cela orang lain. Orang yang cerdik tidak akan terpedaya dengan pujian dan celaan.

Orang yang bodoh namun berbangga dianggap bijak oleh orang-orang yang bodoh adalah seorang yang benar2 bodoh.

Namun orang yang bijak sekalipun dianggap bodoh tetaplah anggapan itu tidak dapat menafikan hakikat sebenar kebijaksanaannya.

Si kaya yang berpakaian biasa2 tetaplah kaya. Si miskin tetaplah miskin sekalipun berbalut pakaian dan aksesori berjenama.