Sunday, November 20, 2011

TULISAN JAWI DULU DAN KINI



Kalau aku disuruh membaca Jawi, bagiku tulisan Jawi dulu lebih mudah dibaca. Lebih simple dan lebih mendekati Bahasa Arab, kerana ia  ditulis dengan berdasarkan bagaimana ia disebut (yakni berdasarkan baris huruf).

Lagipun aku mula belajar membaca dengan tulisan Jawi sebenarnya. Bermula dengan seringnya duduk di ribaan ayah yang sedang membaca Utusan Melayu. Setelah itu membaca pula majalah Qiblat (ada sesiapa pernah baca majalah ni?) yang banyak tersusun di rumahku, juga bertulisan Jawi.

Semuanya Jawi style lama.

Kemudian membaca pula sikit2 kitab2 kuning yang nipis2 yang mana ejaannya lebih klasik dan jauh lebih ringkas. Anda bayangkan contohnya perkataan "Bumi" dieja dengan  huruf Ba, wau dan mim saja. Kalau dibaca hari ini akan disebut "Bom!"

Perkataan "Boleh" dieja Ba, Lam, Ha sahaja. Silap baca sebut "Belah".

Tulisan Jawi kini telah dimodenkan (kununnya) dengan dieja mengikut cara ejaan Rumi. Tulisannya menjadi lebih panjang dengan penambahan banyak huruf vokal, sedangkan mengikut cara ejaan Jawi lama lebih ringkas dan padat.

Ambil contoh perkataan:  
Bagaimanakah?  ditulis seperti berikut:-
باكيماناكه  (ejaan baru)


(ejaan lama)  بكيمانكه


Dapat diperhatikan bagaimana terdapat penambahan 2 huruf alif di situ. Itu baru satu perkataan. Bayangkan ratusan perkataan yang membentuk satu artikel.

Pada pandanganku, ini adalah salah satu hal yang halus di antara beberapa hal yang lain yang menjadikan tulisan Jawi makin hilang daya tarikannya dan makin terpinggir.

Aku sendiri jika dibayar RM 30 untuk menghabiskan 1 mukasurat Utusan Melayu hari ini, belum tentu akan menerima tawaran itu.

Anda pula bagaimana?

Sila klik SINI untuk melihat contoh2 artikel2 daripada majalah2 lama di dalam blog ini.
------

# Angka 2 pada perkataan berganda adalah ejaan Rumi cara dulu2. Aku menggunakannya sebab ia lebih ringkas dan "cool".

MACAM-MACAM - #1

Heboh dan kecoh 5 orang gadis Melayu Muslim sertai Ratu Cantik di Sarawak. Berdasarkan gambar dalam akhbar hari ini pakaian artis2 wanita Muslim dalam majlis2 anugerah hiburan jauh lebih teruk lagi.

Tiada mana2 pihak ingin mengkaunseling merekakah?