Sambungan dari SINI..
Manakala kebangunan rasa
kebangsaan berkobar-kobar di negeri asal orang dagang itu seperti Indian dan
Cina maka perasaan politik itu terbabit dan terbawalah ke Malaya ini sesudah
mereka dapat kedudukan yang baik dalam ekonomi dan pelajaran mereka menuntut
pula di dalam hak berpolitik. Hak berpolitik HANYA ada pada Bumiputera sahaja
di mana2 jua dalam dunia ini, maka mereka tidak boleh dan memakaikan pula
nama Melayu malah orang memandang rendah pula kepada bangsa Melayu. Maka sebagaimana
bangsa Inggeris dapat memakaikan panggilan Malayan pada jawatan sedang orang
Melayu pun tak ambil berat pada sebutan Malayan masa itu maka mereka ambil
peluang menggunakan nama Malayan itu.
Orang yang menamakan
dirinya Malayan itu bolehlah dibahagikan:-
- Golongan yang betul putih hati hendak berwatankan (bernegarakan) Malaya.
- Golongan mencari dua belah kepentingan.
- Golongan terikut-ikut.
Dengan bertambah luasnya ladang2
dan lombong2 di Malaya dan pecahnya perang China-Jepun dahulu, bertambah
banyaklah orang Cina dan India datang ke Malaya ini.
Dalam masa pendudukan
Jepun dan setelah tamat Perang Dunia Kedua perjuangan Malayan itu
bertambah-tambah besar hingga merupakan satu factor yang tiada dapat diasingkan
dari soal Malaya sehingga kerajaan British membawakan perlembagaan Malayan Union.
Mana janji dan apa
perlindungan British.
Triti Michael (Harold Mc Michael) dan datangnya perlembagaan
Malayan Union sangat mengejutkan perasaan bangsa Melayu. Walaupun demikian golongan kebangsaan Melayu yang progresif
berani menyambut satu Malayan Union dengan syarat bersetuju dan selaras
kandungan perlembagaan dengan hasrat dan cita2 kebangsaan Melayu. Begitupun sehingga
hari ini soal yang di atas itu masih belum bangsa Melayu dapat jawapan yang
menyenangkan hati demikian jua perasaan itu masih demikian jua sehingga sesudah
berjalan Perlembagaan Federation. Kedudukan ekonomi dan pelajaran orang yang
bukan Melayu telah mengatasi Melayu, sekarang kedudukan politik pula
dilapangkan.
Menyatukan Dua Cita2
Angkatan Kebangsaan
Melayu Muda setelah menghalusi dan insaf pada duduk perkara yang sebenar dalam
cita2 kebangsaan Melayu dan perjuangan Malayan. Menampak dan menjelaskan bahawa
rancangan Federation tak dapat menjamin dan menegakkan keamanan dan kemakmuran
Malaya.
Perkara yang mesti
disedari oleh orang Malayan ialah Malaya hak Melayu. Malaya tuan rumahnya
Melayu. Malayan hendak serumah dengan Melayu- Melayukah mesti meleburkan
perjuangan kebangsaan kedalam kebangsaan Malayan atau Malayan melebur ke dalam
kebangsaan Melayu? Padahal Melayu sedar merekalah yang terbanyak bilangan
dihitung panjang daripada Malayan yang tulin atau yang setengah tiang. Soal ini
ada orang memandang sentiment tetapi sebenarnya tidak kerana perpecahan kebangsaan Melayu cuma di antara
Nun dan Ku[1]
tetapi di dalam perjuangan Melayu masih banyak pancarobanya lagi. Dan lagi atas
nama bangsa Melayu atau perjuangan Melayu hingga makalah ini ditulis belum lagi
ada membuat satu ikrar atau persetiaan baharu menukar kebangsaan Melayu kepada
kebangsaan Malayan.
Tetapi kerumitan dan
kesulitan yang besar dalam soal kebangsaan ini jalannya telah dapat dilorong
dan diatasi oleh 10 anggaran dasar PUTERA. Malayan dan Melayu telah merupakan
bersatu padu dan menghormati anggaran dasar yang sepuluh itu di bawah pimpinan
Kebangsaan Melayu yang tulen dan bulat, bukan Kebangsaan Melayu dipimpin oleh
Malayan. Maka cita2 dan gerakan kebangsaan Melayu yang tulin dan waras itu
dituduh pula dengan tuduhan yang tiada waras, maka jadilah Malaya tidak waras
hingga hari ini.[2]
Terlambat Dan Salah
Tiru.
Pergerakan Kebangsaan
Melayu yang sebenar menyedari pentingnya perhubungan dan pertalian dengan
British tetapi hak dan keadilan kebangsaan Melayu hendaklah dibuktikan menurut
semangat triti2 yang lalu. Tenaga kebangsaan Melayu yang tulen adalah tenaga
yang kuat dan perkasa dapat dipergunakan untuk kepentingan mempertahan dan
mengawal maslahat bersama yang hak dan adil.
Cadangan Jawatankuasa Di
antara Bangsa2 (CLC) itu telah pun ditegur dan dibangkang oleh bangsa Melayu
yang sedar –di setengah tempat dan bahagian membayangkan “seperti beruang
sayangkan tuan”,[3]
“kapak naik pemidang”, mencapak perjuangan Kebangsaan Melayu. Penganjur mengekor
maka bagaimanakah rakyat Melayu dapat meletakkan harapan yang mendatangkan
perubahan nasib mereka yang dicita2.
Sementelahan pula di dalam golongan
pemimpin Melayu yang menyokong (CLC) itu
telah menunjuk dan menyuarakan tak setujunya yang boleh ditinjau mungkin
menjarak dan membawa pertelingkahan di antara kaum hingga dalam satu2 kaum itu
sendiri maka bagaimanakah diharap sokongan rancangan atau cadangan yang
bertentangan dengan rasa pusaka dan hasrat perjuangan Kebangsaan Melayu yang
tulen yang ingin aman dan damai serta kukuh berpegang kepada adat istiadat dan
kebudayaannya.
Meniru Malaya menjadi
Malayan membandingkan America-American, Indonesia-Indonesian itu cara
(CLC)terang2 sudah ketewasan kedudukan dan hak Melayu bila dihalusi daripada
dua segi perjuangan Melayu dan Malayan. Malaya dan Malayan pada orang Melayu
serupa seperti kedudukan Netherland East Indias (Hindia Timur Belanda, N.E.I)
di Indonesia dahulu sedang Indonesia dan Indonesian gerakan Nasionalis
yang mutlak dari umbi2nya, maka Malaya-Melayu itulah gerakan kebangsaan
yang mutlak dan tuan rumah yang mutlak.
Tamat.
***
p/s:
1. Perjuangan Kebangsaan Melayu bukanlah 'asobiyyah yang dicanang2kan sebagai bercanggah dengan Islam dan ditegah oleh Nabi SAW. Sebaliknya 'asobiyyah yang ditegah itu adalah membela puak atau bangsa atau kabilah sendiri sekalipun puak, kabilah, bangsa,parti itu melakukan kezaliman dan dosa.
Seandainya sebuah parti/jemaah yang berlabel Islam sekalipun, jika terdapat padanya sikap yang dinyatakan itu, maka itulah 'asobiyyah yang bertentangan dengan Islam.
2. Dr. Burhanuddin
Al-Helmi adalah seorang Nasionalis Melayu yang tulen bersama angkatan sahabat2
beliau yang lain. Daripada tulisannya ini dan lainnya kita boleh melihat sikap
beliau yang kurang atau boleh kita katakan tidak bersetuju dengan golongan
kanan seperti Umno ketika itu yang dilihat lemah, tidak berani menyatakan hak
Melayu ke atas bumi Malaya dan terlalu bertolak ansur sehingga terjerat di
dalam muslihat British.
Di dalam makalah di atas
kita melihat bagaimana beliau dengan tegas menyatakan Malaya adalah hak mutlak
Melayu. Ia diibaratkan sebagai tuan rumah, dan orang dagang (pekerja asing
Cina dan India yang dibawa masuk oleh British) adalah tetamu, mana mungkin
tetamu berbuat sesuka hati di rumah orang lain bahkan sampai mahu menyingkirkan
tuan rumah untuk mengambil alih rumah pula!
Bahkan Dr. Burhanuddin di
dalam ucapannya di dalam bulan Julai sebelum Ogos 1957 (akan saya rumikan dan
siarkan di sini insya Allah) menyifatkan kemerdekaan yang bakal diberi
British sebagai kemerdekaan yang tidak sempurna. Ini disebabkan antaranya
adalah Umno telah termasuk jerat British serta menerima jus soli yang
dahulunya ditentang semasa Malayan Union.
Gerakan Kebangsaan Melayu
progresif yang disebut-sebut di dalam makalah beliau adalah gerakan Nasionalis
Melayu yang dibungkam dan diharamkan oleh British. Merekalah sebenarnya antara para
pejuang kemerdekaan yang dilupakan.
Makalah di atas ditulis
dalam tahun 1950. Cara orang Melayu memandang buruh2 asing Cina dan India
ketika itu adalah sama seperti rakyat Malaysia memandang pekerja2 pendatang
asing daripada Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan lainnya. Jika anda para
pembaca melihat video2 yang dimuat naik oleh pengundi2 Cina ketika PRU 13 baru2
ini (berlambak di Youtube) menunjukkan tingkah laku mereka yang agresif
terhadap warganegara Malaysia yang dituduh Bangla anda akan dapat memahami
perasaan Orang Melayu sebelum 31 Ogos 1957 terhadap pendatang2 Cina dan India
ketika itu. Namun Melayu yang bersopan santun (baca: segan silu/ apologetic)
dan bersikap tidak apa tidaklah sampai bertindak agresif seperti sikap
mereka di dalam video2 tersebut.
Sikap dan prinsip
ketegasan Dr. Burhanuddin sememangnya menjadi idaman untuk kita lihat pada
ahli2 politik Melayu di zaman mana pun. Jika di tahun-tahun 50an beliau sudah
mengkritik kelembikan golongan kanan (Umno?) yang ketika itu berjuang
sememangnya turut memperjuangkan Kemerdekaan dengan cara yang mereka yakini, maka
bagaimanakah sekiranya jika beliau melihat Umno hari ini yang sudah menjadi
alat perjuangan memenuhkan tembolok dan mengaut laba diri sebahagian besar para
pembesarnya?
Wallahu a’la wa a’lam.
[1]
Mungkin yang dimaksudkan adalah pertukaran
kepimpinan Umno yang baru berlaku sebelum itu dengan keluarnya Dato Onn (nun
pada hujung nama ejaan jawi) menubuhkan IMP dan digantikan Tunku (Ku pada
hujung nama) -alfindani
[2] Merujuk kepada tekanan2 dan tuduhan2 yang membawa
kepada pengharaman danpenangkapan tokoh nasionalis melayu yang digelar
nasionalis kiri seperti pengarang, boestamam dan lain2. -alfindani
[3]
Peribahasa menggambarkan pertolongan yang tak
kena cara boleh membawa bencana. Seperti seekor beruang peliharaan yang melihat
nyamuk di pipi tuan kesayangannya ingin menunjukkan sayang dengan menampar
nyamuk tersebut, sudah tentu tamparan beruang itu lebih dahsyat daripada sekadar
gigitan seekor nyamuk -alfindani
No comments:
Post a Comment