Thursday, January 19, 2012

BUKU #2 - PERANG SALIB DI ALAM ISLAMI


Ini adalah satu buku yang sangat bagus untuk dibaca bagi sesiapa yang ingin mengetahui lanjut berkenaan Perang Salib. 

Ia memuatkan penilaian yang objektif dan tidak berlandaskan kebencian kepada bangsa Eropah sekalipun penulisnya adalah seorang Muslim. Buktinya adalah ia turut memuatkan kritik kepada umat Islam yang saling bercakaran sesama sendiri sehingga membawa untung kepada pihak lain. Juga dicatatkan sama petikan2 yang diambil dari tulisan2 para penulis Barat tentang perang yang masyhur ini.

Hal ini amat berbeza sekali dengan kalangan Orientalis yang turut mengarang mengenai Perang Salib, namun menyelitkan unsur kebencian dan kemarahan mereka kepada umat Islam di celah fakta2 yang turut sama sesetengahnya diselewengkan dan diberi persepsi yang salah.

Karya ini boleh dikatakan sempurna kerana ia bukan saja menceritakan tentang Perang Salib yang berlaku di sekitar Timur Negara2 Kaum Muslimin, bahkan ia turut menghimbau ekspedisi tentera salib dan peperangan yang berlaku di Barat Negara2 Kaum Muslimin seperti di Maghribi, Tunisia dan Andalusia.

Bagi sesiapa yang meminati sejarah tentunya buku ini amat menyelerakan, namun bagi yang sebaliknya saya nasihatkan untuk tabahkan diri juga membacanya. Kerana dengan sejarah dapat kita mengambil iktibar seterusnya mempelajari kelemahan dan kelebihan kita sebagai satu umat bagi merangka strategi dan menyusun langkah untuk mengembalikan keunggulan Islam.

Buku ini sudah lama dikarang, iaitu pada tahun 1373H / 1953 M dan terjemahannya yang seperti gambar di atas juga sudah lama iaitu cetakan pertama pada tahun 1998.

Pengarangnya adalah Syeikh Muhammad Al-'Arusiy Al-Matwiy, seorang Ustaz (Professor) di Pusat Pengajian Tinggi Zaytunah yang masyhur di Tunisia itu.

Carilah di kedai2 buku berdekatan. Mungkin ada cetakan yang baru, saya tidak tahu.  Kata sebuah pepatah : "Sesiapa yang mencari akan berjumpa dan sesiapa yang berusaha akan berjaya."

Wallahu a'lam.


4 comments:

Abrar Sabawi said...

Salam..boleh saya thu..dimana saudara dapatkan buku ini?..kerana saya masih gagal mencari buku ini

alfindani said...

Wsl. Terima kasih atas kunjungan dan pembacaan sdr.

Buku ni dh lama. keluaran 1993/94. Dah masuk kategori vintage & rare. Mmg ssh nk cari sekarang. Yang ni pun saya terjumpa semula di Pustaka Darussalam A.Setar (berhampiran bangunan Peruda).Hanya senaskhah ni sj.

Klu anda di KL mgkn bleh cari di Pustaka Mukmin yg betul2 tepi jalan TAR, tunjuk gmbr buku ni dan tanya yg jaga kaunter tu. Klu tak dpt jgk try Pustaka Minerva seberang jln di depan tu. Kot2 ada.


alfindani said...

Ralat;

Cetakan pertama buku tersebut adalah tahun 1998, bukannya 93/94.

JMK said...

sy dh baca buku ni.tp sygnya buku ni dh hilang.sejarah complete perang salib.sy sanggup bg rm 100 pd sesapa yg blh dptkan buku ni.