Monday, July 21, 2025

Sepi

Sudah Julai 2025.

Entah macam mana terdetik untuk sign in email yang dah lama tak diisemak apa isinya. Email yang digunakan untuk menguruskan blog ini.

Posting terakhir tahun 2020. Lama yang sekejap saja rasanya. 

Cepat sungguh berlalu masa. Itulah hakikat dunia. Dalam Quran disebut di beberapa tempat bahawa hidup dunia ni sat sangat, macam waktu pagi atau petang hari saja.

Lima tahun yang berlalu ini (sejak 2020) banyaklah perkara dan peristiwa berlaku dalam hidup. Ada kelahiran dan ada kematian, ada kegembiraan dan ada juga kesedihan. Lumrah dunia. 

Semakin lama hidup makin sedar kita tentang hakikat hidup di dunia. Apa yang sebelumnya hanya berupa ilmu yakin telah menjadi ainul yakin dan haqqul yakin. Apa yang sebelum ini sekadar tahu telah dilalui dan dirasai sendiri.

Menoleh ke belakang melihat umur yang berlalu menyedarkan betapa sedikit yang masih tersisa.

Kematian bukanlah penamat, tetapi gerbang ke akhirat. 

Dalam hiruk pikuk dunia, terasa kesepian dan kesunyian menyelubungi. 

Kenanglah mereka yang telah pergi. Ziarahilah kubur yang akan mengingatkan kita tempat kembali.

No comments: