Sunday, July 21, 2013

TETAMU RAMADHAN




Ramadhan datang dan pergi.

Ada yang Ramadhan belum datang,
 dia telah pergi.

Ada yang Ramadhan datang,
 lalu dia pergi.

Ada yang Ramadhan datang, 
Ramadhan belum pergi,
dia sudah pergi.

Ada yang Ramadhan datang, 
lalu pergi bersama Ramadhan.

Ada yang bersama Ramadhan, 
lalu mengiring Ramadhan pergi, 
sebelum ia sendiri diarak pergi.

Ada yang melambai Ramadhan yang pergi, 
bersama resah di hati; 
"Ramadhan mendatang bertemukah daku lagi..?"





1 comment:

School Of Tots said...

Pahatkan Ini Ramadan Terakhir
Janakan Amal Soleh Terbaik
Harap Mendapat Rahmat Dan Keampunan

Harap Ketemu Lailatul Qadr
Harap Pemebebasan Daripada Bakaran Api Neraka

Kerana Tiada Jaminan Untuk Bertemu Lagi Ramadan Pada Tahun Mendatang.