Sunday, December 4, 2011

KEWAJIPAN BELAJAR AGAMA

Semua orang perlu belajar agama dan belajar mengamalkan agama.

Para ibu perlu beragama, untuk dapat mendidik anak2 beragama dan jadi isteri yang taat agama.

Para suami perlu beragama, takdelah nanti kes dera atau rumahtangga cacamerba.

Para pendidik perlu beragama, agar bidang pendidikan biar apa jua subjeknya ditiupkan roh agama.

Para pentadbir perlu beragama, barulah SPRM dan Audit Negara tak pening kepala.

Para ahli politik perlu beragama, insyaAllah aman negara.

Para petugas keamanan, para usahawan dan peniaga, para wartawan, ahli sukan, penggiat kesenian dan anak wayang, pelajar, penulis dan semua orang perlu beragama. Barulah indah dunia dinaungi rahmat Allah Taala.

Untuk jadi beragama, semua orang perlu belajar agama serta amal agama.

Belajar agama bukan untuk pelajar sekolah agama, ustaz, imam, mufti dan pendakwah saja. Agama diturunkan untuk semua.

Agama yang dipelajari pula mestilah murni tanpa taksub dan memandulkan akal serta menjawab segala persoalan insan dan permasalahan kehidupan mereka. Itu barulah dinamakan agama yang sebenarnya.

Dan agama itu hanyalah Islam sahaja.

Bukan Islam dengan kongkongan tafsiran orang jabatan agama, parti dan jemaah Islam yang dijenama atau siapa2 yang merasa sudah jadi ulama lalu berfatwa sesedap rasa.

Tetapi Islam seperti yang diturunkan Allah Pentadbir alam semesta, diamalkan Rasul dan Para Sahabatnya serta para ulama yang benar2 ulama.

Jadi, belajarlah agama untuk hidup beragama!

No comments: