Salaam.
Mungkin kebanyakan dari kita sering terdengar di dalam ceramah- ceramah agama hatta di televisyen sekalipun, terkadang apabila si penceramah mengulas tentang fitnah lalu ia pun membawakan ayat "wal fitnatu asyaddu minal qatli" atau "wal fitnatu akbaru minal qatli".
Kemudian ia pun berpanjang lebar mengulas ayat tersebut dengan mengatakan dosa fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh kerana pembunuhan mungkin hanya melibatkan satu orang tetapi api fitnah yang dinyalakan akan boleh membakar ribuan nyawa yang tidak berdosa dan bla bla bla...
Namun tahukah anda bahawa si penceramah itu telah mentafsirkan Al Quran dengan hawa nafsunya semata-mata?
Sesungguhnya kalimah fitnah di dalam bahasa Arab tidaklah sama sekali membawa maksud fitnah di dalam bahasa Melayu! Fitnah di dalam pengertian Bahasa Melayu itu di dalam Bahasa Arab adalah dikatakan Buhtaan atau Ifk atau lainnya.
Adapun kalimah fitnah di dalam bahasa Arab seperti di dalam ayat Al Quran itu adalah bermaksud ujian, cubaan, syirik, kekufuran. Lihatlah kitab-kitab tafsir, terjemahan atau kitab ma'aanil Quran yang lain, tidak satupun yang merujukkan perkataan fitnah itu kepada fitnah yang dimaksudkan sang penceramah.
Semoga entry yang ringkas ini memberi peringatan kepada sesiapa yang membacanya agar lebih berhati-hati di dalam memperkatakan sesuatu di dalam urusan agama ini. Dan kami juga berharap agar setiap kita yang mendengar satu ucapan membuka minda dan akal dan menapis setiap yang masuk ke dalam corong telinganya dengan tapisan Al Quran dan Sunnah serta tafsiran para ulama yang mu'tabar.
Semoga kita menjadi di kalangan mereka "yang mendengar perkatan-perkataan lalu mengikuti yang terbaik di antaranya". Ameen.
2 comments:
Salam..
Batul tulisan awak ni, kebanyakan para penceramah sekarang ni tak mendalam pembelajaran mereka..
Jadi apa perlu kita buat.. Jika dibiarkan, masyarakat islam nanti kan lupa pula maksud sebenarnya..
merah_s
apa perlu kita buat? kt sini: http://alfindani.blogspot.com/2010/11/berilmu-kemudian-beramallah.html
huda
;)
Post a Comment