Thursday, May 9, 2013
BANGSA MELAYU - MARILAH BERSATU !
Ini adalah seruan yang ditulis di dalam Majalah Qalam, bil ke 4, November 1950.
Sila klik kanan pada gambar (Open Link in A New Tab) dan besarkan (zoom in) untuk membaca.
p/s: Harap maaf senget2. Mohon sediakan balm untuk disapu pada urat leher setelah selesai membaca.
p/s 2: kalau ada kelapangan masa akan saya rumikan bagi bacaan mereka yang tidak biasa dengan jawi fesyen lama..
Thursday, April 25, 2013
YANG KEENAM...
Dari SINI
Telah
menulis Imam As Suyuti rahmatullah ‘alaih di dalam muqaddimah kitab
Tarikh Khulafa ( cet pertama 1988, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, Lubnan; m/s 15
dan 16 ) pada fasal : hal-hal yang berselerakan di dalam biografi....
Telah berkata Ibnul Jauzi rh; telah menyebutkan Ash Shuli rh bahawa manusia mengatakan: “setiap pemimpin yang keenam akan dijatuhkan / dipecat / digulingkan”.
Berkata ( Imam Ibnul Jauzi rh ): "Maka aku memerhatikan dengan saksama tentang hal ini, lalu aku kehairanan ( dengan kebenaran perkataan tersebut )!".
Telah berkata Ibnul Jauzi rh; telah menyebutkan Ash Shuli rh bahawa manusia mengatakan: “setiap pemimpin yang keenam akan dijatuhkan / dipecat / digulingkan”.
Berkata ( Imam Ibnul Jauzi rh ): "Maka aku memerhatikan dengan saksama tentang hal ini, lalu aku kehairanan ( dengan kebenaran perkataan tersebut )!".
Urusan
pemerintahan berada di tangan (1) Nabi kita SAW, kemudian (2) Abu Bakr r.anh,
kemudian (3) Umar r.anh, kemudian (4) Usman r.anh, kemudian (5) Ali r.anh,
kemudian (6) Al Hasan r.anh, lalu beliau dijatuhkan.[1]
Kemudian
Kemudian
1. Muawiyah
r.anh,
2. Yazid
bin Muawiyah,
3. Muawiyah
bin Yazid,
4. Marwan,
5. Abdul
Malik bin Marwan,
6. Ibn
Zubair r.anh, lalu dia digulingkan.
Kemudian
1. Al
Walid,
2. Sulaiman,
3. Umar
Ibn Abdul Aziz rh,
4. Yazid,
5. Hisyam,
6. Al
Walid lalu dia digulingkan.
Kemudian
urusan pemerintahan tidak lagi teratur di tangan Bani Umayyah.
Maka memerintah pula ( daripada Bani Abbasiyah )
Maka memerintah pula ( daripada Bani Abbasiyah )
1. As
Saffah,
2. Al
Mansur,
3. Al
Mahdi,
4. Al
Hadi,
5. Ar
Rasyid,
6. Al
Amin, lalu dia digulingkan.
Kemudian
1. Al
Makmun,
2. Al
Mu’tashim,
3. Al
Watsiq,
4. Al
Mutawakkil,
5. Al
Muntashir,
6. Al
Musta’iin lalu dia digulingkan.
Kemudian
- Al Mu’tazz,
- Al Muhtadi,
- Al Mu’tamid,
- Al Mu’tadhid,
- Al Muktafi, dan
- Al Muqtadir, lalu dia digulingkan sebanyak dua kali kemudiannya dibunuh.
Kemudian
- Al Qahir,
- Ar Radhi,
- Al Muttaqi,
- Al Mustakfi,
- Al Muti’, dan
- At Thoi’, lalu di digulingkan.
Kemudiannya
- Al Qadir,
- Al Qaim,
- Al Muqtadi,
- Al Mustazhhir,
- Al Mustarsyid, dan
- Ar Rasyid, lalu dia digulingkan.
Tamat perkataan Ibnul Jauzi.
( Kemudian Imam As Suyuti rahmatullahi ‘alaih menyebutkan kritikan Imam Az Zahabi kepada kata-kata Ibnul Jauzi tersebut, lalu dijawab kritikan itu oleh Imam As Suyuti.)
Kemudiannya beliau (Imam As Suyuti) meneruskan:
( Kemudian Imam As Suyuti rahmatullahi ‘alaih menyebutkan kritikan Imam Az Zahabi kepada kata-kata Ibnul Jauzi tersebut, lalu dijawab kritikan itu oleh Imam As Suyuti.)
Kemudiannya beliau (Imam As Suyuti) meneruskan:
Dikatakan
sebagai tambahan kepada apa yang telah disebutkan oleh Imam Ibnul Jauzi rh:
Memerintah selepas Ar Rasyid adalah
Memerintah selepas Ar Rasyid adalah
- Al Muqtafi,
- Al Mustanjid,
- Al Mustadhi,
- An Nashir,
- Az Zhahir, dan
- Al Mustanshir iaitu yang keenam, namun dia tidak digulingkan.
Kemudian
Al Mu’tashim yang dibunuh oleh Tatar.
Maka
itulah akhirnya kekhalifahan.
Seterusnya
terputuslah ( kosonglah ) kekhalifahan selama 3 ½ tahun.
Kemudian
dinaikkanlah Al Mustanshir, namun tidak sempat memerintah. Ia dibai’ah di
Mesir, lalu ia mara ke Iraq lantas ditentang oleh Tatar dan dibunuh.
Lalu
kerusi khalifah menjadi kosong lagi selama 1 tahun.
Setelah itu didirikan pula kekhalifahan di Mesir. Maka yang pertama memerintah adalah
Setelah itu didirikan pula kekhalifahan di Mesir. Maka yang pertama memerintah adalah
- Al Hakim, lalu
- Al Mustakfi,
- Al Watsiq,
- Al Hakim,
- Al Mu’tadhid, dan
- Al Mutawakkil iaitu yang keenam, lalu dia digulingkan.
Memerintah
pula
- Al Mu’tashim (i), lalu dia digulingkan setelah lima belas hari dan dikembalikan Al Mutawakkil namun digulingkan lagi.
Lalu dibai’ah pula
- Al
Watsiq, kemudian Al Mu’tashim (ii),
lalu dia digulingkan dan dikembalikan lagi Al Mutawakkil yang memerintah
sehingga mangkat.
Kemudian
- Al Musta’iin,
- Al Mu’tadhid,
- Al Mustakfi, dan
- Al Qaim iaitulah yang keenam daripada Al Mu’tashim yang pertama (1) dan Al Mu’tashim yang kedua (2) lalu dia digulingkan.
Kemudian
Al Mustanjid yang sedang memerintah kini ( pada zaman Imam As Suyuti rh )
dan dia adalah khalifah yang ke 51 daripada Bani Abbasiyah.
Tamat perkataan Imam As Suyuti.
Tamat perkataan Imam As Suyuti.
[1]
Sayyiduna Al Hasan tidaklah dijatuhkan, bahkan beliau sendiri secara sukarela
menyerahkan kekhalifahan kepada Sayyidina Mu’awiyah radhiyalluanhum ajma’iin.
Monday, April 22, 2013
LURUS JIWA
Tidak kan lurus kata-kata,
Sehingga lurus jiwa.
Demikian tidak akan lurus pena,
Sehingga benar lurus jiwa.
Siapakah hari ini peduli,
Tentang lurus jiwa sendiri?
Kerna semua bagai dirasuki,
Virus merasa diri suci.
Dosa orang dicari-cari,
Dosa sendiri tiada peduli.
Wednesday, April 10, 2013
NOTA-NOTA : AL-MUWAFAQAAT
3.40 petang.
Talaqqi Muwafaqaat kembali bersambung setelah tertangguh hampir dua bulan. Masih di Muqaddimah ke lapan.
Pada Muqaddimah kelapan ini Imam Asy-Shatibi ingin menegaskan lagi bahawa ilmu yang dipuji Allah dan terpuji itu adalah ilmu yang menggerakkan dan menghasung pemiliknya kepada beramal.
Dengan kata lain, nilai ilmu adalah pada amalnya.
Lalu beliau menerangkan tentang martabat manusia yang bergelumang dengan ilmu.
Beliau membahagikan mereka kepada tiga bahagian.
Martabat pertama:
Iaitu para penuntut ilmu. Yakni mereka yang masih lagi berenang di alur taqlid. Mereka ini ilmunya belum lagi menjadi satu yang menggerak mereka kepada amal dengan sebenar-benarnya, kerana ilmu masih lagi tidak menjadi suatu yang lazat dan sebati dengan mereka.
Martabat kedua:
Iaitu mereka yang lebih sedikit daripada tingkatan yang pertama. Mereka ini tidak sekadar berpuas hati dengan taqlid kepada pendapat-pendapat orang lain semata, namun melangkah setapak lagi kepada memerhati dan mengkaji dalil-dalil dan petunjuk2.
Mereka ini juga ilmu belum lagi menjadi penggerak yang sebenar kepada amal. Yakni mereka masih juga memelukan kepada bantuan-bantuan dan asakan-asakan luaran bagi membawa mereka ke medan amal.
Martabat ketiga:
Ini adalah martabat tertinggi di dalam pembahagian Ash-Shatibi. Iaitu mereka yang mana ilmu telah menjadi sesuatu yang seolah-olah satu sifat tabi'e yang tidak mungkin lagi berpisah dengan pemiliknya. Ilmu pada peringkat ini menjadi sebenar-benar penggerak kepada amal.
Bersambung...
Tuesday, April 9, 2013
BENING HATI
Kesucian hati bukan pada puisi laras sufi,
Kedekatan pada Ilahi bukan dengan hitam dahi.
Kopiah tajam, serban besar, janggut lebat,
Allah! Bening hati Engkau menatap.
TERBAKAR
Kawan,
Bila lagi kan menziarahiku?
Walau di kejauhan jiwa menyatu,
Namun menatapmu memadam rindu.
Gila! Setelah padam marak ia.
Lebih marak dari semula!
Dan air mata tumpah sentiasa,
Mendingin rindu di dalam dada.
Monday, April 1, 2013
NOTA-NOTA : ULUM AL-HADITH
Hadith 'Aziz ialah yang diriwayatkan oleh dua orang perawi. Seperti tersebut di dalam Matn Bayquni.
Apa erti 'Aziz?
1- 'Aziz ertinya Mulia.
2- 'Aziz ertinya Perkasa/ Kuat.
3- 'Aziz ertinya Sedikit/Nadir.
Perkataan 'Aziz menjadi nama salah satu jenis Hadith adalah sebagai nama sifat yang diserupakan (Sifah Musyabbahah) dengan makna lafaznya.
Dari segi manakah keserupaannya?
Dari segi kemuliaannya sudah termaklum.
Dari sudut kekuatannya kerana ia diriwayatkan oleh dua rawi.
Dari segi sedikitnya hadith 'Aziz itu. Hadith 'Aziz hanya terdapat sedikit sahaja.
Apakah darjat pengamalan Hadith 'Aziz?
Ia wajib diamalkan setelah dilakukan penelitian dan istidlal, kerana ia daripada bahagian Hadith Ahad.
Apakah contoh hadith 'Aziz?
Hadith : "Tidak beriman (dengan keimanan yang sempurna) seseorang kamu sehingga aku (Nabi SAW) lebih dikasihinya berbanding ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya."
Hadith ini diriwayatkan oleh Sahabat Anas dan Abu Hurairah r.anhuma.
Tambahan
Apakah dengan hadith itu Nabi SAW melarang kita mencintai yang lain?
Tidak.
Kerana kecintaan kepada semua itu adalah fitrah dan tabiat manusia yang sedia Allah bekalkan. Menghapuskannya dari hati tentulah hal yang di luar kemampuan manusia. Dan Syariat ini tidak menyuruh sesuatu yang di luar batas kemampuan.
Lalu apakah maksud hadith itu?
Maksudnya adalah kita mendahulukan perintah Allah daripada perintah nafsu dan lainnya.
Apabila bertembung antara dua suruhan, suruhan Allah dan lainnya lalu kita mendahulukan suruhan Allah dan Rasul maka kita telah benar beriman seperti yang dikehendaki di dalam hadith itu.
Tamat.
Seterusnya adalah Hadith Gharib.
Apa erti Gharib?
Iaitu terasing, bersendiri.
Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh cuma seorang perawi.
Hadith Gharib terbahagi dua:-
1- Gharib Mutlak. Iaitu gharabahnya (kesendirian periwayat yang seorang itu) pada awal/punca sanad. Iaitu cuma seorang Sahabat atau Tabiin meriwayatkannya.
Contoh: Hadith "Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat". Hanya diriwayatkan oleh Sayyidina Umar sahaja.
2- Gharib Nisbi. Iaitu gharabahnya pada mana2 bahagian sanad selain Sahabat dan Tabiin. Nisbi ertinya hanya pada rawi tersebut sahaja gharib, tetapi pada rawi2 yang lain tidak.
Tamat.
UPDATE (14/10/2014): Terjemahan Matan Bayquni (KLIK)
Sunday, March 31, 2013
LEPAK MAHMUDAH BERSAMA BUKU JALANAN JITRA
Alhamdulillah semalam (Sabtu) aku berkesempatan hadir ke Tasik Jitra untuk lepak2 bersama penggerak2 Buku Jalanan Jitra. (Nak tahu tentang Buku Jalanan boleh Google saja).
Projek ni berjalan dua minggu sekali.
Bertemankan hembusan angin, daun kelapa meliuk lentok, suasana memang ketara "cool".
Si Taufiking tak nampak pulak. Masih ber"honeymoon" lagi.
Memanglah! Dia baru saja kahwin
Orang pun ramai singgah tengok2 dan belek2 dan baca2. Genre2 buku yang disediakan bukanlah dari kategori terlalu berat. Sesuai dengan konsep santai. Ada novel2, buku2 puisi, majalah2, buku2 terbitan sendiri, zine dan seumpamanya.
Depa juga mendeklamasikan puisi2 daripada buku2 yang tersedia. Sapa sapa yang nak menyerlahkan bakat terpendam pun boleh.
Ini memang satu usaha yang bagus dan baik. InsyaAllah sapa2 nak ikut sekali boleh la mai di Taman Tasik Jitra atu boleh pi mana2 Buku Jalanan yang berdekatan. Hampir seluruh Malaya dah ada projek ni la ni.
Berikut ni sedikit gambaq aku ambik dari facebook depa.
![]() |
| Ni semua orang2 kuat projek ni |
BUKU #5 - TEGURAN SUCI DAN JUJUR TERHADAP MUFTI JOHOR
UPDATE TERKINI SAYA TENTANG EDISI RUMI ADA DI (KLIK)
Buku ni ada juga beberapa kali dirujuk di dalam tulisan2 Dr.MAZA.
Edisi ruminya ada di pasaran. Tapi ini adalah edisi yang "rare" dan klasik.
Cetakan pertama dan hadiah daripada Muhammadiah Singapura.
Daripada koleksi2 buku2 & majalah2 lama Tok Ayah saya yang diberi oleh Wan ketika ziarah ke rumah beliau beberapa bulan sudah.
Buku ini bercerita tentang Kaum Muda yang disalah pahami dan dilabelkan dengan tuduhan2 dan dakwaan2 oleh Tuan Mufti Johor ketika itu.
Oleh kerana dakwaan itu kelihatannya serius dan mengundang nama yang buruk buat yang terdakwa kerana ia tersiar dan dibaca oleh massa, maka bangkit Hamka sebagai seorang tokoh Kaum Muda menjawab tuduhan2 tersebut.
Sekalipun begitu dapat dilihat akhlak yang terpelihara daripada Hamka di dalam menegur Tuan Mufti sekalipun wujud juga ayat2 yang pedas2 di celah2nya.
Sesiapa yang berhasrat mengetahui apakah yang telah dikatakan oleh Mufti sehingga menjadi penyebab munculnya buku ini serta apakah pula jawapan Hamka satu persatu terhadap kenyataan Mufti itu bolehlah mencari cetakan baru buku ini di mana2 kedai buku.
Subscribe to:
Posts (Atom)









