Showing posts with label AKU dan BUKU. Show all posts
Showing posts with label AKU dan BUKU. Show all posts
Tuesday, April 29, 2014
BUKU #14 - SULTAN ABD HAMID II DAN KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIAH
Terbitan Pustaka Salam dan merupakan Tesis PhD oleh Dr. Eeman Mohamed Abbas, naskhah ini sangat bernilai untuk dimiliki bagi sesiapa yang meminati sejarah.
Harganya?
RM100/- (Harga pada tahun 2010).
Sangat murah sebenarnya berbanding manfaat ilmu dan pengetahuan yang engkau dapatkan.
Monday, December 23, 2013
UPDATE BUKU#5 - TEGURAN SUCI DAN JUJUR TERHADAP MUFTI JOHOR
Sebelum ini aku ada mengepos entry berkenaan buku tulisan HAMKA dengan tajuk di atas di SINI.
Ketika itu aku masih belum menemui edisi ruminya.
Beberapa minggu sudah, ketika meninjau-ninjau sudut buku di ISTAFA Jalan Sultanah, Alor Setar sambil menunggu orang rumah membeli barang aku terserempak dengan edisi rumi buku berkenaan.
Apa lagi! Terus aku sambar senaskhah daripada hanya dua naskhah sahaja yang terdapat di rak.
Sebagai catatan, HAMKA hanya mengambil masa selama lima (5) hari sahaja bagi menulis buku ini! Tepatnya bermula pada hari Ahad, 17 Muharram 1378 bersamaan 03 Ogos 1958 dan selesai pada hari Jumaat 22 Muharram 1378 bertepatan 08 Ogos 1958 di Jakarta.
Naskhah aslinya bertulisan jawi adalah terbitan Persatuan Muhammadiyah Pusat Singapura.
Dengan harga RM15, buku terbitan semula Pustaka Dini pada tahun 2010 ini berbaloi untuk dimiliki.
Menariknya pada kata pengantar pengalih aksara dan penyunting istilah buku ini oleh Djamal Tukimin, beliau menyifatkan buku Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor adalah "The Lost Manuscript" HAMKA.
Berikut saya petik sedikit permulaan pengantar beliau di sini:
Sebenarnya buku yang satu ini dari karya Allahyarham Prof. Dr. Abdul Malik bin Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Prof. Dr. Hamka dan Buya Hamka saja tidak terdapat di mana-mana dalam daftar buku-bukunya yang pernah diterbitkan sepanjang hayatnya.
Pada baris yang lain beliau berkata:
Buku polemik dan tangkisan ini merupakaan buku yang dianggap sebagai The Lost Manuscript yang sama sekali tidak diketahui ramai orang baik di Indonesia, Malaysia mahupun di Singapura.
Kata pengantar beliau diakhiri dengan ayat berikut:
Namun demikian saya bertanggungjawab sepenuhnya atas karya Buya Hamka yang diterbitkan ini setelah mengalami masa ghaibahnya sebagai "The Lost Manuscript" sekitar 50 tahun yang kini kembali ke rumah khazanah Islamiyah di Alam Melayu Nusantara ini. Kecuali, salah dan silap, harap maaf.
Sehingga ke saat entry ini ditaip saya masih belum berkesempatan menghabiskan bacaan edisi rumi ini -edisi Jawinya sudah habis dibaca lama dulu- dan memperbandingkan dengan naskhah asli bertulisan jawi peninggalan Almarhum Tok Ayah yang ada dalam simpanan saya.
Namun ketika berkesempatan menyelak beberapa mukasuratnya saya telah bertemu dengan alih aksara yang salah dan gantinama yang wajar disertakan nota kaki kerana perbezaan bahasa dulu2 dengan kini. Iaitu pada mukasurat 14 edisi ini yang mana menukilkan kembali salinan kenyataan Mufti Johor yang ada disertakan gambar asal edisi jawinya.
Ia berbunyi seperti berikut:
"Kaum kaum - muda ini mengambil fatwa-fatwa mereka dari Qadiani dan Hassan Bandung dan mereka tidak percaya kepada beberapa tiang-tiang agama Islam. Mereka ini dinamakan ulama-ulama "al-maklum minalaziina bi darurah," kata Datuk itu.
Pada kata yang ditebalkan oleh saya di atas yang pertama adalah gantinama "Mereka ini". Molek sekali jika disertakan tambahan penjelasan di dalam kurungan atau nota kaki sebagai ( yakni perkara2 tersebut) yang mana kembali kepada tiang2 agama Islam agar tidak disalah kembalikan oleh sebahagian pembaca yang tidak mesra interaksinya dengan gaya bahasa klasik gantinama tersebut kepada Kaum kaum - muda yang disebut di awal ayat.
Perkataan kedua yang dihitamkan adalah "al-maklum minalaziina bi darurah".
Ini adalah salah faham yang berpunca dari satu titik sahaja. Iaitu pada huruf Dzal yang mana sepatutnya adalah huruf Dal.
Berkait hal ini mengingatkan saya dengan lawak P. Ramlee di dalam Nujum Pak Belalang pada adegan teka-teki di manakah terletaknya kehebatan Hang Tuah. Iaitu pada huruf Taa-nya. Yakni pada titiknya. Benar P. Ramlee dalam hal ini.
Inilah salah satu keistimewaan Bahasa Arab yang mana memadai dengan tersilap satu titik sahaja sudah boleh membawa kepada salah faham makna. Ada cerita lain yang terkait juga dengan hal ini namun saya tidak berhasrat menaip panjang.
Berbalik kepada perbincangan kita, saya kira di dalam edisi jawinya memang ditulis Dal. Nanti saya semak semula. Namun jika salah tulis dengan Dzaal pada edisi jawinya pun hal ini perlu diperbetulkan.
Jadinya ia sepatutnya berbunyi: "Al-maklum minaddiin bi darurah" yang bermaksud "perkara2 dalam agama Islam yang semua orang Islam tahu". Contohnya kewajipan solat, haram arak dsb. Tanyalah orang sejahil-jahil orang Islam kaki maksiat yang fasiq dan tak pernah solat adakah solat 5 waktu itu wajib ditunaikan pastinya dia akan menjawab ya.
Dengan itu kalam Tuan Mufti yang dinukilkan itu sepatutnya berbunyi "Mereka itu (yakni tiang2 / prinsip2 / hukum2 asas agama Islam) dinamakan oleh ulama2 sebagai al-maklum minaddiin bi darurah (yakni perkara2 asasi di dalam agama Islam yang seluruh orang Islam memang sedia maklum).
Intaha (tamat).
Saya menyatakan kesilapan di atas bukanlah bermaksud mencari2 kesalahan penterjemah dan pengalih aksara. Namun ia hanya sebagai sedikit semakan yang berguna kepada mungkin sesiapa yang membaca posting ini dan memang memiliki edisi rumi naskhah ini atau berhasrat memilikinya.
Semoga saya dikurniakan Allah kesempatan untuk membuat semakan menyeluruh dan menambah baik mana2 yang kurang yang mungkin wujud selain dua yang saya nyatakan di atas untuk saya majukan kepada penerbit edisi rumi itu. Ameen.
Tetapi jika ada yang sudah mendahului usaha ini, baguslah. Mudah-mudahan.
Wallahu A'la wa A'lam.
Saturday, December 7, 2013
BUKU #13 - MANUSIA TERKAYA DI BABYLON
Aku masih ingat.
Hari itu hari Ahad, aku turun ke JB dari Skudai dengan hasrat di hati hendak turun KL. Entah agaknya ada Pesta Buku Antarabangsa di PWTC kalau tak silap.
Namun entah bagaimana aku tidak pula ke Larkin sebaliknya mengambil arah ke bandar. Sesampainya di JB aku berlegar2 dahulu di beberapa tempat dan kemudian ke KOTARAYA, tempat di mana akhirnya aku menemui naskhah yang membuatkan aku terus jatuh cinta pandang pertama.
Akhirnya duit tambang yang sepatutnya untuk tiket bas ke KL menjadi mahar untuk ditukarkan dengan buku yang 'rare' ini.
Saturday, November 2, 2013
BUKU #12 - DI SEBALIK IKHWAN MUSLIMIN
Alhamdulillah pagi tadi selesai membaca sebuah buku yang sangat menarik. Pengkisahan seorang tokoh Ikhwan yang sebelum ini bekerja di belakang tabir bagi menyemai benih keamanan dan membawa dunia ke satu takah kehidupan yang lebih baik.
Youssef Nada, demikian nama tokoh kita ini. Beliau adalah seorang Islamis, tokoh korporat tahap internasional, perunding keamanan dan bermacam lagi yang anda boleh namakan beliau melainkan pengganas.
Membaca buku ini membawa kita kepada satu lagi tahap pengetahuan tentang realiti sebenar liku-liku peristiwa2 penting dan bersejarah dunia daripada individu yang terlibat sendiri secara langsung di dalam beberapa peristiwa tersebut.
Carilah buku ini dan bacalah. Sekali anda menatap halaman pertamanya anda akan terasa sukar untuk meletakkannya sebelum sampai ke halaman terakhir. Ia ibarat anda menonton sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar. Dengan terjemahan yang berkualiti dan mencapai maksud, saya merekemen anda agar segera mendapatkannya.
Harga asal adalah RM29.90. Tetapi anda boleh mendapatkannya dngan harga yang lebih murah sekarang sekiranya anda membelinya di POPULAR dengan menggunakan kad keahlian POPULAR anda. Hanya RM22.90.
Dapatkan naskhah anda hari ini! :)
Tuesday, October 22, 2013
BUKU #11 - Losing My Virginity; The Autobiography
Buku ini adalah penceritaan jatuh bangun Richard Branson, Pengasas Virgin Company yang sangat terkenal dengan idea dan perangai gila2nya.
Ia adalah penceritaan beliau sendiri. Tentang bagaimana kehidupan kecilnya, keluarganya, apa yang memotivasikannya, prinsip hidupnya, asal mula perkataan Virgin menjadi nama syarikatnya dan 1001 macam lagi penceritaan yang sungguh mengujakan.
Ditambah sertakan pula dengan gambar2 menarik beliau dari zaman muda beliau yang hippies hingga terkini sewaktu buku ini ditulis.
Agaknya sesuatu yang menarik minat untuk membelinya pada kali pertama terpandang, selain pengisahan dan gambar2 tersebut adalah tajuknya itu sendiri.
Carilah buku ini.
Harganya? RM59.90.
Kalau anda berada di UK harganya tentulah lebih murah di dalam Pound Sterling. :)
Monday, October 21, 2013
BUKU #10 - Mereka Yang Telah Pergi
Buku ini berisi biografi para tokoh perjuangan Islam zaman moden. Ditulis oleh Syaikh Abdullah Al-Aqil rahimahullah.
Di dalamnya beliau menyenaraikan biografi para tokoh dengan dua syarat utama:
1- Tokoh tersebut telah ditemui oleh beliau secara peribadi.
2- Tokoh berkenaan telahpun meninggal dunia ketika buku ini disusun. Ini kerana orang yang masih hidup tidak selamat dari fitnah.
Carilah buku ini dan baca serta hayatilah. Anda pasti akan terasa kagum dan kerdil di hadapan sirah mereka apabila membandingkannya dengan sirah hidup kita sendiri.
Saya membeli buku ini di Pustaka Fajar Ilmu Baru (dulunya dikenali sebagai Pustaka Indonesia) di Tingkat Dua Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Naik lif / tangga ke tingkat 2, keluar saja lif ambil kanan. Atau anda semua boleh ke laman web mereka di sini: FAJAR ILMU BARU.
Pemiliknya sangat friendly dan mahir dgn selok belok buku yang ada di kedai mereka. Terutamanya kakak (ah, saya sudah lupa namanya!) Anda boleh tanyakan satu2 judul buku, nanti beliau akan menyatakan sinopsisnya serta terbitan penerbit sekian2. Dan jika ada berbilang penerbit menerbitkan buku terjemahan yang sama beliau akan memperjelaskan kelebihan masing2 cetakan dan menyarankan yang terbaik.
Sudah lama saya tidak menjejak kaki ke sana.Seingatnya saya sudah ke sana semenjak 1998. Ketika mereka masih beroperasi di tingkat bawah. Kedai di tingkat bawah pun masih beroperasi, mungkin pengurusannya dipecahkan.
Jika kita memang pelanggan tetap akan dapat diskaun yang agak besar. Mungkin sehingga 20%.
Dulu2 jika bajet untuk buku saya sudah habis dan saya masih ketagihan membelek dan membaca buku2 yang baru, maka kedai ini adalah salah satu tempat lepak saya. Adakalanya menjadi orang terawal melangkah bersama pintu yang baru dibuka dan melepak untuk membaca sehingga mendekati maghrib dan keluar tanpa membeli sebuah buku pun. Anda boleh membaca di situ tanpa dijeling-jeling semacam, sama seperti yang anda boleh lakukan di Kinokuniya atau MPH sambil bersila di lantai.
Oh, kembali kepada buku kita, inilah saya tepekkan gambarnya di bawah. Boleh klik dan zoom in untuk lihat lebih jelas.
Harganya?
RM85.50
Dengan bilangan muka surat lebih kurang 700 m/s, bagi saya sangat murah jika nak dibandingkan dengan maklumat dan ilmu yang bakal diperolehi. Lagipun sebuah buku tidak akan basi biarpun disimpan 50 tahun. :)
Thursday, October 17, 2013
BUKU #9 - Belitan Iblis (Talbis Iblis)
Ini adalah antara buku terbaik untuk dihadam. Karya terbitan Pustaka Nasional Singapura oleh Ustadz Syed Ahmad Semait rahimahullah ini adalah terjemahan beliau (terjemahan beliau Terbaik!) daripada kitab Talbis Iblis karangan Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah.
Cetakan yang ada pada tangan saya ini adalah cetakan terawal kitab tersebut. Meskipun seperti yang saya nyatakan di atas tentang terjemahan Syed Ahmad Semait adalah sangat bagus, namun manusia adalah tidak dapat lari dari kekurangan. Demikian itulah yang berlaku pada terjemahan kitab ini.
Para pembaca yang budiman akan dapat melihat di dalam gambar yang saya sertakan di bawah sana tertera nama Al-Imam Ibn Qayyim sebagai pengarang buku ini. Bahkan di dalam pengantar / muqaddimah buku ini oleh penterjemah juga diulang-ulang bahawa penulis buku ini adalah Al-Imam Ibn Qayyim.
Nyatanya adalah bahawa Ustadz Syed Ahmad Semait telah terkeliru antara Ibnul Jauzi dan Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. Agaknya perkataan Jauzi dan Jauziyyah itu bersama juga metod kritikan mereka berdua yang hampir serupa terhadap kekeliruan-kekeliruan sebahagian pengaku sufi menjadi penyebab terhasilnya kekhilafan nisbah terjemahan ini.
Cumanya saya tidak tahu adakah cetakan2 terkini telahpun diperbaiki hal ini atau masih lagi berterusan kesilapan tersebut. Moga2 sudah diperbetulkan.
Buku ini membicarakan selok-belok putar belit Iblis dalam menyesatkan manusia biar siapa pun orang itu dan apa jua kedudukannya baik dia itu pemimpin atau rakyat, ulama atau orang awam, si zuhud atau si gila dunia, orang kaya atau si miskin, abid atau si malas beribadah dan seterusnya.
Membaca buku ini akan ternayata kepada kita betapa mahirnya Imam Ibnul Jauzi di dalam ilmu ihsan atau ilmu tasawwuf. Ini kerana tidak ada yang dapat mengenal tipu daya musuh (Iblis) yang halus-halus melainkan orang itu adalah pemilik ihsan yang tulus.
Kritikan2 Ibnul Jauzi di dalam kitab ini nyata tajam sekali seumpama ketajaman pena Ibn Hazm Al-Andalusi rahimahullah yang sedia terkenal itu. Penterjemah bagaimanapun menyatakan di dalam muqaddimah beliau bahawa beliau disebabkan kerasnya nada kritikan Pengarang telah meninggalkan menterjemah sebahagian kandungan kitab terutamanya yang berkaitan kritikan keras terhadap sebahagian pengaku2 sufi yang tertipu kerana beliau melihat hal itu (meninggalkan menterjemah) pada beliau adalah lebih bermanfaat dan tidak mahu kelak menimbulkan keributan di tengah masyarakat. Bagi yang masih ingin membaca kritikan2 tersebut bolehlah mendapatkan naskhah berbahasa Arabnya.
Ringkasnya, membaca buku ini menjadikan kita sedar dan awas tentang tipu daya Iblis. Dan kita juga akan melihat keluasan agama Islam dan kemudahannya. Tidak ada yang menyeru kepada kemudahan dan keluasan Islam melainkan mereka yang benar2 memahami benar2 Islam itu dengan prinsip2nya. Dan Al-Imam Ibnul Jauzi adalah salah seorang jagoan para Ulama Islam itu yang sudah mampu benar2 memahami agama ini dengan pemahaman yang benar tanpa dapat disangsikan. Maka bacalah buku ini untuk anda lebih memahami Islam dengan benar.
Namun satu peringatan juga wajar diambil perhatian iaitu membaca buku ini janganlah hendaknya menjadikan kita orang yang semakin galak menyorot kesalahan golongan itu dan ini. Bahkan sebaliknya menjadi satu dorongan dan hentakan kesedaran untuk kita lebih memuhasabah kekurangan2 diri kita sendiri. Alangkan para ulama pun ada yang tidak terselamat daripada godaan Iblis, ini pula aku yang jahil. Alangkan si kaya pun tidak selamat, inikan pula aku yang miskin. Alangkan.... demikianlah hendaknya.
Semoga pengenalan kita yang ringkas melalui entry ini dengan buku yang penuh manfaat ini berguna untuk saya dan anda.
Harganya? Semasa saya membelinya dahulu hanya RM 36.00. Sekarang mungkin sedikit berbeza. Apapun ianya sangat bernilai untuk anda, percayalah..
Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkanlah senaskhah sekarang! :)
Wednesday, October 16, 2013
BUKU #8 - Rukun Bai'at dan Usrah (Risalah Ta'lim)
Buku ini ada bermacam-macam cetakan. Cetakan yang ditampilkan ini adalah jilidan comel terbitan Hidayah Publisher.
Diterjemahkan oleh Ustazah Noraini Abu yang berkelulusan Al-Azhar Asy-Syarif (buku2 terjemahan beliau bagi saya adalah TERBAIK!) dengan harganya yang hanya RM 4.50 tentunya sangat2 sesuai buat ulangkaji sesiapa jua di mana2 saja.
Ia adalah buah tangan Imam Hasan Al-Banna rahimahulllah, pengasas jamaah Ikhwan Al-Muslimin yang menyenaraikan perkara2 yang perlu dilengkapi oleh seorang Muslim pada dirinya. Buku ini adalah buku wajib hadam bagi sesiapa yang berorganisasi Islami.
Buku bernilai ini telah disyarah oleh ramai tokoh. Nak ulas lebih2 pun rasanya seperti semua orang sudah maklum saja tentang buku ini.
Jadi bagi sesiapa yang belum pernah membaca buku ini atau sudah baca namun baru mengetahui tentang kewujudan cetakan bersaiz poket ini bolehlah mendapatkannya di kedai2 buku berhampiran.
Monday, October 7, 2013
Ucapan Tahniah dan Selamat Datang Serta Kesyukuran Tak Terhinggakan..
Kepada anda para pembaca,
Maafkan aku sekiranya entry kali ini bunyinya agak peribadi.
Aku ingin mengucapkan tahniah buat diriku sendiri dan selamat datang buat puteraku; Asim.
Ini adalah putera sulung bagi kami setelah kelahiran puteri sulungku ;- Najla - hampir dua tahun lalu.
Oh, aku tidak pula menulis entry sebegini sempena kelahiran kakak hampir dua tahun dahulu! Ni kira rangkum sekali lah. :).
Jangan marah ya kakak! :)
Alhamdulillah segalanya dimudahkan Allah. Sesungguhnya benarlah firmanNya di dalam sebuah Hadith Qudsi (Riwayat Imam Al Bukhari) :
"Sesungguhnya Aku adalah menurut sangkaan hambaKu terhadapKu".
Perbaikilah sangkaanmu terhadapNya. Jangan biarkan sekelumit pun terlintas sangkaan2 putus harap dan buruk sangka. Dia yang memeliharamu di dalam kegelapan rahim dalam tiga lapisan kegelapan, memberimu rezeki ketika ibumu sendiri tidak mengenalimu dan engkau sendiri tidak mengenalinya. Dia itu yang memudahkan jalanmu keluar ke dunia ini, memberimu rezeki pada setiap hela nafas.
Dia yang Maha Pemurah dan Penyayang itu, setelah semua nikmat yang tercurah apakah akan membiarkanmu mengharungi kehidupan dan perjalanan ini begitu sahaja?
Tidak!
Bahkan seperti kasih sayangNya yang menyelimutimu semenjak di alam rahim itu, kasih sayangNya akan terus menemanimu sehingga engkau menemuiNya pada waktu yang Ia sendiri telah pun menetapkannya.
Maka perelokkanlah sangkaanmu sentiasa.
Bahawa Dia sentiasa akan menolongmu.
Bahawa Dia akan sentiasa memudahkan urusanmu.
Bahawa Dia sentiasa menemanimu.
Menjawab doa2mu.
Mendengar rintih tangismu.
Mengusap lelahmu.
Menyelesaikan permasalahanmu.
Merungkai segala kekusutanmu.
Jemari kelenguhan. Namun kasih sayangNya terlalu banyak untuk diungkapkan..
...
Aku hanya selesai mendaftarkan namanya puteraku ini semalam (kemarin kata orang Kedah). 14 hari selepas kelahirannya 24 September lalu. Kakaknya dahulu pada hari ketiga sudah siap bernama. Untuk kali ini agak lambat entah mungkin juga kerana terlalu banyak pilihan nama yang bertandang di minda. :)
Kami telah menetapkan untuk menamakan anak2 dengan nama yang ringkas (dan sudah tentulah mengandungi makna yang bagus2) kerana mahukan mereka dipanggil dengan nama penuh. Bukankah nama itu adalah doa?
Kakaknya dahulu ketika aku terpandang sahaja kali pertama setelah dilahirkan, aku terperasan matanya yang bundar itu. Lantas nama Najla melintas di fikirku. Najla/Najla' (dgn Hamzah di akhir ejaan Arab) bermakna "perempuan cantik yang bermata bulat/bundar dan jeli" (macam kartun perempuan Jepun tuu..).
Nama Asim dipilih kerana maknanya yang baik, ringkas dan mudah untuk ditulis, bermula dengan huruf A (Arabnya huruf 'Ain) sehingga tak lah lama sangat nk sampai giliran dipanggil kalau dalam list, hehe, dan sebagai tafa-ul (atau ambil berkat) dengan nama orang soleh dan para ulama.
Asim (ada juga ejaan 'Asim / 'Ashim) adalah Fa'il dengan makna Maf'uul (ni pelajaran Arab sikit, harap maaf).
Senang cakapnya begini: Perkataan Asim ni maknanya "Pemelihara/Penjaga". Tetapi makna yang dikehendaki di sini adalah "Yang Terpelihara" (Ma'sum).
Nama Asim adalah nama bagi salah seorang anak Sayyidina Umar bin Al-Khattab. Anda tentu pernah mendengar kisah tentang bagaimana Umar sebagai Khalifah meronda pada waktu malam bukan?
Pada suatu malam beliau meronda dan terdengar perbualan seorang ibu bersama anak perempuannya yang mana disuruh oleh ibunya mencampurkan susu dengan air sebelum dijual esoknya.
Ringkas cerita gadis berkenaan tidak mahu menuruti suruhan ibunya walaupun kata ibunya "Umar bukan tahu pun". Lalu dijawab olehnya "Tapi Allah tahu". Tertarik dengan kejujuran dan ketakwaan gadis itu Umar mengambilnya sebagai menantu. Siapakah anak Sayyidina Umar yang bertuah menjadi suami kepada gadis jujur tersebut? Asim itulah. Kemudian dari zuriat mereka berdua lahir ibu kepada Umar bin Abdul Aziz.
Asim juga adalah nama bagi seorang daripada Ahli Qiraat yang Tujuh yang mana bacaan majoriti Umat Islam hari ini adalah mengikut bacaan beliau melalui jalan Imam Hafs daripada Imam 'Asim bin Abi Najud. Dan di sana terdapat beberapa ulama lagi yang bernama Asim..
Di antara Sunnah Nabi SAW yang dianjurkan untuk kita melakukannya apabila mendapat anak adalah:-
~Menyembelih aqiqah (sebaiknya hari ketujuh, atau ke empat belas, atau ke dua puluh satu sehingga baligh). Lagi bagus jika si ayah/datuk dapat menyembelih sendiri.
~Menamakan dengan nama yang baik (hari ketiga atau ketujuh)
~Mencukur rambut (sunnah pada hari ketujuh, tak perlu nak tunggu luruh/tanggal tali pusat)
~Rambut yang dicukur tadi ditimbang mengikut berat timbangan perak dan nilainya disedekahkan. (Kalau pergi kedai emas mereka akan timbang ikut emas, tak apa sedekah ikut nilai emas pun sebab emas lebih mahal daripada perak. Jadi sedekah pun lebih sikit)
~Khitan (ni kalau buat ketika masih kecil kurang sakit dan lekas sembuh)
~Dan lain2..
Ada macam2 lagi berkenaan hal nak menjadi ibu bapa ni. Untuk anda, saya sarankan bacaan terbaik bagi mendalami hal di atas adalah sebuah buku karangan Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah yang telah ada diterjemahkan (lihat gambar yang saya sertakan di bawah). Sila pergi cari di kedai buku sekarang! :)
Buat para pembaca budiman sekalian, sekali lagi maafkan saya atas coretan agak peribadi ini.
(Kalau dah peribadi tulis kat diari la, awat dok pi tulih dalam blog pulak!) Demikian pendapat sesetengah orang. Saya kurang gemar juga berkongsi hal peribadi di sini, tapi kemudiannya saya berfikir alangkah baiknya jika suatu hari nanti ketika saya sudah tiada (dan dunia ini masih ada) anak2 saya dapat membaca catatan2 ini.. Kerana itu saya memuatkannnya di ruang ini.
Tentu perasaannya seperti perasaan ketika membelek-belek majalah2 lama yang berisi berita dan cerita serta gambar2 lama yang retro dan vintaj. Atau album2 yang dipenuhi gambar2 lama kita dan keluarga serta kawan2 kita sendiri. Demikianlah..
Semoga bermanfaat.
Oh! Gambar buku!
Jangan risau, saya tak lupa insya Allah. :)
Jangan lupa pi cari di kedai buku.
Harganya?
RM 25.00 (Semenanjung) RM 27.90 (Sabah/Sarawak)
Murah sangat berbanding kandungannya yang bermanfaat.
Tuesday, September 24, 2013
AKU dan BUKU
Membaca sangat mengasyikkan.
Alangkah takjubnya diriku mendapati seorang manusia yang tidak suka membaca.
Bagaimana akan tajam mindanya?
Bagaimana akan luas ufuk fikirnya?
Bagaimana akan terbuka pemikirannya?
Bagaimana akan lapang dadanya?
Bagaimana akan lepas dari belenggu kejumudannya?
Bagaimana akan terlerai simpulan ketaksubannya?
Bagaimana dan seribu satu bagaimana lagi..
Membaca karya2 pemikir dan sarjana, ulama dan orang ternama, menjadikan dirimu seolah berteman dengan mereka, berbicara dan mendengar hikmah daripada mereka. Apakah teman daripada kalangan manusia sebaik mereka?
Membaca karya jenaka, penghibur jiwa, rekreasi minda menjadikan kekusutanmu terungkai, sesak dadamu sirna, penatmu reda.
Membaca karya2 sastera membangkitkan rasa, mengindahkan bicara, memolekkan penggunaan kata.
Pendek kata tiada yang sia2.
Bacalah pelbagai genre penulisan yang ada. Biografi, autobiografi, agama, falsafah, hukum-hakam, motivasi, santai, serius, kitab, komik, kartun. Apa saja.
Sehingga engkau kelak dapat mendepani manusia dengan penuh lapang dada, kerana memahami karakter manusia yang pelbagai rencamnya melalui pembacaanmu yang bermacam ragam.
Sehingga engkau kelak akan mahir untuk meletakkan bicara sesuai tempat dan lawan bicara.
BUKU #7 - Al Amru Bil Ma'ruf Wa An Nahy 'Anil Munkar
Ini adalah kitab yang nipis / kecil yang mengandungi ilmu2 yang sangat besar dan agung. Ia adalah susunan Al-Imam Abu Bakr Al-Khallal (w. 311 H) yang merupakan seorang rawi ternama bagi mazhab Imam Ahmad bin Hanbal.
Naskhah ini mengandungi dua kitab (atau lebih sesuai dikatakan dua bahagian) sebenarnya.
Bahagian pertama berkenaan Amar Ma'ruf dan Nahy Munkar. Berisi perkataan2 Rasulullah dan Salafussoleh yang sangat patut kita berteladan kepada mereka.
Di sana dibahaskan apakah kriteria munkar yg patut diubah, bagaimana mahu mengubah, siapa yg patut mengubah, apa kriteria yang patut ada bagi yang mahu mengubah dan lain2 lagi. Ringkasnya semua yang bersangkut paut dengan hal itu mempunyai syarat2 dan keadaan yang perlu diteliti.
Bahagian kedua kitab ini pula adalah bahasan mengenai membaca Al-Quran di kubur, boleh atau tidaknya, harus atau sebaliknya, bid'ah atau apa? Membaca bahagian ini akan melapangkan dada dan memadamkan sengketa pendapat2 yang bermunculan sekitar hal ini oleh sebahagian orang yang ...
Melalui kitab kecil ini secara keseluruhannya dapat kita perhatikan ketelitian para Salaf dan sikap mereka yang berpandu ilmu. Sungguh benar sekali bahawa ilmu itu sebelum perkataan dan perbuatan. Semata-mata semangat tanpa ilmu yang benar boleh jadi bakal membuatkan kita tergeleceh dari jalan yang benar.
Semoga Allah memandu kita semua ke jalan yang benar. Amin.
Tuesday, September 17, 2013
BUKU #6 - MANAQIB IMAM ASY-SYAFI'E
Ini adalah sebuah kitab karangan Imam Al-Baihaqi yang terdiri daripada dua jilid menceritakan secara lengkap berkenaan peribadi Imam Asy-Syafi'e.
Membaca kitab ini adalah sangat mengasyikkan. Banyak kata2 hikmah dan kisah2 yang indah terdapat di dalamnya.
Imam Al-Baihaqi menggunakan cara ahlil Hadith dan ahli Tarikh (sejarah) Islam dengan membawakan kebanyakan kata2 dan cerita dengan menampilkan sanadnya sekali.
Sesiapa yang ingin mengenali lebih dekat peribadi yang digelar Penolong Sunnah (Naashir As-Sunnah), Imam Asy-Syafi'e patutlah sangat membelek dan menelaah kitab ini.
Aku tidak tahu jika ada yang sudah diterjemah ke dalam bahasa Melayu atau Indonesia (bab terjemah buku Indonesia lebih terkehadapan daripada Malaysia). Kalau ada memang sangat bagus dan bagus sangat. :) Semoga ada insyaAllah.

Sunday, March 31, 2013
LEPAK MAHMUDAH BERSAMA BUKU JALANAN JITRA
Alhamdulillah semalam (Sabtu) aku berkesempatan hadir ke Tasik Jitra untuk lepak2 bersama penggerak2 Buku Jalanan Jitra. (Nak tahu tentang Buku Jalanan boleh Google saja).
Projek ni berjalan dua minggu sekali.
Bertemankan hembusan angin, daun kelapa meliuk lentok, suasana memang ketara "cool".
Si Taufiking tak nampak pulak. Masih ber"honeymoon" lagi.
Memanglah! Dia baru saja kahwin
Orang pun ramai singgah tengok2 dan belek2 dan baca2. Genre2 buku yang disediakan bukanlah dari kategori terlalu berat. Sesuai dengan konsep santai. Ada novel2, buku2 puisi, majalah2, buku2 terbitan sendiri, zine dan seumpamanya.
Depa juga mendeklamasikan puisi2 daripada buku2 yang tersedia. Sapa sapa yang nak menyerlahkan bakat terpendam pun boleh.
Ini memang satu usaha yang bagus dan baik. InsyaAllah sapa2 nak ikut sekali boleh la mai di Taman Tasik Jitra atu boleh pi mana2 Buku Jalanan yang berdekatan. Hampir seluruh Malaya dah ada projek ni la ni.
Berikut ni sedikit gambaq aku ambik dari facebook depa.
![]() |
| Ni semua orang2 kuat projek ni |
BUKU #5 - TEGURAN SUCI DAN JUJUR TERHADAP MUFTI JOHOR
UPDATE TERKINI SAYA TENTANG EDISI RUMI ADA DI (KLIK)
Buku ni ada juga beberapa kali dirujuk di dalam tulisan2 Dr.MAZA.
Edisi ruminya ada di pasaran. Tapi ini adalah edisi yang "rare" dan klasik.
Cetakan pertama dan hadiah daripada Muhammadiah Singapura.
Daripada koleksi2 buku2 & majalah2 lama Tok Ayah saya yang diberi oleh Wan ketika ziarah ke rumah beliau beberapa bulan sudah.
Buku ini bercerita tentang Kaum Muda yang disalah pahami dan dilabelkan dengan tuduhan2 dan dakwaan2 oleh Tuan Mufti Johor ketika itu.
Oleh kerana dakwaan itu kelihatannya serius dan mengundang nama yang buruk buat yang terdakwa kerana ia tersiar dan dibaca oleh massa, maka bangkit Hamka sebagai seorang tokoh Kaum Muda menjawab tuduhan2 tersebut.
Sekalipun begitu dapat dilihat akhlak yang terpelihara daripada Hamka di dalam menegur Tuan Mufti sekalipun wujud juga ayat2 yang pedas2 di celah2nya.
Sesiapa yang berhasrat mengetahui apakah yang telah dikatakan oleh Mufti sehingga menjadi penyebab munculnya buku ini serta apakah pula jawapan Hamka satu persatu terhadap kenyataan Mufti itu bolehlah mencari cetakan baru buku ini di mana2 kedai buku.
Thursday, February 21, 2013
BUKU #4 - 100 GREAT BUSINESSES AND...
Buku ni menceritakan tentang kisah2 sebalik tabir bisnes2 dan label2 ternama dunia seperti Apple, Microsoft, Rollerblade dll.
Bagaimana kesungguhan dan ketekunan para pengasas bisnes2 tersebut sehingga menjadikan mereka di kedudukan hari ini.
Sangat bagus dibaca dan memberi motivasi juga bagi yang nak berbisnes. Boleh cari kat MPH atau mana2 kedai buku.
Thursday, February 7, 2013
BUKU #3 - PROPAGANDIS ZAMAN (UPDATED)
UPDATE
Alhamdulillah tamat juga membaca autobiografi ni pada jam 12.23 mlm 08 Jan 2013. Mula dibaca pada 04 Jan sebaik saja pulang ke rumah selepas membelinya.
Memang sangat mantap dan menarik. Padat dengan pengalaman peribadi pengarang dan sarat dengan kupasan mengenai sejarah2 politik zaman itu ( 60an - 70an ) yang mendasari suasana politik hari ini dan masa2 akan datang juga.
Sememangnya aku menggemari tulisan Saudara Subky Latif sejak membaca tulisan2 beliau di dalam majalah2 lama tahun 70an yang pernah dibaca di rumah dan rumah tok dulu2. Masih ingat lagi gambar beliau sedang menemuramah Tun Hussein Onn -kalau tak silap- dengan rambut beliau (Subky) yang panjang (gaya trendy 70 an).
Sepertimana hari ini muncul daripada semalam dan kelmarin, begitu jugalah setiap peristiwa hari ini berantaian dengan sejarah semalam. Maka sudah seharusnya kita memetik pengalaman para old-timer seperti beliau buat panduan membaca zaman kini.
Sangat banyak yang menarik diceritakan. Antaranya:-
~ Pengalaman beliau dengan tokoh2 politik ternama negara.
~ Pengalaman kembara ke Jerman, England, USA dll.
~ Menjadi tetamu kepada keluarga Yahudi semasa di US. Mengutuk dan memberi komen tidak enak serta berterus-terang tentang Yahudi di hadapan hidung Rabai Yahudi sendiri tanpa menyedari identiti mereka. Beliau hanya sedar selepas itu setelah bertanya.
~ Pengalaman mengikut petani yang ditumpangi di Amerika ke kubang babi miliknya.
~ Budaya menarik tentang cara minum masyarakat Jerman yang tidak membazir.
~ Budaya sukarela masyarakat US untuk menerima tetamu asing.
~ Intro ucapan yang menarik semasa di Acheh.
~ Kisah2 menarik semasa di Acheh.
~ Sisi2 peribadi Tan Sri Jaafar Albar, Tan Sri Khir Johari dan lain2 tokoh yang mungkin tidak pernah dijumpai dalam mana2 tulisan sebelum ini.
~ Cerita di sebalik karikatur menggambarkan Tun Dr. Mahathir sebagai Superman yang disambut tokoh2 UMNO semasa kemasukan semula beliau ke dalam UMNO.
~ Asam garam hidup sebagai seorang wartawan
~ Jerih payah mengasas dan menjayakan sesebuah penerbitan akhbar.
~ Asal usul dan kisah-kisah di sebalik tabir penubuhan parti2 seperti DAP dan Gerakan.
~ Pandangan alternatif mengenai peristiwa 13 Mei 1969.
~ dan banyak lagi.
Ringkasnya anda perlu mendapatkannya untuk mengetahui lebih lanjut. Biografi ini difahamkan akan dibuat sebanyak 3 siri. Ini adalah siri ke 2 yang menyusul setelah siri pertama bertajuk ANAK APAK.
Jika ANAK APAK dulu ada juga gambar2 menarik disisipkan, siri ini dengan ketebalan 629 mukasurat berisi sepenuhnya dengan tulisan.
Namun gaya penceritaan yang menarik menjadikan membacanya bukan sesuatu yang membosankan. Hanya kadang2 ada juga pengulangan cerita di beberapa tempat seperti juga yang berlaku pada ANAK APAK.
Khabarnya jilid ke 3 yang dikatakan terakhir dalam siri autobiografi ini adalah berisi pula pengalaman pengarang di dalam kancah politik.
tamat UPDATE
Lagi 1/4 bahagian untuk dihabiskan.
Recommended!
Tulisan Subky Latif memang sedap dibaca.
Pi cari kat Popular, RM 39. Less 20% kot kalau ada kad Popular.
His eyeglasses quite similar as mine though.

Thursday, October 4, 2012
Kembara Membaca... Sekadar Kenangan.
وأما بنعمة ربك فحدث
Seingatku, aku mula membaca seawal usia empat tahun. Bermula dengan membaca Jawi.
Seringnya berada di ribaan ayah ketika beliau membaca akhbar Utusan Melayu (Jawi) dan lain2 bahan bacaan adalah penyebabnya. Kerana itu juga aku tidak ke tadika.
Dan sejak aku dapat membaca itu, aku gila membaca! Alhamdulillah aku diberi rasa lazat apabila dapat membaca. Aku bahkan sampai merasa hairan mengapa ada manusia yang tidak gemar membaca..
Aku telah membaca sewaktu di sekolah rendah lagi tulisan Dr. Haron Din, Dr. Mahmud Zuhdi dan adik beliau Dr. Kamil Abd Majid dan lain2 lagi di dalam majalah Utusan Qiblat yang banyak di rumah.
Dapat menjawab dengan tepat menjadi satu kepuasan. Jika tidak dapat ayahku tidak akan menghukum, tetapi beliau menerangkan lagi dan lagi. Sehingga kami ingat betul2.
Di DQ pula antara buku yang paling aku ingati membacanya adalah "Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani" terjemahan kitab Syeikh Abd Qadir Jilani yang sangat mengetuk hati.
Juga buku Umur Umat Islam oleh Amin Muhammad Jamaluddin.
Semua yang aku baca aku cuba habiskan dari kulit ke kulit. Membaca memerlukan kita menghadam seluruh isi buku. Tidak kira berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskannya. Kerana dengan cara itu sahaja kita akan memiliki pandangan yang adil dan berlaku adil pula terhadap pengarangnya.
Ketika menulis kadangkala sesuatu idea/pandangan/ilham hanya datang ketika di tengah2 penulisan atau di akhir penulisan. Kalau menggunakan komputer seperti sekarang boleh saja kita cut dan paste di tajuk yang bersesuaian.Zaman dahulu tidak.
Katakan contohnya seseorang ulama menulis perbahasan fiqah berkenaan solat. Lalu beliau terus menulis sehingga masuk ke kitab berkenaan Munakahat berkaitan sifat wali fasiq sebagai contoh, lalu disebut apa2 yang berkaitan sehingga perkara solat lalu teruslah dibahas pula panjang lebar. Masuk lagi berkenaan macam2 perkara.
Sampai di dalam kitab Jinayat pula ada pula perbincangan tentang hukuman bagi orang murtad. Ada lagi berkenaan orang meninggalkan solat. Ini sudah di hujung2 kitab.

Oh, aku ingat pernah membaca tafsir Al-Furqan oleh A.Hasan Bandung juga waktu itu. Ejaannya Indonesia style Belanda barangkali. Contohnya perkataan "yang" dieja "Jang".
Semua kami adik beradik diajar membaca Al-Quran dengan tajwid yang sempurna (ayahku guru Al-Quran tajwid sekolah agama petang). Setiap kami dimestikan khatam sebelum ke sekolah menengah.
Selepas membaca beberapa muka kami akan ditanya hukum tajwid on the spot. Ayahku main tunjuk saja mana2 kalimah/ayat dalam mukasurat yang telah dibaca tadi. Lalu kami diminta menerangkan apa hukum tajwidnya.
Kalau jawapan tepat diberi, akan ada soalan2 susulannya pula. Contohnya jika jawapannya Ikhfa' Haqiqi, maka akan ditanya bagaimana cara membacanya, dengungnya berapa harakat, hurufnya berapa. Dijawab 15 huruf maka akan disuruh sebutkan hurufnya pula satu persatu.
Semua kami adik beradik diajar membaca Al-Quran dengan tajwid yang sempurna (ayahku guru Al-Quran tajwid sekolah agama petang). Setiap kami dimestikan khatam sebelum ke sekolah menengah.
Selepas membaca beberapa muka kami akan ditanya hukum tajwid on the spot. Ayahku main tunjuk saja mana2 kalimah/ayat dalam mukasurat yang telah dibaca tadi. Lalu kami diminta menerangkan apa hukum tajwidnya.
Kalau jawapan tepat diberi, akan ada soalan2 susulannya pula. Contohnya jika jawapannya Ikhfa' Haqiqi, maka akan ditanya bagaimana cara membacanya, dengungnya berapa harakat, hurufnya berapa. Dijawab 15 huruf maka akan disuruh sebutkan hurufnya pula satu persatu.
Dapat menjawab dengan tepat menjadi satu kepuasan. Jika tidak dapat ayahku tidak akan menghukum, tetapi beliau menerangkan lagi dan lagi. Sehingga kami ingat betul2.
Maka tajwid telah menjadi sebati dengan kami. Mengalir di dalam
darah dan terkumpul di dalam ingatan kami.
Alhamdulillah. جزاه الله عنا خير الجزاء
Ayah tak pernah berkira jika kami meminta beliau membeli suratkhabar atau majalah. Cuma di rumahku memang tidak ada samasekali dibeli majalah2 hiburan.
Alhamdulillah. جزاه الله عنا خير الجزاء
Ayah tak pernah berkira jika kami meminta beliau membeli suratkhabar atau majalah. Cuma di rumahku memang tidak ada samasekali dibeli majalah2 hiburan.
Entahlah, tapi kami sendiri pun rasa malu untuk membaca majalah2 sebegitu.
Apalagi membeli dan menyimpannya di dalam rumah. Rugi duit rasanya. Duit pulak bukan mudah masa tu.
Majalah Gila-Gila, kemudiannya Ujang, Lanun, Varia Lawak, PKK dan lain2 majalah humor dan komik boleh dikatakan banyak. Juga ketika itu ada majalah2 Islamik terbitan Jemaah Al-Arqam (kini telah diharamkan) seperti An-Nasihah, Al-Qiadah, Al-Munir, Al-Mukminah etc.
Buku2 memang banyak juga lah. Di usia kanak2 sekolah rendah itu aku telah membaca buku yang berbicara hal2 berat seperti buku Maududi (Asas2 Islam tajuknya jika tak silap).
Menginjak usia remaja aku menghabiskan kebanyakan masa ketika ke masjid untuk membaca buku2 yang terdapat di masjid pula. Ada yang aku pinjam untuk dibaca di rumah.
Ketika itu aku telah membaca antaranya Hidayatus Salikin (milik ayahku), kitab jawi yang berkeremut tulisannya, Fiqh Awlawiyyat, Sifat Solat Al-Albaani terjemahan Ust Abdullah Al-Qari, sebahagian Al-Umm, buku2 Hamka, keseluruhan Ihya' Ulumiddin, terjemahan Al-Quran (ketika cuti selepas SPM).

Aku masih ingat Ahlullah oleh Khalid
Muhammad Khalid, Wali2 Allah dan Wali2 Syaitan oleh Ibn Taymiyyah, Fadhail
A'mal Syeikh Zakariyya, Bimbingan Mukminin, Tanbihul Ghafilin, Riyadhus Shalihin, Al-Munqidz Min Ad-Dholal dan sekian banyak lagi yang tak aku ingati judulnya.
Ihya sangat menggugah jiwa, sehingga dunia ini begitu hina dan kosong dalam pandangan kita.Sepanjang membacanya seolah2 Imam Al-Ghazali berhadapan dengan kita meluahkan kata2.
Tetapi berdasarkan pengalamanku itu, aku tidak merekomendasi untuk sesiapa membacanya tanpa bimbingan kerana ia akan menjadikan pembacanya tersasar daripada jalan kesederhanaan. Dan bukan itu kehendak kitab tersebut.
Manakan tidak, tatkala kita mendengar pembicaraan Imam Al-Ghazali tentang tercelanya dunia, ketika beliau memuji kemiskinan, ketika beliau membentangkan hal tawakkal peringkat tertinggi, ketika beliau mencela nafsu, dan seterusnya, maka kita akan dapati hati kita seolah-olah ingin segera keluar dari dunia yang haru biru ini ketika itu juga.
Atau ketika beliau membicarakan diam dan memuji uzlah, maka ia akan serta merta mengunci lidahmu dan membawamu ke sudut uzlah. Begitulah seterusnya.
Seolah2 kata2 beliau menerobos ke dalam jantung hatimu lalu merenggut jiwamu lantas membawanya pergi entah ke mana.
Seolah2 kata2 beliau menerobos ke dalam jantung hatimu lalu merenggut jiwamu lantas membawanya pergi entah ke mana.
Di DQ pula antara buku yang paling aku ingati membacanya adalah "Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani" terjemahan kitab Syeikh Abd Qadir Jilani yang sangat mengetuk hati.
Aku masih ingat
meminjamnya lebih kurang jam 10 pagi lalu balik ke bilik terus membacanya tanpa
henti kecuali untuk solat berjemaah di surau di bawah dan ke bilik air. Hanya pada jam 1.++ a.m malam itu aku tamat membacanya. Khalid tentu
ingat ini. :)
Seingatku aku tidak makan tengahari dan malam hari itu dek kerana
kenyang membaca buku itu.
Juga buku Umur Umat Islam oleh Amin Muhammad Jamaluddin.
Membaca ketika umur masih muda remaja memberi kesan ingatan yang melekat. Membaca di umur dewasa memberi kita kefahaman yang luas yang membolehkan kita menghubungkaitkan semula dengan ingatanhasil pembacaan kita di waktu remaja.
Ini adalah hal yang sama seperti menghafal Al-Quran di waktu muda. Tua pun boleh juga.
Ada orang yang entah apa yang rosak pada pemahamannya memperlekehkan usaha menghafal Al-Quran. Aku masih ingat bersama dua orang lagi kawan di rumah seorang penulis buku politik terkenal tanah air suatu waktu dulu.
Ada seorang kawannya setelah mengetahui kami pelajar tahfiz Al-Quran menyatakan untuk apa lagi menghafal Al-Quran sedangkan CD berlambak-lambak, mushaf banyak tercetak, terjemahan dalam pelbagai bahasa dok ada. Kami sekadar senyum sehingga bicara bertukar topik.
Seorang yang tidak menghafal sifir akan menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah matematik berbanding orang yang lancar sifir.Semua kita mengakuinya.
Orang yang menghafal Al-Quran tentunya tidak sama dengan orang yang tidak menghafal sesuatu daripada Al-Quran dalam menyelesaikan masalah kehidupan. Bukan setakat kehidupan dunia ini, bahkan kehidupan selepas kematian juga.
Menghafal tanpa faham dengan menghafal dan faham serta mampu merelate dengan kehidupan juga tidak sama. Setiap satu ada peringkat dan tahapannya.
Hairan sekali orang yang menghafal dan mampu memetik kata-kata entah siapa daripada para tokoh bukan Islam, namun tidak berusaha menghafal sedikit dan memahami kata-kata Pencipta dan Pengatur rezekinya.
~
Semua yang aku baca aku cuba habiskan dari kulit ke kulit. Membaca memerlukan kita menghadam seluruh isi buku. Tidak kira berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskannya. Kerana dengan cara itu sahaja kita akan memiliki pandangan yang adil dan berlaku adil pula terhadap pengarangnya.
Jika kita membacanya dengan tebuk sana sini, lalu memetik kata2 pengarang, akan
berlaku salah faham yang banyak. Bahkan akan menzalimi pengarang itu sendiri.
Apa sebabnya demikian? Mari kita fahami hal berikut:-
Apa sebabnya demikian? Mari kita fahami hal berikut:-
Ketika menulis kadangkala sesuatu idea/pandangan/ilham hanya datang ketika di tengah2 penulisan atau di akhir penulisan. Kalau menggunakan komputer seperti sekarang boleh saja kita cut dan paste di tajuk yang bersesuaian.Zaman dahulu tidak.
Katakan contohnya seseorang ulama menulis perbahasan fiqah berkenaan solat. Lalu beliau terus menulis sehingga masuk ke kitab berkenaan Munakahat berkaitan sifat wali fasiq sebagai contoh, lalu disebut apa2 yang berkaitan sehingga perkara solat lalu teruslah dibahas pula panjang lebar. Masuk lagi berkenaan macam2 perkara.
Sampai di dalam kitab Jinayat pula ada pula perbincangan tentang hukuman bagi orang murtad. Ada lagi berkenaan orang meninggalkan solat. Ini sudah di hujung2 kitab.
Jadi perkaranya tidak akan kita dapati di dalam kitab solat, tetapi di
dalam kitab Munakahat dan Jinayat. Maka jika kita membaca kitab solat sahaja
lalu kita pun menyimpulkan pendapat ulama tersebut maka kita akan tersilap.
Seperti Imam Ibn Taymiyyah. Orang yang memusuhi tasawwuf secara melampau memetik kata2 beliau sebagai alasan "Lihat! Ibn Taymiyyah memusuhi tasawwuf" sedangkan di dalam bahagian2 lain tulisan Ibn Taymiyyah beliau memuji ahli sufi.
Begitulah lebih kurangnya. Ringkasnya jika orang yang membaca dari kulit ke kulit pun perlu ulang membaca lagi untuk memastikan tidak keliru, maka bagaimana halnya orang yang sekadar membaca secebis di sini dan secebis di situ lalu berani pula memfatwa begitu dan begini. Allahul musta'aan.
Oh, aku sebenarnya ingin menulis kenang-kenangan kembara pembacaanku, tapi terlajak pula.

Lihat, inilah bukti apa yang baru aku sebutkan tadi!
Lain kali sahaja aku sambung lagi, insyaAllah.
Lain kali sahaja aku sambung lagi, insyaAllah.
Thursday, January 19, 2012
BUKU #2 - PERANG SALIB DI ALAM ISLAMI
Ini adalah satu buku yang sangat bagus untuk dibaca bagi sesiapa yang ingin mengetahui lanjut berkenaan Perang Salib.
Ia memuatkan penilaian yang objektif dan tidak berlandaskan kebencian kepada bangsa Eropah sekalipun penulisnya adalah seorang Muslim. Buktinya adalah ia turut memuatkan kritik kepada umat Islam yang saling bercakaran sesama sendiri sehingga membawa untung kepada pihak lain. Juga dicatatkan sama petikan2 yang diambil dari tulisan2 para penulis Barat tentang perang yang masyhur ini.
Hal ini amat berbeza sekali dengan kalangan Orientalis yang turut mengarang mengenai Perang Salib, namun menyelitkan unsur kebencian dan kemarahan mereka kepada umat Islam di celah fakta2 yang turut sama sesetengahnya diselewengkan dan diberi persepsi yang salah.
Karya ini boleh dikatakan sempurna kerana ia bukan saja menceritakan tentang Perang Salib yang berlaku di sekitar Timur Negara2 Kaum Muslimin, bahkan ia turut menghimbau ekspedisi tentera salib dan peperangan yang berlaku di Barat Negara2 Kaum Muslimin seperti di Maghribi, Tunisia dan Andalusia.
Bagi sesiapa yang meminati sejarah tentunya buku ini amat menyelerakan, namun bagi yang sebaliknya saya nasihatkan untuk tabahkan diri juga membacanya. Kerana dengan sejarah dapat kita mengambil iktibar seterusnya mempelajari kelemahan dan kelebihan kita sebagai satu umat bagi merangka strategi dan menyusun langkah untuk mengembalikan keunggulan Islam.
Buku ini sudah lama dikarang, iaitu pada tahun 1373H / 1953 M dan terjemahannya yang seperti gambar di atas juga sudah lama iaitu cetakan pertama pada tahun 1998.
Pengarangnya adalah Syeikh Muhammad Al-'Arusiy Al-Matwiy, seorang Ustaz (Professor) di Pusat Pengajian Tinggi Zaytunah yang masyhur di Tunisia itu.
Carilah di kedai2 buku berdekatan. Mungkin ada cetakan yang baru, saya tidak tahu. Kata sebuah pepatah : "Sesiapa yang mencari akan berjumpa dan sesiapa yang berusaha akan berjaya."
Wallahu a'lam.
Wednesday, December 21, 2011
BUKU #1- SYEIKH YUSUF AL-KANDHLAWI
Buku ini menceritakan biografi Maulana Yusuf, Amir Jemaah Tabligh yang kedua selepas ayah beliau Maulana Muhammad Ilyas Rahmatullahi 'alaihima.
Banyak sekali catatan-catatan menarik yang akan menerbitkan rasa kagum kepada sesiapa yang membaca kisah2 kehidupan para ulama, dan Maulana Yusuf adalah salah seorang daripada mereka.
Antara yang menarik adalah bagaimana Maulana Yusuf sewaktu mudanya dikisahkan langsung tidak tertarik untuk bergiat dalam dakwah seperti cara bapanya sekalipun tetap "keluar" jika ditentukan. Ini kerana beliau lebih ghairah dengan dunia buku dan penulisan ilmiah.
Namun apakah yang menyebabkan beliau akhirnya terjun ke dalam dunia dakwah dan memberikan seluruh hidupnya untuk usaha tersebut? Semua itu ada diceritakan di dalam buku ini.
Setiap orang terutamanya yang terlibat secara khusus di dalam dakwah patut membacanya. Tidak tahu sama ada kitab ini sudah ada diterjemahkan atau belum.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)