Kali ini mari kita mengenal secara ringkas seorang tokoh di dalam ilmu Tafsir Al-Quran.
Di dalam kelas Ulumul Quran pagi tadi kelas masih lagi berkisar sekitar bahagian tafsir yang pertama iaitu Tafsir Bil ma'tsur atau Bir riwaayah dan para tokohnya. Dan telah sampai kepada perkenalan dengan Qatadah bin Di'amah, seorang Mufassir yang hebat.
Kitab yang digunakan adalah At Tibyaan fi Ulumil Quran karangan Syeikh Ash Shabuuni.
Berikut adalah yang dicatat semula daripada ingatan..
Qatadah bin Di’amah As Saduusi Al Bashri adalah seorang tabi’in yang hebat. Lahir pada 61 Hijriyyah.Beliau ini berkeadaan buta semenjak dilahirkan lagi. Kunyahnya Abul Khattab.
Menakung ilmu daripada Anas bin Malik dan segolongan Sahabat Nabi yang lain, juga daripada Penghulu Para Tabi’en, Sa’id ibn Musayyab.
Beliau menjadi lambang dari segi kekuatan hafalan dan kecerdikan. Kekuatan hafalannya amat menakjubkan sehinggakan apa saja yang didengarnya dapat diingati oleh hatinya.
Diriwayatkan daripada beliau katanya: “Tidak pernah samasekali aku berkata kepada orang yang berbicara kepadaku :”Tolong ulang kembali untuk saya!”. Dan apa sahaja yang didengar oleh kedua telingaku maka hatiku akan menyimpannya.”
Pernah beliau masuk berjumpa Sa’id ibn Musayyab untuk beberapa hari bertanyakan banyak perkara. Lalu Ibn Musayyab berkata kepadanya: "Apakah apa yang engkau tanya kepadaku itu engkau menghafaznya?"
Lalu jawabnya: “Aku bertanya kepadamu begini begini lalu engkau menjawab begitu dan begini”. Dan beliau menceritakan kembali kesemua apa yang ditanyakan olehnya berserta jawapan Sa’id kepadanya sehingga menjadikan Sa’id terkagum-kagum lantas berkata: “Aku tidak pernah menyangka bahawa Allah pernah menciptakan seseorang sepertimu!”
Qatadah terkenal di dalam bidang tafsir dan Fiqh. Imam Ahmad sendiri berpanjang lebar di dalam memuji Qatadah. Namun kelebihan yang dimiliki Qatadah juga menjadi penyebab kekurangan kepadanya iaitu beliau mengambil perkataan daripada semua orang, sehinggakan Asy-Sya’bi pernah berkata: “Qatadah adalah (seumpama) pengumpul kayu api di malam hari.” *
Imam yang mulia ini wafat pada tahun 117 Hijriyyah dalam usia 55 tahun di Basrah serta dimakamkan di sana. Kematian beliau menjadikan para penduduk Basrah semuanya menangis kesedihan.

***

Semoga Allah merahmatinya. Ameen.
*Satu perlambangan iaitu orang yang mengumpul kayu api di malam hari kadangkala tidak sedar bahawa di dalam ikatan kayu api yang dipikulnya itu terdapat ular dan binatang berbisa.

No comments:
Post a Comment