Tuesday, April 9, 2013

TERBAKAR



Kawan,
Bila lagi kan menziarahiku?

Walau di kejauhan jiwa menyatu,
Namun menatapmu memadam rindu.

Gila! Setelah padam marak ia.
Lebih marak dari semula!

Dan air mata tumpah sentiasa,
Mendingin rindu di dalam dada.

 

Monday, April 1, 2013

NOTA-NOTA : ULUM AL-HADITH


Hadith 'Aziz ialah yang diriwayatkan oleh dua orang perawi. Seperti tersebut di dalam Matn Bayquni.

Apa erti 'Aziz?
1- 'Aziz ertinya Mulia.
2- 'Aziz ertinya Perkasa/ Kuat.
3- 'Aziz ertinya Sedikit/Nadir.

Perkataan 'Aziz menjadi nama salah satu jenis Hadith adalah sebagai nama sifat yang diserupakan (Sifah Musyabbahah) dengan makna lafaznya.

Dari segi manakah keserupaannya?

Dari segi kemuliaannya sudah termaklum.
Dari sudut kekuatannya kerana ia diriwayatkan oleh dua rawi.
Dari segi sedikitnya hadith 'Aziz itu. Hadith 'Aziz hanya terdapat sedikit sahaja.

Apakah darjat pengamalan Hadith 'Aziz?
Ia wajib diamalkan setelah dilakukan penelitian dan istidlal, kerana ia daripada bahagian Hadith Ahad.

Apakah contoh hadith 'Aziz?
Hadith : "Tidak beriman (dengan keimanan yang sempurna) seseorang kamu sehingga aku (Nabi SAW) lebih dikasihinya berbanding ayahnya, anaknya dan manusia seluruhnya."

Hadith ini diriwayatkan oleh Sahabat Anas dan Abu Hurairah r.anhuma.

Tambahan
Apakah dengan hadith itu Nabi SAW melarang kita mencintai yang lain?
Tidak.
Kerana kecintaan kepada semua itu adalah fitrah dan tabiat manusia yang sedia Allah bekalkan. Menghapuskannya dari hati tentulah hal yang di luar kemampuan manusia. Dan Syariat ini tidak menyuruh sesuatu yang di luar batas kemampuan.

Lalu apakah maksud hadith itu?
Maksudnya adalah kita mendahulukan perintah Allah daripada perintah nafsu dan lainnya.
Apabila bertembung antara dua suruhan, suruhan Allah dan lainnya lalu kita mendahulukan suruhan Allah dan Rasul maka kita telah benar beriman seperti yang dikehendaki di dalam hadith itu.

Tamat.

Seterusnya adalah Hadith Gharib.

Apa erti Gharib?
Iaitu terasing, bersendiri.

Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh cuma seorang perawi.

Hadith Gharib terbahagi dua:-

1- Gharib Mutlak. Iaitu gharabahnya (kesendirian periwayat yang seorang itu) pada awal/punca sanad. Iaitu cuma seorang Sahabat atau Tabiin meriwayatkannya.

Contoh: Hadith "Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat". Hanya diriwayatkan oleh Sayyidina Umar sahaja.

2- Gharib Nisbi. Iaitu gharabahnya pada mana2 bahagian sanad selain Sahabat dan Tabiin. Nisbi ertinya hanya pada rawi tersebut sahaja gharib, tetapi pada rawi2 yang lain tidak.

Tamat.

UPDATE (14/10/2014): Terjemahan Matan Bayquni (KLIK)


Sunday, March 31, 2013

LEPAK MAHMUDAH BERSAMA BUKU JALANAN JITRA



Alhamdulillah semalam (Sabtu) aku berkesempatan hadir ke Tasik Jitra untuk lepak2 bersama penggerak2 Buku Jalanan Jitra. (Nak tahu tentang Buku Jalanan boleh Google saja).

Projek ni berjalan dua minggu sekali.

Bertemankan hembusan angin, daun kelapa meliuk lentok, suasana memang ketara "cool".
Si Taufiking tak nampak pulak. Masih ber"honeymoon" lagi.
Memanglah! Dia baru saja kahwin Sabtu Isnin lepas.

Orang pun ramai singgah tengok2 dan belek2 dan baca2. Genre2 buku yang disediakan bukanlah dari kategori terlalu berat. Sesuai dengan konsep santai. Ada novel2, buku2 puisi, majalah2, buku2 terbitan sendiri, zine dan seumpamanya.

Depa juga mendeklamasikan puisi2 daripada buku2 yang tersedia. Sapa sapa yang nak menyerlahkan bakat terpendam pun boleh.

Ini memang satu usaha yang bagus dan baik. InsyaAllah sapa2 nak ikut sekali boleh la mai di Taman Tasik Jitra atu boleh pi mana2 Buku Jalanan yang berdekatan. Hampir seluruh Malaya dah ada projek ni la ni.

Berikut ni sedikit gambaq aku ambik dari facebook depa.







Ni semua orang2 kuat projek ni



BUKU #5 - TEGURAN SUCI DAN JUJUR TERHADAP MUFTI JOHOR



UPDATE TERKINI SAYA TENTANG EDISI RUMI ADA DI (KLIK)

Buku ni ada juga beberapa kali dirujuk di dalam tulisan2 Dr.MAZA.

Edisi ruminya ada di pasaran. Tapi ini adalah edisi yang "rare" dan klasik.

Cetakan pertama dan hadiah daripada Muhammadiah Singapura.

Daripada koleksi2 buku2 & majalah2 lama Tok Ayah saya yang diberi oleh Wan ketika ziarah ke rumah beliau beberapa bulan sudah.

Buku ini bercerita tentang Kaum Muda yang disalah pahami dan dilabelkan dengan tuduhan2 dan dakwaan2 oleh Tuan Mufti Johor ketika itu.

Oleh kerana dakwaan itu kelihatannya serius dan mengundang nama yang buruk buat yang terdakwa kerana ia tersiar dan dibaca oleh massa, maka bangkit Hamka sebagai seorang tokoh Kaum Muda menjawab tuduhan2 tersebut.

Sekalipun begitu dapat dilihat akhlak yang terpelihara daripada Hamka di dalam menegur Tuan Mufti sekalipun wujud juga ayat2 yang pedas2 di celah2nya.



Sesiapa yang berhasrat mengetahui apakah yang telah dikatakan oleh Mufti sehingga menjadi penyebab munculnya buku ini serta apakah pula jawapan Hamka satu persatu terhadap kenyataan Mufti itu bolehlah mencari cetakan baru buku ini di mana2 kedai buku.


Monday, March 4, 2013

UPDATE BLOG PETUNJUK NABI S.A.W


Hari ni rasa ada feel sikit nak sambung terjemahan kitab. Tu pun sikit saja, tak banyak mana. Sikit-sikit setiap hari insyaAllah.

 

ADAB HAMALATIL QURAN - SIRI 26 

 

 

Friday, March 1, 2013

NOTA-NOTA...


Nota-nota adalah label dan tajuk bagi macam-macam perkara yang ditulis secara rawak.

 ~~~

Raja' bin Haywah masuk berjumpa Khalifah Umar bin Abd Aziz di waktu malam hari.
Sedang mereka berbincang-bincang tiba-tiba lampu padam akibat kehabisan minyak. Jadi ia perlu diisi minyak dan dinyalakan semula.

Kebetulan khadam Umar sedang tidur.

"Apakah aku kejutkan dia?", tanya Raja'.
"Tak perlu!", jawab Umar.

"Kalau begitu biar aku sahaja bangun mengisi minyak itu?", kata Raja' lagi.
"Bukan termasuk perbuatan yang bermaruah seseorang membiarkan tamunya berkhidmat kepadanya", tingkah Umar.

Lalu Umar sendiri bangun, mengambil minyak, mengisinya ke dalam pelita dan menyalakannya. Setelah itu ia datang duduk di tempatnya semula sambil berkata:

"Tadi aku bangun, dan aku adalah Umar bin Abd Aziz..."
"Kini aku kembali dan aku tetap Umar bin Abd Aziz.."

 (Tarikh al-Khulafa - As Suyuti)

*** Tamat**


Nilai diri seseorang adalah pada dirinya sendiri, bukan pada puji dan cela orang lain. Orang yang cerdik tidak akan terpedaya dengan pujian dan celaan.

Orang yang bodoh namun berbangga dianggap bijak oleh orang-orang yang bodoh adalah seorang yang benar2 bodoh.

Namun orang yang bijak sekalipun dianggap bodoh tetaplah anggapan itu tidak dapat menafikan hakikat sebenar kebijaksanaannya.

Si kaya yang berpakaian biasa2 tetaplah kaya. Si miskin tetaplah miskin sekalipun berbalut pakaian dan aksesori berjenama.



Thursday, February 21, 2013

BUKU #4 - 100 GREAT BUSINESSES AND...

..THE MINDS BEHIND THEM.

Buku ni menceritakan tentang kisah2 sebalik tabir bisnes2 dan label2 ternama dunia seperti Apple, Microsoft, Rollerblade dll.

Bagaimana kesungguhan dan ketekunan para pengasas bisnes2 tersebut sehingga menjadikan mereka di kedudukan hari ini.

Sangat bagus dibaca dan memberi motivasi juga bagi yang nak berbisnes. Boleh cari kat MPH atau mana2 kedai buku.







Sunday, February 17, 2013

CERITA-CERITA DALAM BERITA


Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang.
Jemput mai Psy.  Satu lagu merepek + tarian hilang akal untuk RM 2 juta.
Isteri PM siap nyanyi dua buah lagu depan puluhan ribu ajnabi.
Suami tumpang tepuk tangan.

Kata  orang, di sebalik kejayaan seorang lelaki itu adanya seorang perempuan.
Begitu juga lah sebaliknya.

Semakin jatuh la nampaknya imej DS Najib dalam penilaian anak2 muda.

Anak2 muda hampeh2 pun mesti ada dengar jugak Us. Azhar Idrus, Us. Kazim dan lain2.
Walaupun maksiat sendiri masih jalan, namun rasa tak suka kepada maksiat tu ada dalam diri mereka, anak2 muda macam ni.

Campur2 dengan anak2 muda yang dah memang muak dengan BN.
Campur2 lagi dengan anak2 muda yang memangnya cenderung anti arus perdana.
Campur2 lagi, campur2 lagi...
Rasanya BN akan hilang majoriti (kalau pun tak kalah) dengan hilangnya undi anak2 muda.

Ada ka yang namanya ulama nak tegur DS Najib elok2 hal2 macam ni?
Kita berbaik sangka mungkin ada.
Saya sebut ulama sebab orang yang berkedudukan seperti PM perlulah dinasihati dan ditegur oleh orang yang lebih disegani beliau.

Yang hampir kedudukannya dengan PM boleh cakap terus. Yang jauh boleh telefon.
Kalau kutuk2 dalam ceramah depan penyokong saja, itu bukanlah nasihat yang sebenarnya.


Tahap kita2 ni boleh tulis dalam blog saja la.
Menulis pun bukanlah hendaknya dengan bahasa yang kotor dan tidak sopan atau memberi gelar yang bukan2.
Nanti tak pasal2 DS Najib dapat pahala percuma, dosa2 beliau pulak kita kena tanggung.
Kes naya!

~~~

Ada juga kadang2 tengok PM dan TPM cakap pasal mendaulatkan Bahasa Melayu. Tapi tak dan berapa minit, elok2 saja lepas tu bagi ucapan dalam Bahasa Inggeris.

Bukannya aku anti Bahasa Inggeris, tapi biarlah bikin serupa cakap.
Pemimpin sepatutnya jadi contoh dan tunjukkan ketegasan. Dalam apa hal pun.

 ~~~

Tak habis2 lagi tunjuk perasaan pasai kalimah Allah merata-rata.
Tak apa la nak tunjuk perasaan. Negara demokrasi. Cuma jangan dok pejahanam harta benda awam atau buat rusuhan sudah la.

Tapi ada sudut yang terlepas pandang jugak!
Orang2 yang bersemangat dalam hal ni buat poster, buat sepanduk, buat banner gantung etc.
Di banner, sepanduk semua tu ada tulis kalimah Allah.
Lepas tu gantung merata-rata. Tepi2 dan simpang2 jalan. Tembok dan pagar masjid.
Ada yang putus ikatannya lalu jatuhlah kalimah Allah, dipijak-pijak, tidak diendahkan orang. Tidak dihormati lagi.

Kalau dah habis tempoh, Majlis Bandaran datang ambil gulung2 dan nantinya dicampak ke mana.
Entah2 ada pula orang yang mengambilnya untuk dibuat selimut kereta.

Siapa sebenarnya yang menghina kalimah itu kalau bukan umat Islam sendiri?

Sama juga dengan signboard2 kecik besaq di tepi2 jalan bertulis kalimah suci Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, La Ilaha Illallah atau ayat2 Quran.

Bermandi hujan panas.
Ada yang dilanggar kenderaan yang eksiden.
Tumbang menyembah bumi, tidak dibaiki.
Macam2 lah lagi.

Kita tak akan lebih Islamik atau lebih taqwa dengan mencacak signboard2 sebegitu. 
Tidak juga dengan menampal sticker2 Kalimah Syahadah dan ayat2 Quran di kenderaan.

Bahkan hal itu menjadikan kita sendiri tanpa sedar menghinakan kalimah2 suci tersebut.

Dah lama pun kalimah2 dan ayat2 suci Al-Quran dihinakan tapi kita tidak sensitif dan ambik hirau.

Berapa banyak kedai2 bukan Islam menjual jam, frame2, sticker bertuliskan kalimah2 dan ayat2 suci. Diletaknya bertindan-tindih di lantai saja.
Tidak ada pun umat Islam bising?
Desak kerajaan ambil tindakan halang penjualan barangan2 seperti ini.

Islam sebenarnya sudah jadi bahan mainan politik dan mencari pengaruh saja.
Mana2 pihak pun sama. Tanpa menafikan hakikat masih terdapatnya golongan2 yang ikhlas di sini dan di sana.


Sunday, February 10, 2013

SEJARAH ITU PENTING. AKAL LAGI PENTING



Seringkali aku menekankan di dalam banyak entry di sini tentang pentingnya mengambil tahu, mempelajari, menyelidiki, memahami, mengkorelasi (menghubung kait) peristiwa2 sejarah.
Kerana "sesungguhnya pada peristiwa2 itu terdapat 'ibrah (pengajaran) bagi orang2 yang memiliki bashirah (mata hati, akal yang cerdas)".

Mungkin majoriti anak muda penyokong PAS yang ramai hari ini tidak tahu pun yang asalnya PAS itu adalah pecahan daripada UMNO juga. Itu belum lagi ditanya bagaimana boleh terjadi hal tersebut, faktor2nya.. Yang mungkin mereka tahu adalah PAS ditendang (istilah mereka) daripada Barisan Nasional di akhir 70-an. Andai ditanyakan sebab musabbab peristiwa itu mungkin jawapan yang diterima hanyalah kepala2 yang tunduk tanpa suara.

Rasanya tak juga ramai antara mereka itu yang tahu bahawa di awal2 penubuhan PAS dahulu ahlinya boleh dalam masa yang sama memiliki keahlian UMNO. Hal ini tentulah memberi gambaran yang jelas bahawa UMNO itu bukanlah parti yang patut untuk dikafirkan. Atau menyokongnya boleh dianggap tidak syar'ie. Atau PAS sahaja satu2nya jamaah Islamiyyah yang sesiapa yang mati di luar jamaah itu akan dikira sebagai mati jahiliyyah.

(Aku bukan ahli UMNO atau PAS, tetapi aku adalah pengundi berdaftar)

Apabila gelombang reformasi 98 tercetus, ramai sekali penyokong dan pendokong yang membuta tuli mengekori DSAI. Ucapannya memang akan menyihir para pendengar. Namun jika seseorang mengambil sedikit masa untuk berfikir, menganalisa dan mengamati, tentunya ia tidak akan mudah terpengaruh dan terpedaya.

Pada hari ini pun, dengan segala maklumat boleh didapati dengan mudahnya masih ada yang tidak mahu membuka akal mereka untuk memikirkan dan menganalisa dengan cermat bagi mengelakkan diri menerima bulat2 apa yang dicakapkan dan di"goreng" oleh politikus2 itu.

Dalam hal ini kita sebagai orang yang diberi Allah akal patut menganalisa kedua-dua belah pihak. Kemudian menimbangkan dengan saksama. Itulah gunanya akal.

Demikian juga kita lihat mereka yang terlibat dengan ajaran2 sesat. Mencampakkan akal untuk digantikan dengan taksub adalah satu kebodohan yang memang patut dikasihani.