Hati yang alpa daripada melihat kekurangan sendiri
akan sibuk memandang salah orang lain.
akan sibuk memandang salah orang lain.
Hati yang menyedari kelemahan diri, banyaknya dosa2,
sedikitnya amal taat yang dilakukannya,
akan tunduk dan merendah diri dengan Tuhan dan sesama.
sedikitnya amal taat yang dilakukannya,
akan tunduk dan merendah diri dengan Tuhan dan sesama.
Aku tidak tahu mana satu hatimu antara kedua ini !
Kerana aku hanyalah pengawas kepada hatiku sendiri.
Kerana aku hanyalah pengawas kepada hatiku sendiri.
***
Rasa ingin berhenti menulis, tetapi teramat rugi jika
lintasan2 fikiran yang baik terlepas begitu sahaja tanpa catatan.
Kerana ingatan manusia akan disibukkan dengan banyak perkara sehingga idea2, gagasan2, wawasan2, dan lintasan2 (yang baik tentunya) akan terluput tanpa dapat dimanfaatkan jika tidak dicatat.
Kerana ingatan manusia akan disibukkan dengan banyak perkara sehingga idea2, gagasan2, wawasan2, dan lintasan2 (yang baik tentunya) akan terluput tanpa dapat dimanfaatkan jika tidak dicatat.
Berkenaan hal ini Imam Ibnul Jauzi rahmatullah ‘alaih telah
menunjukkan contoh yang baik kepada kita semua dengan mengarang sebuah kitab
yang unik bernama "
صيد الخطير " “Shaidul Khatir”
yakni “Menjaring Lintasan2 Fikiran”.
Sesuai dengan temanya, kitab ini tidak dikarang dengan bab2
tersusun seperti kebiasaannya kitab2, tetapi tajuk2nya melompat daripada satu
tema ke tema yang lain. Kerana begitulah sifatnya fikiran dan lintasan hati
kita.
Semoga juga suatu hari nanti kita tidak mengeluh kepada diri
sendiri dengan berkata: “Oh, alangkah baiknya jika dulu aku mencatatkan
begini dan begitu”. Atau “Dahulu aku pernah terfikir satu cadangan
tentang ini, tapi aku sudah lupa bagaimana ingin melakukannya”.. atau
sebagainya.
Tetapi jangan pula tulisanmu menjadi bahan penyesalan
disebabkan perkataan2 kotor yang engkau gunakan, umpatan2 keji yang engkau
tuliskan, gurauan2 "18 tahun ke atas" yang engkau catatkan atau seumpamanya.
Kerana suatu tulisan atau catatan tidak akan habis setakat
itu sahaja, namun jika ribuan yang membaca terkesan dengan keburukan yang
engkau contohkan maka engkau akan mendapat saham dosa atas setiap apa yang
engkau contohkan itu.
Demikian jualah jika sebaliknya.
Demikian jualah jika sebaliknya.
Kerana setiap goresan pena dan ketukan keyboardmu akan
bertukar menjadi pahala atau bahana.
Maka berhati2lah wahai orang yang punya akal yang sejahtera.
No comments:
Post a Comment