Permasalahan manusia memang tidak ada penamatnya.
Jika seorang ahli ilmu berusaha menjawab setiap persoalan
yang diajukan kepadanya, untuk memuaskan hati mereka yang bertanya, maka dia benar-benar
gila.
Kadangkala ada persoalan yang jawapannya sekadar diam, atau “Aku
tidak tahu”.
Sikap yang benar adalah ahli ilmu perlu mendidik mereka yang
mengambil ilmu daripadanya tentang prinsip2 dasar di dalam agama meliputi
aqidahnya, fiqhnya dan ihsannya.
Kemudian, murid2 dilatih untuk kembali kepada asas2 yang
telah dipelajari apabila berdepan dengan persoalan2 yang datang di dalam
kehidupan.
Dengan ini, tiada lagi keperluan akan munculnya
soalan-soalan yang pelbagai bentuk sedangkan jawapannya adalah sama dan boleh difikirkan sendiri oleh
seorang murid itu..
Masalah-masalah yang timbul, baik dari segi akidah, feqah,
akhlak, kemasyarakatan dengan bentuk yang beraneka macam hendaklah dikembalikan
kepada usul-usul yang telah dipelajari untuk mendapatkan jawapannya.
Namun, jika ia seorang penuntut ilmu, jawapan2 yang
diperolehinya sendiri dengan mengembalikan kepada usul yang telah dipelajari
itu hendaklah seeloknya dibentangkan kepada gurunya atau mereka yang lebih ahli
daripadanya.
Jika gurunya atau mereka yang lebih ahli itu memberi solusi
yang berbeza dengan jawapannya sendiri, maka hendaklah ia meneliti dan
memahami benar-benar hujah-hujah dan dasar-dasar serta alasan2 yang
digunakan mereka itu sehingga menghasilkan
jawapan yang berbeza tersebut.
Setelah itu hendaklah ia sendiri mengkaji dan terus mengkaji
sehingga ia sampai kepada kesimpulan yang menenangkan hatinya.
Dengan itu ia boleh memilih sama ada untuk akur dengan
jawapan mereka atau tetap dengan jawapannya sendiri.
Atau saja ia menemui satu
jawapan yang baru yang lebih dekat kepada kebenaran; -menurut kefahamannya-.
Wallahu A’lam.
p/s: Seorang penuntut ilmu semestinya memusatkan
perhatiannya pada mempelajari perkara2 asas dan usul-usul bagi setiap bidang
sebelum ia terjun ke lautan furu’ masalah, baik feqahnya, hadithnya, tafsirnya
dan lain2.
Bayangkan seorang yang berdebat tentang perkara yang
rumit2 dalam bidang kejuruteraan sedangkan asas matematik pun dia tak tahu! Sangat pelik bukan?
No comments:
Post a Comment