Tuhan,
hari ini aku derhaka lagi,
kerana nafsuku sering merajai,
limpahkan aku rahmatMu,
tunjukkan aku jalan ke gerbang taubatMu,
terimalah aku,
jangan biarkanku terhalau jauh dariMu.
Tuhanku,
jika Engkau tidak mengasihiku,
maka kasih siapa lagi ku harap selain itu?
Tuhanku,
Engkau berjanji takkan menolak doa yang dizalimi,
maka inilah aku, hamba yang terzalimi,
dizalimi nafsu sendiri..
No comments:
Post a Comment