Satu hari Juha berjalan masuk ke pasar ( zaman Baghdad 1001 malam nih ).
Juha berdiri di tengah-tengah pengunjung pasar lalu berteriak,
"Mari-mari! ada berita penting Juha nak beritahu!"
Manusia-manusia mula mengerumuni Juha.
"Adakah tuan-tuan semua tahu apa yang saya akan beritahu
tuan-tuan hari ini?", soal Juha.
"Manalah kami tahu sebab engkau belum pun beritahu
kami!", orang ramai membalas separuh bengang.
"Huh! kalau begitu maka kamu semua orang yang jahil
kerana orang jahil ialah orang yang tidak tahu!
dan aku tidak suka berbicara dengan orang jahil!"kata Juha
dengan selamba sambil berlalu pergi.
Esoknya Juha datang lagi ke pasar dan berteriak seperti semalam.
Orang ramai mula mengelilingi Juha semula.
"Apakah tuan-tuan tahu apa yang akan saya beritahu tuan-tuan
ini?" ujar Juha.
Mengingatkan peristiwa hampeh semalam maka mereka menjawab,
"ya, ya, kami sudah tahu!"
"Huh!" dengus Juha. "kalau begitu tak perlu lah aku beritahu kamu
semua kerana kamu sudah tahu semuanya", Juha berkata
sambil berjalan pergi dengan selamba..
Esoknya Juha datang lagi ke pasar danberteriak lagi seperti
selalunya.
Para pengunjung mula mengelilinginya. Kali ini mereka
semua berpakat untuk mengenakan Juha pula.
"Tuan-tuan semua. Adakah tuan-tuan sudah tahu apa yang
akan saya beritahu hari ini?"ujar Juha.
Mendengar itu, orang ramai pun menjalankan helah mereka.
"Kami tidak tahu!" jawab sebahagian mereka dan
sebahagian yang lain pula berkata "Ya, ya kami sudah
tahu!". "Juha pasti akan terkena hari ini", fikir mereka.
Namun Juha hanya tersengih.
"Huh! kalau begitu, hendaklah orang yang tidak tahu bertanya
kepada yang tahu dan orang yang tahu hendaklah
memberitahu kepada sesiapa yang tidak tahu".
Juha tersenyum sendiri sambil berjalan pulang
dengan keselambaan beliau... Heh!
p/s: Juha adalah watak pandir yang cerdik di dalam
cerita-cerita Arab klasik.
Monday, February 8, 2010
RE: ANEKDOT LAYAAN..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment