Wednesday, December 14, 2011

DUA SISI DOSA

Oh fulan!
Tidak kira seBESAR mana dosamu,
Keampunan Allah lebih besar.

Tidak kira sekecil mana dosamu,
Sungguh!
Kau telah menderhakai Allah Yang Maha Besar!

Sunday, December 11, 2011

INDAHNYA DESAKU - (GAMBAR)

Sudah lama berhasrat nak ambil gambar satu kawasan yang sangat menarik berhampiran kampungku.

Cuma hari ni berkesempatan dalam perjalanan balik dari rumah mertua. Berhentikan kereta dan terus ambil beberapa gambar. Sekadar menggunakan kamera handphone N85. Kalau DSLR lagi cun gamaknya.

Gambar diambil sekitar jam 9 pagi, membelakangi matahari. Kalau waktu hampir senja akan nampak cahaya jingga melimpahi hamparan sawah di bawah sana.

Tiada waktu lawatan ditetapkan untuk menikmati panorama indah ini disebabkan ia bukanlah sebuah pusat peranginan, tetapi sekadar tempat yang berangin biasa2 saja. :)

Kalau nak lihat lebih jelas boleh klik pada gambar.




Saturday, December 10, 2011

SIFAT PENUNTUT ILMU YANG SEBENAR

Seorang pelajar yang mempersiapkan diri dengan ilmu sebelum pergi menuntut ilmu akan menarik kasih sayang guru.

Juga akan membangkitkan kekaguman guru dan menjadikan ia 'besar' di mata guru.

Seterusnya sejarah akan mencatatkannya sehingga membuatkan generasi manusia merasa takjub dengan kesungguhannya dalam menuntut ilmu.

***

Ketika Imam Asy-Syafi'e datang ke Madinah buat pertama kali untuk mempelajari A-Muwattho' (kitab hadith susunan Imam Malik) beliau telah terlebih dahulu menghafal keseluruhan isi kitab tersebut semasa masih berada di Makkah.

Dan kisah seterusnya kebanyakan kita semua sudah maklumi.

Friday, December 9, 2011

UNTUK YANG GEMAR MEMBACA

Kawan,

Engkau memerlukan ribuan tahun jika ingin mempelajari tentang kehidupan daripada pengalamanmu sendiri.

Di sana ada jalan yang lebih pantas daripada itu, iaitu MEMBACA!

Engkau kan dapat menjimatkan ribuan tahun hidupmu untuk mempelajari ribuan tahun kehidupan dengan membaca.

Bacalah kisah kehidupan manusia.

Bacalah kisah hidup manusia.

Dan bacalah juga kisah keunggulan dan kebinasaan mereka.

Lalu engkau akan dapati hidup ini hanyalah ulangan sejarah silam.

Takjub?!

Al Quran telah menyatakannya sejak lama..

 لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusuf: 111)

Maka bacalah Kitab bagi segala kitab; Al Quran. Pelajari tafsirannya.

Dan engkau akan dapati ufuk pengetahuanmu melebar sehingga tak terjangkau.

Maha Suci Tuhan Kita yang telah memuliakan Umat Muhammad SAW dengan kitabNya.

لَقَدْ أَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ كِتَابًا فِيهِ ذِكْرُكُمْ ۖ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tidak memikirkannya? (Al Anbiyaa: Ayat 10)

***

Seorang sahabat Imam Asy-Syafi'e telah masuk menemui beliau sebelum waktu Subuh dan mendapati beliau sedang duduk sambil Mushaf Al Quran terbuka di hadapannya.

Lelaki tersebut terpegun dan bertanya: "Di waktu sebegini wahai Abu Abdillah?"

Kehairanan melihatkan Sang Imam sedang menelaah Kitabullah di waktu seawal itu.

Tahukah engkau apakah jawapan Sang Imam?
Dengarkannya:

"Beginilah keadaanku semenjak Isyak tadi.." !!! #1



Wahai Imam!,
Pena telah patah! 
Jemariku telah lelah! 
Dakwat sudah habis berkolah-kolah!
Namun keagunganmu belum habis untuk ku madah!

***
#1 terjemahan bebas daripada Manaqib Imam Asy-Syafie karangan Imam Al Baihaqi radhiyallahu 'anhuma.
Engkau memerlukan ribuan tahun jika ingin mempelajari tentang kehidupan daripada pengalamanmu sendiri.

Di sana ada jalan yang lebih pantas daripada itu, iaitu MEMBACA!

Bacalah kisah kehidupan manusia.

Bacalah kisah hidup manusia.

Dan bacalah juga kisah keunggulan dan kebinasaan mereka.

Lalu engkau akan dapati hidup ini hanyalah ulangan sejarah silam.

Takjub?! Al Quran telah menyatakannya sejak lama..

 لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِنْ تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusuf: 111)

PILIHAN HIDUP

Dalam hidup kita diberi pilihan untuk memilih.

Kalau yang baik berlambak-lambak,  
mengapa kau memilih yang buruk?

Kalau ada yang jernih,
mengapa tetap kau pilih yang keruh?

Takdir tak pernah silap.
Kau yang silap pilih takdirmu sendiri!

MEMBEDAH JIWA

Sekali-sekala elok kita bedah jiwa kita sendiri. Lihat apa ada di dalam.
Kalau bedah tentu sebab nak cari punca penyakit.

Nak cari punca penyakit mesti setelah kenalpasti jenis penyakit.
Kalau bedah sebelum tahu penyakit, itu memang cari penyakit!

Mungkin ada penyakit makan puji. Mungkin ada hasad dengki.
Mungkin ada lagi parah; syirik yang tersembunyi!

Kalau ada sombong dan bangga diri; itu sifat iblis.
Dan kalau kau nak tau, itu syirik.

Syirik kecil yang BERsembunyi.
Bertuhankan hawa nafsu sendiri.

Wednesday, December 7, 2011

ANDA GOLONGAN 'ATAS PAGAR'? BERBAHAGIALAH..

Pemahaman politik di negara kita masih tidak dapat melangkaui kefahaman yang satu ini, iaitu:-

"Anda mesti menyokong pihak kerajaan atau pihak pembangkang.
Kalau anda golongan 'atas pagar' anda akan dicop tidak berpendirian".

Ini biasanya pemahaman politik ramai bangsa Melayu. Anda mesti pilih UMNO atau PAS.
Atau PKR juga...hmm, bolehlah!

Benarkah pemahaman sebegitu?

Bukankah berpendirian untuk tidak berpihak juga adalah satu pendirian?

Orang di atas pagar bukankah lebih tinggi daripada orang di bawah pagar, lalu dia dapat melihat suasana dan kondisi di kedua-dua belah pihak dengan lebih jelas?

Kerana di atas pagar lebih sedikit penghuninya.

Kerana di bawah pagar sana ramainya manusia yang bersesak-sesak telah menghalang seseorang memandang lebih jauh pula.

***

Sabda Nabi SAW :

لا تكونوا إمَّعَة تقولون: إن أحسن الناس أحسنّا، وإن ظلموا ظلمنا، ولكن وطِّنوا أنفسكم: إن أحسن الناس أن تحسنوا، وإن أساؤوا فلا تظلموا)) رواه الترمذي وحسنه

(maksudnya):

"Janganlah kamu menjadi manusia lalang. Iaitu yang berkata: "Kalau manusia baik, aku pun ikut baik. Kalau manusia zalim, aku pun ikut zalim". Tapi, teguhkanlah dirimu! Jika manusia bagus, kamu turut bagus. Namun sekiranya mereka berlaku zalim, maka janganlah kamu turut zalim. -Tirmizi, hasan.

KREDIT HADITH

Manusia di bawah pagar sana majoritinya adalah lalang.

Jika parti mereka baik, maka mereka turut baik. Jika parti mereka melencong, taksub telah membutakan mereka dari sinar kebenaran. Wallahu'alam.

Tuesday, December 6, 2011

PAS GANTI UMNO

Ini adalah entry yang ditulis dengan ringkas dengan isi-isi penting sahaja. Mungkin ke depan nanti aku akan mengulasnya agak panjang lebar, siapa tahu?

Atau ada pembaca yang ingin menambahkan sesuatu? Silakan saja..FOC.

***

Jika PAS benar2 serius ingin menggantikan Umno sebagai parti yang memerintah Malaysia, PAS seharusnya melakukan perkara2 berikut:-

  1. Khidmat masyarakat - Wujudkan kedai runcit, pasaraya, klinik, klinik bersalin etc.
  2. Berhenti menyalahkan "musuh", dalam konteks ini ialah Umno.
  3. Banyakkan berbuat daripada bercakap.
  4. Mentarbiah ahli. Majoriti ahli / penyokong PAS bersikap keras dan kasar.
  5. Bersikap Kendiri.-tidak bergantung kepada musuh. Ini tidak, ahli masih perlu beli barang dikedai 1Malaysia, bersalin kena pergi hospital kerajaan, etc.
  6. Mengelakkan sikap taksub, keras kepala, jumud, tak open-minded.
  7. Tak mudah melatah dengan cuitan musuh.
  8. Membalas kejian, ejekan etc musuh dengan membuktikan melalui kerja/khidmat masyarakat yang excellent. Barulah musuh pun respek.
  9. Mendekati para penyokong musuh, orang atas pagar dengan dakwah, ikram dan khidmat ikhlas. Bukan khidmat dekat musim pilihanraya sahaja.
  10. Tidak bereaksi negatif terhadap setiap kritikan dan pendapat yang berbeza.
  11. Jika PAS melakukan hal seperti di atas dengan khidmat masyarakat yg bagus, tak payah kempen pun masyarakat akan bagi sokongan dari hati yang diterjemahkan dengan undi mereka dlm PRU.
Masalahnya perkara di atas takde dlm PAS. Yang ada hanya ceramah lawak jenaka, burukkan dan ejek musuh, gelar orang itu ini, berbahas atas isu2 remeh etc.

Sbb itu 50 tahun penubuhan PAS pun masih tak wujud satu pun pasaraya yang boleh dikaitkan dengan PAS, klinik PAS etc.

Kehidupan harian masyarakat tak boleh selesai dengan hanya ceramah.