Sunday, December 4, 2011

BERHALA BAHARU

Lani parti2 politik sudah jadi berhala moden di negara kita.

Agama jatuh nombor 10 kalau tidak nombor 2.

Kalau agama kata A, parti kata B; pengikut nanti kata BBBBBB! (echo)

Semua sama! Geng songkok, geng kopiah atau geng lambang mata lebam, semua sama saja! (majoritinya)

Nak masuk NGO's? 2 x 5.

Tapi jangan takmau mengundi pulak!

Pilih yang paling kurang mudharatnya daripada semua.

DI KEDAI MAKAN

Apa salahnya bila kita makan ramai2 di kedai, lepas habis makan susun pinggan dan cawan elok2?
Kan cantik?

Mungkin ada yang kata; "Ah! apa barang kita nak kena susun pulak? Makan gaji buta la pekerja kat sini!"

Kalau kau taknak buat sudah! Aku cadang saja. Tu pun sebab aku selalu buat macam tu. (bukan nak riak)

Aku pikir senang je. Kalau kita mudahkan kerja orang lain, Allah akan mudahkan kerja kita pulak.

Basic rule hidup dunia pun memang menunjukkan hal camtu. Hari ni kita tolong orang, esok2 orang tolong kita pulak.

Lagipun, try kita pikir kejap; kalau la kita di tempat pekerja kedai tu yang sibuk giler layan pelanggan. Nak kena amik order, angkat order, kemas meja makan etc.

Tiba2 masa nak kemas meja untuk pelanggan lain duduk pulak, kita tengok 1 meja tu dah siap tersusun cantekk pinggan & cawan dia. Mesti hati kita rasa ; "Isyy, kalau la semua pelanggan macam ni.." Rasa hilang 5 minit penat kerja time tu.

So, lepas ni kita pakat praktis kerja mudah ni. Aku bukan suruh angkut pinggan cawan tu & pegi basuh pun... ;)

KEWAJIPAN BELAJAR AGAMA

Semua orang perlu belajar agama dan belajar mengamalkan agama.

Para ibu perlu beragama, untuk dapat mendidik anak2 beragama dan jadi isteri yang taat agama.

Para suami perlu beragama, takdelah nanti kes dera atau rumahtangga cacamerba.

Para pendidik perlu beragama, agar bidang pendidikan biar apa jua subjeknya ditiupkan roh agama.

Para pentadbir perlu beragama, barulah SPRM dan Audit Negara tak pening kepala.

Para ahli politik perlu beragama, insyaAllah aman negara.

Para petugas keamanan, para usahawan dan peniaga, para wartawan, ahli sukan, penggiat kesenian dan anak wayang, pelajar, penulis dan semua orang perlu beragama. Barulah indah dunia dinaungi rahmat Allah Taala.

Untuk jadi beragama, semua orang perlu belajar agama serta amal agama.

Belajar agama bukan untuk pelajar sekolah agama, ustaz, imam, mufti dan pendakwah saja. Agama diturunkan untuk semua.

Agama yang dipelajari pula mestilah murni tanpa taksub dan memandulkan akal serta menjawab segala persoalan insan dan permasalahan kehidupan mereka. Itu barulah dinamakan agama yang sebenarnya.

Dan agama itu hanyalah Islam sahaja.

Bukan Islam dengan kongkongan tafsiran orang jabatan agama, parti dan jemaah Islam yang dijenama atau siapa2 yang merasa sudah jadi ulama lalu berfatwa sesedap rasa.

Tetapi Islam seperti yang diturunkan Allah Pentadbir alam semesta, diamalkan Rasul dan Para Sahabatnya serta para ulama yang benar2 ulama.

Jadi, belajarlah agama untuk hidup beragama!

MENULIS ITU APA?

Menulis itu ekspresi diri.

Menulis juga ekspresi hati.

Bahkan menulis adalah ekspresi nurani.

Kalau ringkas mampu menyampai maksud; tak perlu menulis berjela.

KEAJAIBAN ZAMAN

Pakar sakit puan kebanyakannya lelaki.
Pelik!

Pakar sakit tuan, pun ramai juga yang wanita.
Dua kali pelik!
Dunia sudah terbalik!


Sepatutnya kerajaan & universiti membuat satu peraturan khusus iaitu kursus perubatan berkenaan sakit puan hanya dibuka untuk pelajar perempuan sahaja. Begitu juga sebaliknya.

Barulah tidak akan berlaku lagi kes2 dimana perempuan2 yang nak bersalin terpaksa mendedahkan aurat termasuk tempat sulit mereka kepada doktor2 lelaki.
Musibah!

Mari kita semua fikir2kan & rancang2kan bagaimana hal ini patut ditangani.

Mengapa tidak?

PEMUDA YANG DINAUNGI ARASY

Antara 7 jenis manusia yang akan dinaungi Arasy Allah di hari kiamat nanti adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh perempuan cantik dan kaya pulak tu, lalu dia pun kata: "Aku takutkan Allah!".

Para pemuda hari ini tiap2 hari diajak berzina!

Siaran2 TV mengajak kepada zina.
Lagu2 di radio mengajak zina.
Internet mengajak zina.
Suratkhabar2 dan majalah2 mengajak zina.
Keluar rumah dada2 yang terdedah mengajak zina.
Pusat2 yang terdedah mengajak zina.
Peha2 yang terdedah mengajak zina.
Rambut2 yang terdedah mengajak zina.
Billboard2 iklan mengajak zina.
and the list goes on..

Bertuahlah pemuda2 yang masih tidak membenarkan zina itu dengan kemaluannya.

* Juga para pemudi yang menjaga kehormatannya.

Sunday, November 20, 2011

TULISAN JAWI DULU DAN KINI



Kalau aku disuruh membaca Jawi, bagiku tulisan Jawi dulu lebih mudah dibaca. Lebih simple dan lebih mendekati Bahasa Arab, kerana ia  ditulis dengan berdasarkan bagaimana ia disebut (yakni berdasarkan baris huruf).

Lagipun aku mula belajar membaca dengan tulisan Jawi sebenarnya. Bermula dengan seringnya duduk di ribaan ayah yang sedang membaca Utusan Melayu. Setelah itu membaca pula majalah Qiblat (ada sesiapa pernah baca majalah ni?) yang banyak tersusun di rumahku, juga bertulisan Jawi.

Semuanya Jawi style lama.

Kemudian membaca pula sikit2 kitab2 kuning yang nipis2 yang mana ejaannya lebih klasik dan jauh lebih ringkas. Anda bayangkan contohnya perkataan "Bumi" dieja dengan  huruf Ba, wau dan mim saja. Kalau dibaca hari ini akan disebut "Bom!"

Perkataan "Boleh" dieja Ba, Lam, Ha sahaja. Silap baca sebut "Belah".

Tulisan Jawi kini telah dimodenkan (kununnya) dengan dieja mengikut cara ejaan Rumi. Tulisannya menjadi lebih panjang dengan penambahan banyak huruf vokal, sedangkan mengikut cara ejaan Jawi lama lebih ringkas dan padat.

Ambil contoh perkataan:  
Bagaimanakah?  ditulis seperti berikut:-
باكيماناكه  (ejaan baru)


(ejaan lama)  بكيمانكه


Dapat diperhatikan bagaimana terdapat penambahan 2 huruf alif di situ. Itu baru satu perkataan. Bayangkan ratusan perkataan yang membentuk satu artikel.

Pada pandanganku, ini adalah salah satu hal yang halus di antara beberapa hal yang lain yang menjadikan tulisan Jawi makin hilang daya tarikannya dan makin terpinggir.

Aku sendiri jika dibayar RM 30 untuk menghabiskan 1 mukasurat Utusan Melayu hari ini, belum tentu akan menerima tawaran itu.

Anda pula bagaimana?

Sila klik SINI untuk melihat contoh2 artikel2 daripada majalah2 lama di dalam blog ini.
------

# Angka 2 pada perkataan berganda adalah ejaan Rumi cara dulu2. Aku menggunakannya sebab ia lebih ringkas dan "cool".

MACAM-MACAM - #1

Heboh dan kecoh 5 orang gadis Melayu Muslim sertai Ratu Cantik di Sarawak. Berdasarkan gambar dalam akhbar hari ini pakaian artis2 wanita Muslim dalam majlis2 anugerah hiburan jauh lebih teruk lagi.

Tiada mana2 pihak ingin mengkaunseling merekakah?

Wednesday, November 16, 2011

HARAMKAN PENJUALAN TANAH ORANG ISLAM KEPADA ORANG KAFIR.

كان العرب عام 1917 يشكلون 92% من سكان فلسطين، وكان عدد اليهود آنذاك 75.000 يهودي فقط، أما ملكية اليهود في فلسطين فلم تكن تزيد عن 2.5% وفي عام 1947 لم تزد ملكيتهم عن 5% من أراضي فلسطين.
        وكان اليهود بمثابة عصابات تعيش على أرض فلسطين وتحاول التوسع عن طريق شراء الأراضي والمنازل من أهلها العرب ليقيموا عليها دولتهم التي كانوا يحلمون بها، مما دفع علماء فلسطين وقضاتها وخطباءها ووعاظها إلى عقد اجتماع كبير بالمسجد الأقصى ببيت المقدس، وذلك في 26/1/1935 وأصدروا فتواهم في حكم بيع الأراضي لليهود ،وهذا نصها: "الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين والتابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين.
        أما بعد، فإننا نحن المفتين والقضاة والمدرسين والخطباء والأئمة والوعاظ وسائر علماء المسلمين ورجال الدين في فلسطين، المجتمعين اليوم في الاجتماع الديني المنعقد في بيت المقدس بالمسجد الأقصى المبارك حوله بعد البحث والنظر فيما ينشأ عن بيع الأراضي في فلسطين لليهود من تحقيق المقاصد الصهيونية في تهويد هذه البلاد الإسلامية والمقدسة، وإخراجها من أيدي أهلها، وإجلائهم عنها، وتعفية أثر الإسلام  منها بخراب المساجد والمعابد والمقدسات الإسلامية، كما وقع في القرى التي تم بيعها لليهود وأخرجوا أهلها مشردين في الأرض، وكما يخشى أن يقع- لا سمح الله- في أولى القبلتين وثالث المسجدين المسجد الأقصى المبارك.
        وبعد النظر في الفتاوى التي أصدرها المفتون وعلماء المسلمين في العراق ومصر والهند والمغرب وسوريا وفلسطين والأقطار الإسلامية الأخرى، والتي أجمعت على تحريم بيع الأرض في فلسطين لليهود، وتحريم السمسرة على هذا البيع والتوسط فيه وتسهيل أمره بأي  شكل وصورة، وتحريم الرضا بذلك كله والسكوت عنه، وأن ذلك كله أصبح بالنسبة لكل فلسطيني صادرا من عالم بنتيجته راض بها ؛ لذلك فهو يستلزم الكفر والارتداد عن دين الإسلام باعتقاد حله كما جاء في فتوى سماحة السيد أمين الحسيني مفتي القدس ورئيس المجلس الإسلامي الأعلى.....

SUMBER
***

Sedutan teks di atas adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Palestin pada tahun 1935 berkenaan pengharaman penjualan tanah Palestin kepada bangsa Yahudi. (Lapang-lapang nanti saya terjemah)
Bila agaknya fatwa yang seumpama itu akan dikeluarkan di Malaysia ini.

Di negara tercinta ini hari demi hari tanah Melayu (baca: Muslim) tergadai ke tangan bangsa asing (baca: kafir). Terbaru Madrasah Salihiah Kanchut di Alor Setar hendak dirobohkan bagi mendirikan kompleks membeli belah. Memang disebut akan dibina sebuah surau di tingkat bawah. Tetapi apakah sama?

Tahukah kita syarikat mana yang memperoleh laba membina kompleks beli belah itu? Belleview Group, kompeni milik Cina Pulau Pinang. (Saya tidak bermaksud rasis di sini. Kalau Cina Muslim tiada masalah).

Beginilah caranya tanah milik orang Islam diambil alih di mana-mana saja.

Jika dahulu, orang Cina (bukan semua) yang berjiran dengan orang Melayu akan membela babi berdekatan rumahnya. Orang Melayu yang tidak tahan dengan babi tersebut akan akhirnya mengambil keputusan berpindah dan menjual tanah miliknya kepada Cina tersebut. Tetapi kini caranya berlainan pula.

Kalau anda peka, anda akan dapat melihat tanah-tanah asal Melayu (baca: Muslim) yang telah bertukar menjadi rumah-rumah kedai dan kawasan perumahan. Apabila siap, orang Melayu (baca: Muslim) tidak mampu memiliki hartanah tersebut akibat harganya yang tinggi.



Itu belum lagi ditinjau di tempat-tempat seperti Sungai Petani. Di Pulau Pinang usah cerita. Di Johor, tanah-tanah yang bertukar milik kepada Cina Singapura sudah sedia maklum bagi masyarakat di sana. Nanti kita semua akan melihat hal yang sama pada tanah Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Tidak tahu sampai bila orang Melayu di Malaysia akan berkelahi sesama sendiri sedang hari demi hari pemilikan tanah mereka di tempat asal usul mereka semakin mengecil.

Inilah juga akibat ceteknya pemikiran politik Melayu yang hanya melihat apa yang di depan mata sahaja. Memerhati sekadar di permukaan.

Tidak berpandangan jauh dan mudah tertipu dengan cakap-cakap manis dan pujian. Malas menganalisis. Terlalu mudah bertolak ansur. Akhirnya ia ditolak dan ia juga yang terpaksa beransur.

Orang politik pula asyik erkelahi sesama sendiri kerana gila kuasa. Yang sudah berkuasa sibuk pula memenuhkan tembolok sendiri dan kaum kerabat mereka.

Apa nak jadi kepada agama, bangsa  dan negara tak masuk kira. Yang penting sendiri kaya raya.

Saya tidak anti pembangunan atau kemodenan. Namun apakah kemodenan dan pembangunan mensyaratkan kita menggadai segalanya? Sama-sama kita fikirkan.


****
# Di Johor ada kompleks beli belah Kotaraya dan di situ ada masjid. Tapi Kotaraya dimiliki Jcorp yang terkenal dengan konsep Jihad Ekonominya.