Monday, September 27, 2010

BERKAWAN..


Beritahu aku siapa kawan-kawanmu,
Nanti aku khabarkan pula siapa dirimu!

Sunday, August 15, 2010

PUISI TANPA TAJUK - #00

Kenangan sekadar untuk dikenangkan,
Kerana masa itu tidak kan dapat dikembalikan.

Kehidupan adalah hari ini,
Untuk membina esok yang berseri.

Jangan pabila esok menjelang,
lalu engkau minta pula untuk pulang.

Jalan ini jalan sehala,
bahagia atau sengsara,
syurga atau neraka.


Friday, August 13, 2010

ANTARA DUA TIPUAN


Sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat lemah
(An Nisaa :76 )

Sesungguhnya tipu daya kamu (wahai kaum wanita ) sangat besar
( Yusuf :28 )

Tuesday, August 10, 2010

KESUFIAN


Kesufian itu bukanlah dengan penampilan,
bukan pula pada juntaian ekor serban,
atau pada jubah yang luas lengan,
jangan tertipu wahai kawan!

Jika engkau pencari kebenaran,
akan kau ketahui duhai teman!
betapa kesufian itu jiwa yang nyaman,
tenang tenteram dalam pengabdian..

Kemarilah! Jangan bersendirian,
lalu engkau dirasuki syaitan,
dek medan ilmu engkau tinggalkan,
sebelum cukup segala bekalan.

Oh kawan!
Ilmu itu pimpinan,
berilmulah sebelum amalan,
agar amalmu tidak berterbangan,
umpama debu-debu di jalanan..

Wednesday, July 28, 2010

BERSIKAP BENAR


Bercakap benar itu sukar bagi kebanyakan manusia,
 
Namun bersikap benar itu berkali ganda lebih sukar
daripada sekadar bercakap benar.


Monday, July 26, 2010

MUJADALAH




Oh engkau,

Hindarilah lembah perdebatan,
Sekalipun engkau dalam suluh kebenaran,

Kelak lampumu padam,
Lalu kau kebingungan dalam pekatnya kelam..




* Wahai kawan...
Mahukah engkau jaminan sebuah istana di medan syurga?
Tinggalkanlah perdebatan, biar apa jua namanya...

Wednesday, June 9, 2010

DALAM INGATAN...


Teman,
merenung bintang malam ini,
mengingatkanku kepadamu lagi...


Saturday, June 5, 2010

TRADISIONALIST YANG TERSASAR

Ada pula sebahagian para pemuda yang menisbahkan diri sebagai kelompok tradisionalis ingin mempertahankan warisan para ulama daripada diserang dan diruntuhkan (mengikut pandangan mereka) oleh segolongan yang lain (baca Salafi/Wahabi/Kaum Muda etc).

Bertolak belakang dengan para pemuda yang saya sebutkan pada artikel sebelum ini golongan ini berusaha keras menjawab dan menulis untuk mempertahankan hujjah seperti yang dapat dilihat dengan banyaknya di dalam ruang maya.


Namun ada sesuatu yang agak dikesalkan adalah perang hujjah yang semakin berlarutan kemudian bertukar pula kepada tembakan menyesatkan bahkan mengkafirkan sebahagian peribadi-peribadi yang diakui ummah akan kedudukan mereka sebagai para ulama.

Para ulama yang sering menjadi sasaran bidikan itu adalah Syaikhul Islam Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, Mufti dan Ulama' Saudi, Syaikh Al Albani, Dr Yusuf Al Qaradawi juga, serta banyak lagi. 


Bahkan ada yang sanggup mengadakan road tour seluruh Malaysia hanya untuk membuktikan yang aqidah Ibn Taymiyyah dan Muhammad bin Abd Wahhab sebagai rosak, mujassimah dan label-label sesat yang lain. 

Ada yang mencela di laman-laman web, forum-forum maya dan blog-blog, menconteng pangkah pada gambar-gambar mereka dan sebagainya lagi tindakan-tindakan yang kurang matang, kurang adab dan kurang ajar. 

Mereka itu para Ulama, dan kita ini apa tahapan ilmu kita?
Mereka telah berijtihad dengan ilmu mereka, jika benar dijanjikan 2 pahala, dan jika salah diganjari 1 pahala.

Kita yang mengutuk dan menyebut-nyebut kekurangan dan kekhilafan mereka (para ulama), ganjaran pahala yang mana akan kita bawa?

Semoga semua kebodohan dan kegilaan ini akan bertemu titik akhirnya jua. Ameen.
Wallahul musta'aan.