Sunday, March 22, 2015

KATAKAN TIDAK



"Hang mesti belajar untuk berani berkata 'tidak' pada perkara-perkara yang hang rasa tak bersetuju. Jangan jadi kelu lidah! Takut tak ketahwan"

Aku memandang seketika ke arah alfindani. Melihatnya yang terus-terusan memandang ke hadapan tanpa sedikit pun berpaling kepadaku aku kemudian kembali memandang ke arah yang sama. Menjamu mata dengan hamparan hijau bendang yang luas terbentang.

Pokok-pokok padi kelihatan meliuk-lintuk ke kiri dan kanan dibuai angin menderu. Nyaman. Pangkin daripada buluh yang dibelah nipis membentuk bilah-bilah yang disusun rapat-rapat pada beberapa batang kayu bulat serta ditopang enam batang lagi kayu bulat sebagai kakinya menjadi tempat kami berdua melabuhkan punggung menghirup nyaman udara petang di atmosfera kampung yang masih belum tercemar. Teduhan daripada bayang-bayang dedaun pokok keriang bersaiz sederhana besar di belakang menyorokkan kami dari sengatan bahang mentari petang.

"Maksudnya?" 

Aku bertanya sepatah sambil menggoyang-goyang kaki yang terjuntai. Sebentar ke hadapan, sebentar ke belakang.

"Aii, takkan tara tu pun tak paham kot? Ka saja-saja buat tak paham.."

Balasnya sambil tertawa kecil.

"Hahaha." Aku turut sama tertawa

"Hoih! Gelak supa jemuan daa!"

Guraunya padaku.

Kami sama-sama ketawa.

"Tak la jugak. Cuma alangkah baiknya kalau tuan hamba memperjelaskan lagi kepada hamba ini agar bertambah jelas lagi akan kejelasannya itu. Haha!"

Aku bercanda sambil terkekeh-kekeh.

"Ooo..Lebih kurang macam cerita Nabi Ibrahim la." Aku menyambung.

"Cerita Nabi Ibrahim? Hat mana tu? Cuba habaq mai tengok.." Pantas dia memotong.

"Aii, takkan hat tu pun tak tau.."

Aku memulangkan paku buah keras. Bergurau.

"Kisah yang dalam juzuk tiga surah Al-Baqarah tu. Yang dia minta kat Allah nak tambah yakin macam mana Allah hidupkan kita balik lepas dah mati habis semua. Kan Allah tanya balik, "Ai, hang tak percaya ka Ibrahim?" Nabi Ibrahim kata bukan tak percaya, tapi nak bagi tenang hati ni. Bagi bertambah-tambah yakinnya."

"Tudiaa, ceramah dah mula dah..!" Pintasnya.

"Haha."

Aku tergelak lalu segera menumbuk perlahan bahu kanannya.

"Woih, sakit ni! Apa ni woi?"

"Jadi macam mana?"

Aku kembali mengingatkannya kepada pertanyaanku di awal tadi.

"Macam mana apanya?"

Tanyanya kembali sambil menoleh sejenak memandangku dengan muka blurnya yang real habis. Padahal berlakon saja lebih.

"Okay, okay. Maksudnya jangan sebab hang rasa takut atau segan atau apa saja untuk kata TIDAK pada benda yang hang tak setuju. Jangan macam sebahagian orang. Contohnya dalam mesyuarat tak setuju, bila bos tanya ada cadangan tak, ada soalan tak, semua pakat senyap sunyi. Bos tanya setuju tak, pakat setuju semua. Tapi bila keluaq saja mesyuarat pakat dok hingaq kot belakang mengutuk bos. Hat tu tak setuju, hat ni tak setuju. Padahal tadi orang tanya pakat senyap sunyi semua."

"Hmm, macam tu memang selalu sangat jadi." Aku menyampuk.

"Sama la jugak.." Sambungnya.

"Macam kalau kita orang yang tak merokok dan tak boleh tahan asap rokok ni. Kalau ada member-member kita yang jenis hisap rokok, kita kena berani habaq kat depa depan-depan awal-awal lagi situasi kita. InsyaAllah lepas-lepas tu depa pun akan paham dan tak akan merokok depan kita. Kalau depa tak tahan sangat pun depa akan mintak diri pi hisap jauh-jauh. Dah habis baru mai dok dengan kita. Ni tidak, kita tak berani nak habaq walaupun dekat nak pengsan dok sedut asap rokok."

"Ooo... "


~Bersambung~


No comments: