Sunday, November 24, 2013

APA LAGI NAK DIKATA?



Apa lagi nak dikata pada sebuah negara bernama Malaysia ini?

Apa lagi nak dikata pada sebuah kerajaan yang sungguh lembik dan tidak tegas serta korup ini?

Apa lagi nak dikata pada umat Islam yang saling berbalah ini?

Apa lagi nak dikata..

Sebuah gereja terbesar di Asia yang dua tahun lepas heboh ditentang sebahagian blogger yang peka kini telah pun tersergam dengan megahnya di Bukit Jalil.
Adakah siapa peduli kini?







Perancangannya, bulan ini akan diadakan pula upacara pecah tanah sebuah lagi projek mega Pelancongan Spiritual Rumah2 Ibadat dan Kuil2 terbesar di Gambang, Pahang.

Sebuah projek yang telah diimpikan semenjak 27 tahun lalu.

Tahukah anda?

Apa peranan Ketua Agama?
Projek bahkan mendapat sokongan kerajaan!
La hawla wa la quwwata illa biLLAH.






Adakah masyarakat umat Islam di kampung2 tahu tentang kisah ini?
Kisah negaranya yang digadaikan oleh elit politik bermulut manis?
Kisah agamanya yang digadaikan oleh para borjuis penghisap keringat marhaen?

Ataukah mereka masih terlena dan terleka dibuai program2 lawak tiga suku, cereka Encik Sombong di waktu maghrib?

Menteri2 pengampu yang beriya-iya mempertahankan seorang First Lady yang menyalah guna harta negara atas kapasiti peribadi, serta para badut2 politik yang memekik melalak menjahanamkan waktu berbahas isu lebih penting di Parlimen. Wakil2 rakyat tidak berkualiti yang mencemar kemuliaan dewan yang mulia.


Apakah pakcik2 dan makcik2 tahu hal ini?
Apakah anak muda yang diupah not buat mengisi tangki selepas berkonvoi mengheret bendera parti ke sana sini mengambil tahu?

Laporan Ketua Audit Negara yang menyenaraikan duit2 rakyat berbilion2 yang dirompak saban tahun, adakah rakyat terbanyak peduli?

Ataukah rakyat telah berjaya diprogramkan dan ditakut2kan?

Kamu wahai para pemikul amanah kepimpinan dan para politikus, yang membahagi-bahagikan harta negara seperti anak2 yang tamak memfaraidkan harta pusaka.

Apakah dengan beban kezaliman kepada rakyat dan agama ini akan kamu pikul untuk menemui Allah Azza wa Jalla?

Dan aku kehabisan kata kala menyaksikan episod demi episod luka, pada sebuah negara bernama Malaysia..

Dan pada menyaksikan sketsa seorang Pak Kadok pada majoritinya rakyat jelata..

p/s: Hentikan program pembodohan rakyat!



4 comments:

FakirFikir said...

tak kata apa :---

Anonymous said...

Saya hanya tumpang bersedih kerana tidak mampu berbuat apa-apa...
:(

Kolek Kecil said...

Salam Tuan,

Ini adalah loop hole yang dijumpai oleh mereka2 yang punya agenda tertentu.

Pencerahannya boleh baca Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Lawyer2 dan orang yang menuntut CCC ini nampak kepincangan dalam hal ini. Pembangunan fasiliti mengikut bahasa undang2 adalah bukan satu bentuk penyebaran agama lain. Ini kekurangannya dan dieksploitasi pihak tertentu.

Kelemahan kerajaan dalam beberapa hal dilihat tidak mampu mengekang perkara seperti ini berlaku khususnya dengan pihak yang mempunyai apa-apa kaitan dengan mereka, baik secara peribadi mahupun secara rasmi.

Apa boleh buat, projek dah bermula awal 2007 lagi. Usahalah jaga keluarga masing-masing.

alfindani said...

wslm tuan KK.

Benar. Adakah lompong itu berjaya ditemui akibat sekian banyaknya dari mereka yang mempelajari & menceburi bidang undang2 berbanding Melayu Islam?

Tentunya ini juga sesuatu yang patut diambil perhatian oleh umat Islam.

Namun saya merasakan kekuatan politik yang masih lagi belum terlepas sepenuhnya dari genggaman umat Islam seharusnya dimanfaatkan sebaiknya bagi menjaga kemaslahatan umat tanpa menzalimi non-Muslim.. wallahua'lam